Assalamualaikum...
Cerita panas yang saya nak kongsikan pada hari ini tak lain tak bukan ialah tentang Bonus Raya, yang tengah meletup-letup dalam newspaper & radio hari ini... Saya terdengar tentang Bonus Raya ni ketikamana saya tengah drive nak ke ofis awal pagi tadi, radio Hot.FM tengah panas membincangkan topik itu... hah, klik sini pulak untuk cerita yang kat paper... waahh~ seronok la penjawat sektor kerajaan ye, bukan sikit bonus yang dapat tu, paling sikit pun RM500, banyak betul duit kerajaan... penjawat awam lak bukan sikit, 1.27 juta tu... hah, darab tambah semuanya berapa??
teringat ketika saya bekerja di JAIS dulu, ada juga lah beberapa note RM yang masuk, tapi tak sama lah kalau nak di bandingkan dengan staff tetap atau kontrak, saya hanya sambilan je ketika itu... sebenarnya staff kerajaan ni sangat beruntung, terlalu banyak banefit yang diorang dapat, tapi ntah di mana silapnya, setiap kerja yang dilakukan kebanyakannya tak 'lepas'... saya bukan cakap kosong, saya bercakap atas dasar pengalaman saya bekerja di JAIS dulu... tapi tak semua staff kerajaan ni malas, ada juga beberapa kenalan saya yang bekerja di sektor kerajaan tu tidak mempunyai sikap seperti itu, cuma, majoriti-nya mempunyai sikap yang sangat negatif itu... nah! kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, kan? bayangkan sepanjang saya bekerja di situ, orang yang bekerja di sektor swasta akan menganggap saya ni pemalas... bilamana saya keluar mencari kerja lain pun, banyak company swasta yang berasa ragu-ragu untuk menerima staff 'bekas' kerajaan ni... jadi, kepada sesiapa yang bekerja di sektor kerajaan tu, hargailah segalanya yang ada di depan mata, gunakan semuanya ke jalan kebaikan, buangkanlah sikap-sikap negatif yang boleh mencacatkan keperibadian...
eh, dah lari topik lak ni... sebenarnya nak cerita tentang bonus raya, tetiba termasuk lak pengalaman lampau... So, sahabat-sahabat yang lain yang bekerja di sektor swasta pulak camne? ada cerita menarik dengan bonus raya korang? kalau ada, meh la share dengan saya... jangan malu jangan segan komen entry ni k... luv u all~
Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.
salam ziarah
ReplyDeletesyukur alhamdulillah...
(dh follow jom follow balik qhaifanurin.blogspot.com)
mmg untung sgt tapi xuntung bg sy coz sy bukan staff kerajaan..hu..hu...
ReplyDelete@qaifa nur : salam ziarah kembali... saya dah follow blog awak...
ReplyDelete@kasih ibu : saya pun bukan staff kerajaan... tak pe, rezeki ada di mana-mana je...