Syarat-syarat penyusuan yang berjaya memerlukan:
- payudara yang menghasilkan cukup susu
- bayi yang menghisap dengan berkesan
- teknik yang betul menentukan kejayaan
Bagaimana penglibatan tindakan hormon dalam menghasilkan susu ibu:
Prolaktin
- dirembes oleh kelenjar pituitury dan menyebabkan sel kelenjar (alveoli) menghasilkan susu
- hisapan bayi menyebabkan urat saraf di puting terangsang dan impuls dihantar ke otak. Kelenjar pituitury merembeskan prolaktin dalam darah menyebabkan payudara menghasilkan susu
- berfungsi selepas penyusuan dan menyediakan bekalan menghasilkan susu
- proses ini dipanggil REFLEKS PROLAKTIN
Oksitoksin (hormone of love)
- dirembes oleh post. pituitary. Bila bayi menyusu, saraf terangsang, hantar impuls ke otak. Kelenjar pituitary merembeskan oksitoksin di dalam darah menyebabkan payudara bertindak pada otot dan memancutkan susu keluar
- proses ini dipanggil REFLEKS OKSITOKSIN (let down reflecs)
- membantu mengecutkan rahim dan kurangkan masa pengeluaran darah nifas
Tips nak perbanyakkan susu ialah perbanyakkan direct feeding/memerah/mengepam pada waktu malam kerana waktu itu prolaktin banyak dihasilkan di sebelah malam. Ada di antara kita mengepam semasa waktu bekerja sahaja dan tidak menambah sesi mengepam di rumah. Jika kita perbanyakkan sesi mengeluarkan susu lagi banyak susu baru dihasilkan. Perbuatan suka 'mengumpul susu' sebenarnya tidak elok diamalkan kerana ia akan membuatkan susu semakin kurang kerana kita mengepam apabila payudara bengkak sahaja. Tiada istilah kumpul susu kerana kita seharusnya mengosongkan payudara sekerap mungkin iaitu 3 jam sekali.
Sumber : http://www.mamayangcekal.com/2011/08/bagaimana-penyusuan-bayi-berlaku.html
Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.
terima kasih kerana sudi sharing... actually saya dah pun mendapatkan e-book itu... kalau armouris ada ebook lain yang berkenaan dengan breastfeed lagi, boleh share...
ReplyDelete