Sunday, 27 May 2012

Mencari Breastpump Yang Sesuai


Gambar di atas menunjukkan jenis-jenis breast pump yang terdapat di pasaran, yang juga menjadimost wanted di kalangan pengguna. Ada yang ingin mencari manual breast pump, ada yang lebih suka mencari single electric breast pump, ada juga yang ingin terus membeli double electric breast pump. Walau apapun, ingin saya ingatkan kepada anda, breast pump bukan kata kunci kepada kejayaan anda untuk menyusukan bayi selama 6 bulan, 12 bulan, 2 tahun atau lebih dari itu. Perkara paling utama adalah: keazaman, semangat, ilmu dan sokongan. Walau bagaimanapun, di sini saya ingin berkongsi dengan anda, bagaimana untuk mencari breast pump yang sesuai dengan kewangan dan situasi persekitaran anda. Harap ia membantu!

Masa

Jika anda mempunyai masa yang amat terhad untuk setiap kali sesi mengepam, atau anda terpaksa menggunakan waktu rehat anda selama 15 minit sahaja untuk mengepam, maka saya mengesyorkan anda double electric breast pump. Anda mempunyai banyak pilihan untuk seperti Ameda Lactaline Dual Breast Pump, Medela Freestyle, Mamivac Lactive Dual Breast Pump, Spectra Double Electric Breast Pump, Ardo Gentle Medical Double Electric Breast Pump dan juga Unimom Forte Breast Pump.

Double electric breast pump adalah breast pump yang paling efisyen digunakan jika anda ingin menjimatkan masa di pejabat atau di mana-mana tempat; selain menjimatkan susu kerana anda akan mengepam dua breast serentak maka tiada lelehan susu yang akan dibazirkan. Selain itu juga, menggunakan double electric breast pump dapat meransang penghasilan susu dengan lebih cepat kerana, apabila kedua-dua belah breast telah dikosongkan semasa sesi pengepaman, otak akan terus meransang untuk persediaan menghasilkan susu yang baru untuk sesi pengepaman yang berikutnya.

Tempat

Jika anda mempunyai bilik pejabat sendiri, mungkin anda akan tidak kisah jika breast pump anda mempunyai sedikit bunyi (bunyi vacuum atau bunyi motor pump itu sendiri, bergantung pada jenis breast pump yang anda beli). Tetapi, jika anda bekerja di workstation yang hanya dibahagi denganpartition antara anda dan rakan sekerja anda, maka adalah lebih baik anda mencari breast pump yang kurang atau tiada bunyi; biasanya ia dilabel sebagai 'Quite Breast Pump'. Jika sekalipun anda mengepam di bilik penyusuan atau surau, anda sudah tentu tidak mahu mengganggu rakan anda yang sedang solat, atau sedang mengepam bersama anda. Anda sendiri sebenarnya memerlukan suasana tenang semasa sesi pengepaman berlangsung supaya pengepaman dan pengeluaran susu menjadi lebih mudah dan lancar, dan bukannya bunyi motor pam yang membuatkan seolah-olah anda sedang melihat orang sedang memotong rumput! Paling penting, apabila anda berada di rumah, bayi anda tidak terjaga apabila anda mengepam di sebelahnya.

Fungsi

Pastikan breast pump anda mempunyai fungsi yang sama ciri seperti hisapan bayi anda (mimics baby suction). Breast pump tersebut perlu ada kitaran suction yang sesuai dan boleh diubahsuai mengikut keselesaan anda. Saya lebih mengesyorkan anda membeli mana-mana Medela breast pump yang mempunyai 2 phase expression kerana Medela technology sememangnya dicipta berdasarkan ciri hisapan bayi; yang mana ia ada Fasa Ransangan (Stimulation Phase) dan Fasa Pengeluaran (Expression Phase). Breast anda akan diransang semasa fasa ransangan ini berlangsung selama 2 minit atau kurang, seterusnya breast akan terus mengeluarkan susu sehingga sesi pengepaman selesai. Ada juga breast pump lain yang sesuai dan disyorkan Pakar Laktasi seperti Spectra 3 Breast Pump, Unimom Forte, Ameda Lactaline Dual Breast Pump, Ardo Gentle Medical Breast Pump, Avent Manual Breast Pump, Safety Plus Breast Pump, Mamivac Easy dan Mamivac Lactive Breast Pump, dan sebagainya. Kesemua breast pump jenis ini mempunyai 'adjustable vacuum level', yang mana anda sendiri boleh mengawal level vacuum untuk tujuan fasa ransangan dan fasa pengeluaran.

Keselesaan dan Kesesuaian

Aspek ini juga merupakan aspek penting dalam pemilihan jenis breast pump. Jika rakan anda sesuai dan selesa memakai Medela breast pump, tidak bermakna anda juga akan merasa selesa menggunakan breast pump tersebut. Sesetengah ibu memiliki breast dan nipple yang sensitive, mudah terluka dan merasa pedih jika mengepam menggunakan breast pump yang kurang sesuai. Oleh itu, saya nasihatkan anda supaya mencuba dahulu breast pump sebelum membeli. Ada banyak kedai penyusuan yang menyediakan breast pump sebagai demo unit untuk anda cuba dahulu sebelum membeli. Awas, maksud saya cuba dahulu sebelum membeli, bukan hanya cuba dan tidak beli! Paling tidak, anda boleh meminjam breast pump rakan atau sedara mara anda untuk melihat keserasian dan keselesaan anda dengan breast pump tersebut. Memang keserasian tidak dapat wujud dalam masa sehari dua, tetapi sekurang-kurangnya anda sudah tahu tentang level vacuum breast pump tersebut selain keselesaan breast jika menggunakan breast shield tersebut semasa pengepaman.

Warranty

'Pentingke warranty ini?'..'Breast pump brand X ini tak mudah rosak kan?'..Itu antara soalan yang saya sering terima bila saya sebut pasal warranty. Kebanyakan customer yang call beranggapan breast pump yang mahal tidak mudah rosak, breast pump murah cepat rosak. Tapi biar saya betulkan anda. Jika anda pikir sebegitu, maka anda salah. Seperti yang saya pernah jelaskan di entry sebelum ini, selagi wujudnya 'Warranty for Factory Defected', maka anda perlu mengambil perhatian tentang isu warranty tidak kira semahal mana breast pump yang anda beli atau brand mana yang anda pilih. Anda tidak akan tahu bila breast pump anda akan rosak, tambahan pula, brand bukanlah 100% faktor penentu atau jaminan untuk breast pump tidak akan rosak atau bila ia akan rosak; kerana jika itu adalah jaminan seperti yang anda fikirkan, mengapa setiap breast pump perlu datang dengan warranty? Dan mengapa ada sesetengah breast pump datang dengan 30 hari warranty, 6 bulan, 1 tahun dan 2 tahun warranty? Saya yakin anda boleh fikir sendiri jawapannya.

Kebolehdapatan Alat Ganti

Ini merupakan antara aspek terpenting sebelum anda membuat keputusan untuk membeli mana-mana jenis breast pump. Saya tahu, ramai iba bapa yang lebih gemar mencari breast pump berdasarkan harga. Tetapi tidak tahu bahawa breast pump yang dibeli itu tidak dijual alat gantinya, jika rosak, anda perlu beli breast pump yang baru, bermakna anda perlu mengeluarkan 'full cost; sekali lagi. Oleh itu, sebelum anda membeli sebarang breast pump, bertanya lah kepada seller tersebut, adakah alat gantinya ada dijual, jika ada, di mana anda boleh membelinya. Tidak mengapa jika seller tersebut tidak menjual alat ganti breast pump, tetapi pastikan alat ganti tersebut sememangnya dijual oleh Authorized Distributor. Jika Authorized Distributor sendiri tidak menjual alat ganti tersebut, tetapi anda membelinya dari seller atau orang perseorangan, maka anda perlu berhati-hati kerana anda mungkin telah membeli alat ganti yang telah digunakan atau bukan original. Sekadar untuk informasi anda, Medela breast pump (semua jenis Medela, made in Switzerland, warranted by Lactaequip), Ameda, Spectra 3, Unimom Forte, Mamivac (manual dan electric), Ardo Medical (single dan double electric), Safety Plus breast pump (manual dan single electric) merupakan breast pump yang mudah dicari alat gantinya.

Kewangan

Terus terang saya katakan, saya telah melihat ramai customer yang tidak tahu membeli breast pump berdasarkan budget mereka. Ya, mungkin credit card anda dapat membantu untuk mendapatkan breast pump idaman, tetapi saya sentiasa mengingatkan customer supaya sentiasa utamakan keperluan, kemudian barulah kehendak. Maksud saya,jika anda ada RM200 sahaja, maka anda boleh memiliki mana-mana jenis manual breast pump. Jangan terlalu cepat setkan minda anda dengan manual breast pump=sakit tangan, lenguh, penat, susah dan sebagainya. Tapi setkan bahawa manual breast pump=permulaan untuk breastfeeding. Anda tidak akan rugi jika hanya bermula dengan manual breast pump, kerana jika sekalipun anda membeli mana-mana electric breast pump, anda akan tetap memerlukan satu manual breast pump sebagai back up atau breast pump ganti di saat electric breast pump anda rosak dan perlu dihantar untuk servis. Begitu juga jika anda hanya mampu membeli single electric breast pump, beli sahaja ikut kemampuan anda. Jika ada rezeki, barulah anda upgrade kepada double electric breast pump. Untuk upgrade, anda tidak perlulah fikir di mana ingin trade in breast pump yang lama, kerana saya lebih galakkan anda untuk menyimpan breast pump tersebut dan jadikan sebagai back up breast pump. Kesemua breast pump amat berguna di saat anda kesusahan. Tetapi, jika anda sememangnya berkemampuan untuk memiliki mana-mana breast pump idaman anda, maka, belilah breast pump tersebut, tetapi pastikan setiap aspek yang saya nyatakan di atas telah dipertimbangkan. 

Kesimpulan

Sebelum anda memilih untuk membeli mana-mana jenis breast pump, anda boleh mempertimbangkan dahulu aspek-aspek di atas sebelum membuat keputusan. Ini sekadar 'guideline' kepada anda sahaja, selebihnya anda boleh fikirkan sendiri. Saya lebih suka bercerita dan menyampaikan kepada customer, kepada anda berdasarkan pengalaman saya kerana saya sendiri belajar dari pengalaman. Saya memulakan breastfeeding journey saya dengan Medela Harmony dan Avent ISIS Manual breast pump. Ya, betapa hectic masa saya untuk mengepam menggunakan manual breast pump dalam kesibukan kerja, tapi saya mampu menyusukan bayi saya selama 8 bulan sehingga saya mengandung anak kedua. Pada saya, breast pump bukan penentu ukur kejayaan saya untuk breastfeed selama yang saya inginkan. Semua bergantung kepada keazaman dan keyakinan diri sendiri!



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

No comments:

Post a Comment