Assalamualaikum...
Hai blogger sekalian... apakah yang anda tahu mengenai Hospital Rakan Bayi? Adakah sebelum ini anda mengetahui wujudnya Hospital Rakan Bayi? Saya mengetahui tentang Hospital Rakan Bayi sejak tahun 2010 ketika saya melahirkan anak pertama, dan saya sama sekali tidak mengetahui hospital yang saya pergi itu adalah Hospital Rakan Bayi... Namun, dengan wujudnya Hospital Rakan Bayi ini, sejujurnya saya ingin mengatakan bahawa anda tidak perlu terlalu risau mengenai bayi anda, kerana bayi anda akan di 'layan' sebaiknya dan diberikan segala hak yang terbaik untuknya...
Ingin mengetahui lebih lanjut? saya kongsikan sebuah artikel yang saya petik dari laman blog Lil Kai Store, dan saya rasakan artikel ini sangat bermanfaat untuk pengetahuan semua yang bergelar ibu bapa. Semoga selepas ini anda akan lebih bijak dalam memilih hospital untuk bayi anda. Let's Love Our Baby!
----------------------------------------------------------------------
Semasa saya mengandungkan anak sulung, saya tidak pernah langsung tahu tentang kewujudan Hospital Rakan Bayi. Malahan, saya hanya mencari-cari hospital swasta yang mempunyai 'rating' bagus tanpa mengetahui tentang perbezaan hospital swasta dan kerajaan dalam konsep penyusuan.
Saya pergi monthly check up di klinik swasta. Meskipun klinik tersebut adalah pakar dalam rawatan ibu mengandung, tetapi kebanyakan doktornya tidak memberi pendedahan tentang penyusuan. Malahan, kebanyakan klinik memaparkan iklan-iklan susu formula yang kononnya pilihan alternatif terbaik selain susu ibu. Jika di klinik kesihatan kerajaan, anda tidak berpeluang melihat iklan-iklan atau promosi susu formula yang ditampal atau digantung di dinding. Malahan, anda akan melihat zon larangan memberi susu botol kepada bayi, kerana ibu digalakkan memberi direct breastfeed semasa berada di klinik-klinik tersebut. Jika anda ibu mengandung, anda akan diwajibkan hadiri ceramah penyusuan, demonstrasi dan diberi lampiran atau flyers berkaitan panduan, kepentingan dan keperluan penyusuan susu ibu kepada bayi. Anda secara tidak langsung, aware tentang penyusuan susu ibu..
Dari situ, saya sudah lihat sedikit perbezaan antara klinik kerajaan dan swasta. Dari segi hospital bersalin pula, kesemua hospital kerajaan adalah Hospital Rakan Bayi (HRB). Hospital Rakan Bayi bermaksud hospital atau tempat bersalin yang menggalakkan dan mengamalkan penyusuan susu ibu kepada para bayi. Para ibu tidak dibenarkan membawa sebarang susu formula atau botol susu untuk diberikan kepada bayi terutama yang baru dilahirkan. Para ibu boleh memegang dan menyusukan bayi sebaik sahaja dilahirkan diajar cara posisi menyusukan bayi dengan betul terutama jika ibu bersalin secara c-zer. Jika ibu menghadapi masalah dalam pengeluaran susu sejurus selepas kelahiran, jururawat hospital sedia membantu anda. Kebiasaannya jururawat di bahagian ibu mengandung adalah terdiri dari jururawat terlatih terutama dalam bidang penyusuan. Kebiasaannya HRB dilengkapi dengan beberapa fasiliti seperti breast pump dan tempat menyimpan susu. Ibu boleh menggunakan breast pump hospital jika breast terlalu penuh dengan susu dan perlukan sesi pengepaman.
Jika ibu bersalin di hospital swasta, perkhidmatan yang ibu perolehi adalah 'keselesaan' selepas bersalin. Malahan, ibu boleh rehat dengan tenang tanpa tangisan bayi kerana bayi anda akan dijaga oleh nurse sebagai kerana ia adalah salah satu dari perkhidmatan yang ditawarkan berbaloi dengan bayaran ibu Tetapi, jika ibu dapat berehat, dan bayi tersebut dijaga oleh nurse, maka susu pertama yang diminum oleh bayi adalah susu formula, sedangkan kolustrum yang terhasil dalam breast ibu adalah yang terbaik untuk diminum oleh bayi di awal kelahirannya. Jika ibu mengambil berat tentang penyusuan, ibu boleh meminta nurse untuk mendapatkan bayi dan menyusukannya dengan susu badan. Tiada siapa yang marah jika si ibu meminta bayi tersebut , itu adalah hak si ibu! Malahan, susu di dalam ibu adalah hak bayi tersebut!
Di HRB juga, tiada salesman susu formula yang dibenarkan membuat promosi atau menjual barangan mereka di sana. Ibu sendiri boleh melihat, kebiasaannya, sebelum discharged, ibu akan mendapat Free Gift atau pek promosi dari mana-mana syarikat, tetapi kebiasaannya ia adalah produk penjagaan bayi sahaja. Ibu tidak akan melihat mana-mana pek promosi susu formula atau botol susu. Tetapi, jika anda bersalin di hospital swasta, anda mungkin mendapat salah satu produk 'terlarang' tersebut sebagai Free Gift!
Walau bagaimanapun, pada masa kini, telah banyak hospital swasta yang telah diiktiraf sebagai HRB. Ini bermakna, kepentingan dan konsep penyusuan ini telah pun dilaksanakan dengan meluas di seluruh negara. Anda boleh bertanya sendiri kepada pihak hospital tersebut sebelum menempah tempat bersalin sebagai persediaan awal. Tidak salah jika bersalin di hospital swasta. Yang penting, anda dapat laksanakan tugas sebagai ibu sejurus selepas kelahiran, iaitu menyusukan bayi anda. Berikut, adalah senarai hospital-hospital yang diiktiraf sebagai HRB (Sumber MOH, update 2009):
1. Hospital Tuanku Fauziah, Kangar
Kedah
2. Hospital Sultanah Bahiyah
3. Hospital Sultan Abdul Halim
4. Hospital Kulim
5. Hospital Langkawi
6. Hospital Baling
7. Hospital Sik
8. Hospital Yan
9. Hospital Jitra
10. Hospital Kuala Nerang
2. Hospital Sultanah Bahiyah
3. Hospital Sultan Abdul Halim
4. Hospital Kulim
5. Hospital Langkawi
6. Hospital Baling
7. Hospital Sik
8. Hospital Yan
9. Hospital Jitra
10. Hospital Kuala Nerang
Pulau Pinang
11. Hospital Pulau Pinang
12. Hospital Seberang Jaya
13. Hospital Bukit Mertajam
14. Hospital Kepala Batas
15. Hospital Sungai Bakap
16. Hospital Balik Pulau
11. Hospital Pulau Pinang
12. Hospital Seberang Jaya
13. Hospital Bukit Mertajam
14. Hospital Kepala Batas
15. Hospital Sungai Bakap
16. Hospital Balik Pulau
Perak
17. Hospital Raja Permaisuri Bainun
18. Hospital Taiping
19. Hospital Teluk Intan
20. Hospital Seri Manjung
21. Hospital Slim River
22. Hospital Batu Gajah
23. Hospital Kuala Kangsar
24. Hospital Tapah
25. Hospital Parit Buntar
26. Hospital Kampar
27. Hospital Sungai Siput
28. Hospital Selama
29. Hospital Gerik
30. Hospital Changkat Melintang
17. Hospital Raja Permaisuri Bainun
18. Hospital Taiping
19. Hospital Teluk Intan
20. Hospital Seri Manjung
21. Hospital Slim River
22. Hospital Batu Gajah
23. Hospital Kuala Kangsar
24. Hospital Tapah
25. Hospital Parit Buntar
26. Hospital Kampar
27. Hospital Sungai Siput
28. Hospital Selama
29. Hospital Gerik
30. Hospital Changkat Melintang
Selangor
31. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
32. Hospital Kajang
33. Hospital Banting
34. Hospital Kuala Kubu Baru
35. Hospital Tanjung Karang
36. Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
37. Hospital Selayang
38. Hospital Serdang
39. Hospital Ampang
32. Hospital Kajang
33. Hospital Banting
34. Hospital Kuala Kubu Baru
35. Hospital Tanjung Karang
36. Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
37. Hospital Selayang
38. Hospital Serdang
39. Hospital Ampang
Kuala Lumpur
40. Hospital Kuala Lumpur
40. Hospital Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
41. Hospital Putrajaya
42. Hospital Labuan
41. Hospital Putrajaya
42. Hospital Labuan
Negeri Sembilan
43. Hospital Tuanku Jaafar
44. Hospital Tuanku Ampuan Najihah
45. Hospital Tampin
46. Hospital Port Dickson
47. Hospital Jelebu
43. Hospital Tuanku Jaafar
44. Hospital Tuanku Ampuan Najihah
45. Hospital Tampin
46. Hospital Port Dickson
47. Hospital Jelebu
Melaka
48. Hospital Melaka
49. Hospital Alor Gajah
48. Hospital Melaka
49. Hospital Alor Gajah
Johor
50. Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
51. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
52. Hospital Batu Pahat
53. Hospital Kluang
54. Hospital Segamat
55. Hospital Kota Tinggi
56. Hospital Pontian
57. Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai (HSTSTI)
58. Hospital Tangkak
59. Hospital Mersing
50. Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
51. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
52. Hospital Batu Pahat
53. Hospital Kluang
54. Hospital Segamat
55. Hospital Kota Tinggi
56. Hospital Pontian
57. Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai (HSTSTI)
58. Hospital Tangkak
59. Hospital Mersing
Pahang
60. Hospital Tengku Ampuan Afzan
61. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
62. Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highland
63. Hospital Kuala Lipis
64. Hospital Bentong
65. Hospital Raub
66. Hospital Jerantut
67. Hospital Jengka
68. Hospital Muadzam Shah
69. Hospital Pekan
60. Hospital Tengku Ampuan Afzan
61. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
62. Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highland
63. Hospital Kuala Lipis
64. Hospital Bentong
65. Hospital Raub
66. Hospital Jerantut
67. Hospital Jengka
68. Hospital Muadzam Shah
69. Hospital Pekan
Terengganu
70. Hospital Sultanah Nur Zahirah***
71. Hospital Kemaman**
72. Hospital Dungun
73. Hospital Besut
74. Hospital Hulu Terengganu
75. Hospital Setiu
70. Hospital Sultanah Nur Zahirah***
71. Hospital Kemaman**
72. Hospital Dungun
73. Hospital Besut
74. Hospital Hulu Terengganu
75. Hospital Setiu
Kelantan
76. Hospital Raja Perempuan Zainab II
77. Hospital Kuala Krai**
78. Hospital Pasir Mas
79. Hospital Tanah Merah
80. Hospital Tumpat
81. Hospital Tengku Anis, Pasir Putih
82. Hospital Machang
83. Hospital Gua Musang
84. Hospital Jeli
76. Hospital Raja Perempuan Zainab II
77. Hospital Kuala Krai**
78. Hospital Pasir Mas
79. Hospital Tanah Merah
80. Hospital Tumpat
81. Hospital Tengku Anis, Pasir Putih
82. Hospital Machang
83. Hospital Gua Musang
84. Hospital Jeli
Sarawak
85. Hospital Umum Sarawak
86. Hospital Sibu**
87. Hospital Miri**
88. Hospital Bintulu**
89. Hospital Kapit**
90. Hospital Sarikei**
91. Hospital Sri Aman
92. Hospital Saratok
93. Hospital Kanowit
94. Hospital Limbang
95. Hospital Serian
96. Hospital Daro
97. Hospital Betong
98. Hospital Bau
99. Hospital Mukah
100. Hospital Simunjan
101. Hospital Marudi
102. Hospital Lundu
103. Hospital Lawas
85. Hospital Umum Sarawak
86. Hospital Sibu**
87. Hospital Miri**
88. Hospital Bintulu**
89. Hospital Kapit**
90. Hospital Sarikei**
91. Hospital Sri Aman
92. Hospital Saratok
93. Hospital Kanowit
94. Hospital Limbang
95. Hospital Serian
96. Hospital Daro
97. Hospital Betong
98. Hospital Bau
99. Hospital Mukah
100. Hospital Simunjan
101. Hospital Marudi
102. Hospital Lundu
103. Hospital Lawas
Sabah
104. Hospital Likas*
105. Hospital Duchess of Kent**
106. Hospital Tawau**
107. Hospital Keningau**
108. Hospital Lahad Datu**
109. Hospital Beaufort
110. Hospital Kudat
111. Hospital Kota Belud
112. Hospital Sipitang
113. Hospital Tenom
114. Hospital Ranau
115. Hospital Papar
116. Hospital Kinabatangan
117. Hospital Kota Marudu
118. Hospital Semporna
119. Hospital Beluran
120. Hospital Tambunan
121. Hospital Kunak
122. Hospital Pitas
123. Hospital Kuala Penyu
104. Hospital Likas*
105. Hospital Duchess of Kent**
106. Hospital Tawau**
107. Hospital Keningau**
108. Hospital Lahad Datu**
109. Hospital Beaufort
110. Hospital Kudat
111. Hospital Kota Belud
112. Hospital Sipitang
113. Hospital Tenom
114. Hospital Ranau
115. Hospital Papar
116. Hospital Kinabatangan
117. Hospital Kota Marudu
118. Hospital Semporna
119. Hospital Beluran
120. Hospital Tambunan
121. Hospital Kunak
122. Hospital Pitas
123. Hospital Kuala Penyu
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
124. Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak
125. Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka
124. Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak
125. Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
126. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan
127. Pusat Perubatan Universiti Malaya
HOSPITAL SWASTA
128. Ipoh Specialist Hospital, Ipoh
129. KPJ Damansara Specialist Hospital, KL
130. KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor
131. KPJ Pusat Perubatan Pantai, KL
132. KPJ Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor
133. Penang Adventist Hospital, Pulau Pinang
126. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan
127. Pusat Perubatan Universiti Malaya
HOSPITAL SWASTA
128. Ipoh Specialist Hospital, Ipoh
129. KPJ Damansara Specialist Hospital, KL
130. KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor
131. KPJ Pusat Perubatan Pantai, KL
132. KPJ Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor
133. Penang Adventist Hospital, Pulau Pinang
Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.
No comments:
Post a Comment