Assalamualaikum...
malas dah nak tangguh-tangguh, hari ni saya masukkan gambar kami edisi Aidilfitri 1432 Hijriah... kan kalau tangguh-tangguh, raya dah basi, dah tak feel nak tengok gambar-gambar raya nih... mana yang ada je lah saya masukkan, gambar-gambar yang belum sampai tu saya masukkan kemudian je lah...
sedikit story about Eid El-Fitr 1432 H, untuk kali kedua menyambutnya bersama suami dan anak tersayang, kami sepakat untuk pulang ke Sepang... memandangkan Aidilfitri tahun lepas saya sambut di Subang (rumah mertua), jadi, suami setuju untuk pulang ke Sepang tahun ini... lagi pula saya menginap di rumah mertua, jadi, kampung halaman untuk saya kunjungi cuma-lah satu, iaitu di Sepang, takkan tu pun nak berkira pun kan... lainlah kalau saya dah mempunyai rumah sendiri, tak kisah lah kalau menyewa pun, tapi memang saya sangat-sangatlah teringin untuk tinggal berasingan dengan mertua... rasanya ramai yang sudah maklum cabaran tinggal dengan mertua ni sangat besar, begitulah kehidupan yang saya hadapi... bukan tak teringin nak duduk berasingan, tapi masih belum mempunyai kemampuan untuk hidup sebegitu... apa yang penting, kami masih berusaha dan teruskan berusaha...
berbalik kepada kisah Aidilfitri, teringin saya menyingkap kisah tahun lalu, dimana saya menyambut Aidilfitri buat kali yang bertama dengan dua title sekaligus, iaitu isteri dan ummi... saya berkahwin pada 09/10/2009, 3 minggu selepas umat islam menyambut Aidilfitri 1430 H... rezeki allah, saya disahkan hamil pada Disember 2009, dan melahirkan Raisya Adira pada 06/08/2010 (5 hari sebelum Ramadhan)... jadi, puasa saya ketika itu memang hancur lebur la sebulan dek kerana berpantang... oleh itu, saya memang tak sempat langsung untuk beraya berdua dengan suami saya, ekekekee~ nak buat camne kan, dah tak sabar sangat nak anak... namun begitu, tahun lepas saya tetap beraya, tak kisah la dalam pantang pun kan... saya angkut la baby saya kemana-mana pun...
untuk Aidilfitri tahun ni juga kami memilih tema dark chocolate... sebenarnya kami tiada persiapan rapi pun kerana suami saya agak sibuk selama sebulan (bulan Ramadhan, sabtu ahad pun kerja) hinggakan saya kene cari kain baju saya sendiri... baju suami saya sememangnya sudah sedia ada, cuma dia hanya pernah memakainya sekali sahaja ketika menyertai perarakan maulidurrasul, jadi dia buat keputusan untuk pakai baju tu sahaja untuk lebaran, dek kerana malas nak fikir-fikir carik baju raya & tempah-tempah... jadi, saya lah yang terkial-kial turun nilai square untuk carik kain baju yang sedondon dengan baju dia... jadi, ini lah hasilnya baju yang saya jahit sendiri hinggakan koyak (tapi takde yang perasan koyak tu, eheheeheee~)...
ok lah~ cekidaut gambar-gambar raya tahun ni...
Gambar Ummi, Ayah dan Raisya
Gambar keluarga besar Ummi, complete! tapi tak la besar sangat pun kan~
Raisya kepenatan beraya... kesian anak ummi dan ayah ni...
Persalinan baju Purple... sebenarnya baju ni ada kisahnya... baju ni ditempah untuk majlis perkahwinan saya dan ayah pada 2009, plannya baju ni untuk di pakai pada malam selepas pernikahan... tapi alkisahnya pengantin lelaki dibawa pulang ke Subang balik, sebab keesokan harinya akan ada perarakan... ikut adat la kot gamaknye tuh... sudahnya saya pakai sendiri je la pada malam pernikahan tu, dah pengantin lelaki-nya takde... alkisahnya lebaran tahun lepas barulah kami berpeluang untuk mengenakan pakaian ni sama-sama... tahun ni kami ulang pakai lagi, lagipun baju ni jarang sangat kami pakai, ntah ada orang yang perasan atau tak baju ni baju lama, tak tahu la saya... tapi, selagi baju ni cantik dimata saya, saya tak kisah pun untuk memakainya berulang kali walau di hari lebaran sekalipun...
Ok, Selamat Hari Raya semua!
Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.