Thursday, 16 November 2017

[RESEPI] ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak share resepi Asam Pedas Ikan Pari. Terliur kan? Heheheee... Ramai juga sebenarnya yang masak asal pedas tapi tercair, tak cukup rasa... tak cukup pedas... saya pun dulu macam tu juga... tapi cuba buat banyak kali sambil-sambil intai resepi orang lain, Alhamdulillah menjadi...

Daaannn.... IKAN PARI tu boleh diganti dengan ikan lain seperti Ikan Kembung, Ikan Tenggiri, Ikan Parang, dan macam-macam lagi...

Okay, jom!!

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan-bahan:

1/2 kg Ikan Pari
4 sudu besar Cili Kisar (boleh lebihkan untuk lebih pekat)
1/2 sudu besar Pati Asam Jawa
Garam
Gula
Minyak

Bahan di bawah ni perlu ditumbuk / dikisar:
5 biji Bawang Merah Ros (Saya suka letak 7-8 Biji)
3 biji Bawang Putih
2 cm Halia (tak letak pun tak apa)
1 cm Belacan (sikit je, banyak-banyak nanti boleh rongak hidung)
2 cm Kunyit Hidup (jangan mengada pakai kunyit serbuk ye)
2 batang Serai (dititik sahaja)

Bahan penambah rasa:
Daun Kesum
Bunga Kantan (1 batang potong 4)
Bendi (7-8 biji)
1 Biji Bawang Holland / Bawang Bombay / Bawang Merah Besar (Hiris besar-besar)

Sumber : Google (Hehehee...)

Cara-caranya:

1. Tumbuk dulu bahan-bahan yang saya dah listkan tadi. Saya lebih memilih untuk tumbuk berbanding dengan kisar pakai blender, sebab rasanya lebih sedap. Tengoklah sampaikan alu lesung pun dah pecah, hahahaa... Masa tumbuk ni memang bau kunyit hidup akan naik, sedap sangat baunya... Kunyit hidup ni ialah bahan utama yang boleh menaikkan rasa kaw-kaw asam pedas.


2. Panaskan minyak masak, dan tumiskan bahan-bahan yang dah ditumbuk / dikisar. Masa tumis ni, masukkan sekali serai yang dah dititik. Gambar di bawah ni adalah kejadian awal bahan yang ditumis.


3. Masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga pecah minyak, warnanya merah pekat dan baunya tak mentah. Part bau mentah ni saya tak boleh ajar, you all kena pandai bezakan bau cili mentah dengan cili yang dah di masak. Dan... you all kena tahu tahap kepedasan cili kisar tu ye, kalau tak pedas, boleh la nak humban sampai 5 sudu... tapi kalau jenis yang pedas, kurangkan sikit kuantitinya. Semua ni bergantung kepada tahap kepedasan yang you all mahu.


3. Kemudian, masukkan pula Ikan Pari (lupa nak ambik gambar), gaulkan sekejap dengan rempah tumisan tu, agak-agak ikan dah suku masak, kemudian masukkan air. Saya lebih munyukai cara ini (berbanding masukkan air dahulu kemudian masuk ikan pari) kerana cara ini akan mengurangkan bau hamis ikan.

Jangan lupa waktu ni masukkan sekali Bawang Holland yang dah dihiris, Asam Jawa (pun lupa ambil gambar). Saya memilih Asam Jawa jenama Adabi, lebih senang, tak payah nak buang-buang biji & tenyeh2 dengan air.

4. Bila dah menggelegak tu, masukkan lah garam & gula secukup rasa, kemudian masukkan Bendi, Bunga Kantan & Daun Kesum. Bila dah menggelegak lagi sekali, terus tutup api. Gambar di bawah ni adalah kejadian penuh ASAM PEDAS IKAN PARI.


Selamat mencuba!!!

**Nota Kaki : Saya suka masak menggunakan kuali kerana lebih mudah untuk mengacau, dan dapat mengurangkan risiko ikan hancur, hehehee... You all boleh ikut keselesaan masing-masing okay....



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.



No comments:

Post a Comment