Sebelum ni saya pernah kupas tentang BB, CC dan DD Cream... anda boleh baca di sini. Okay, kali ni saya nak cerita tentang AA Cream dan EE Cream pula... tak lengkap lah kan kalau cerita tentang BB, CC dan DD je... 😅 Okay jom!
1. AA CREAM
AA cream merupakan generasi awal cream wajah dengan huruf kembar. Dua huruf kembar AA dari AA cream merupakan singkatan dari perkataan Anti Aging. Jadi, fungsi dari krim ini adalah untuk mengurangi tanda-tanda penuaan seperti kerutan dan garis halus serta bintik-bintik hitam yang muncul di kulit wajah ketika kita memcecah usia 25 tahun ke atas. Kandungan utama dari produk ini adalah antioksidan yang berguna untuk melawan tanda-tanda penuaan.
Kandungan dari krim ini difokuskan pada kandungan anti penuaan seperti peptides, retinoids, alpha hydroxyl acids, dan antioksidan.
Krim ini jelas sangat sesuai dipakai untuk wanita dengan usia diatas 25 tahun dan keatas kerana formulanya sangat baik untuk melawan tanda tanda penuaan seperti garis halus, dan bintik hitam.
Pada asasnya rawatan anti aging lebih baik dipakai pada waktu malam. Seperti yang kita semua maklum, pada waktu tidur itulah proses regenerasi sel kulit dapat berlaku secara optimal. Dan pada proses itulah formula AA cream akan lebih mudah menyerap sehingga gejala penuaan dapat dihindari semaksimum yang mungkin.
Contoh AA Cream |
2. EE CREAM
EE cream merupakan singkatan dari perkataan Extra Exfoliating atau Even Effect kerana fungsi utamanya di sini adalah untuk membuang sel-sel kulit mati dan menyamarkan bintik hitam. Jadi kita kena faham yang mana krim ini terbahagi kepada 2 maksid dan kandungan:
a. Even Effect
Jika anda menjumpai product ini dengan perkataan Even Effect, maka produk ini lebih menekankan kepada perawatan kulit muka dari siang sampai malam.
EE cream jenis ini fokus terhadap masalah hyperpigmentation dan munculnya bintik hitam yang disebabkan sama kotoran dan radikal bebas. Selain itu, EE cream juga memberikan effect mencerahkan kulit tanpa pengelupasan sehingga menyempurnakan perawatan kulit wajah secara menyeluruh.
Tak cukup itu sahaja, kulit muka kita akan terlindung dari sinar matahari kerana ada kandungan SPF yang cukup tinggi dalam krim ini. Walaupun tidak setinggi SPF yang terkandung pada DD cream, tapi EE cream juga terbukti memiliki protection sinar matahari yang lebih efektif.
b. Extra Exfoliating
Namun jika anda menjumpai krim ini dengan perkataan Extra Exfoliating cream, maka EE cream ini berfungsi sebagai pembersih wajah dari kotoran dan sel-sel kulit mati yang bersarang di kulit anda.
Yang menjadi perbezaan dengan pembersih wajah yang lain kerana EE cream ini berbentuk krim, bukan sabun cair, sabun buku, atau foam. Apatah lagi dengan kandungannya berupa tumbuhan laut, dah pastinya krim ini lebih selamat dari bahan-bahan kimia yang biasanya digunakan di dalam pembersih wajah yang lain.
Contoh EE Cream - Even Effect |
Contoh EE Cream - Extra Exfoliating |
Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like, Share atau tinggalkan Comment jika anda suka entri ini.
Terima kasih. 😊
___________________________________
Sumber:
https://www.avoskinbeauty.com/blog/mencoba-kenali-dulu-perbedaan-aa-bb-cc-dd-ee-cream/
http://beautynesia.id/9358