Thursday 25 August 2011

Suatu Malam di Giant Kota Damansara

Asssalamualaikum...
Lama dah rasanya saya tak update blog, agak sibuk sebenarnya menyiapkan baju raya saya dan puteri saya... sampai saya terkoyakkan baju raya saya semalam... ralat rasanya... disebabkan kecuaian saya, baju tu koyak di tangan saya sendiri, walhal lagi 70% nak siap dah... bila mood dah down, saya ajak suami saya gi Giant Kota Damansara lepas berbuka puasa... kalau saya sambung menjahit baju tu, ntah apa la lagi yang saya akan koyakkan nanti...


saya sebenarnya tak tau nak beli apa kat sana, tapi yang penting kaki saya nak berjalan, menghilangkan rasa frust... pastu teringat pulak saya nak belikan botol susu baru untuk raisya... botol susu yang dia pakai tu dah lama sangat, sejak dia berumur 2 bulan lagi... sekarang Raisya dah setahun, dah 8 bulan dah... saya tengok botol tu pun dah tak selera, ekekeekeee~ sampai ke Giant, destinasi pertama saya adalah Butik Lunatots... cekidaut gamba butik Lunatots kat giant Kota Damansara ni...



kecik je, tak la besau mana pun... tak puas nak berjalan membelek-belek baju kat dalam ni... tapi target utama saya adalah botol susu, jadi, carik yang tu je la... tup tup jumpa botol susu MAM, hah, botol susu idaman saya sejak dulu lagi... tapi kalau fikir-fikir balik, bukan saya pun yang nak pakai botol susu ni, tapi beria-ia memilihnya, heheheee~ ni la botol susu yang Raisya dapat...


cantik tak? saya sebenarnya peminat warna purple, tapi tak banyak pilihan warna botol susu kat situ... memang ada warna purple, tapi karang sama pulak dengan warna botol susu anak sepupu saya... tak bes la sama-sama ni... akhirnya ni la yang raisya dapat... untuk ayah pulak?? ayah punye barang mana main yang murah-murah... saya yang frust, tapi ayah yang beli barang... nak tau apa barang yang dia beli?? tengok gamba kat bawah ni...


sekali ayah angkat handset daaa~ SAMSUNG GALAXY MINI... saya pulak? terpakse la pakai handset ayah yang lama tu... tapi ayah janji bulan depan ayah nak belikan saya handset baru... tak sabar nak tunggu ni...!! adios~



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Ladang Cinta Naurah

Tulisan asal:
via Facebook by Siti Aishah Hanin on Monday, December 20, 2010 at 2:46pm

------------------------------

"Assalamualaikum Pak Man"
"Waalaikumsalam….."
Nani melambai kepada Pak Mat. Lelaki tua itu mengangguk dengan senyum manis. "Nani takde kuliah harini?"
"Tak..kan dah habis exam. Cutilah"
"Haa……ade la orang tolong Pak Man kat kebun harini"
"Hari-hari pun boleh" Nani senyum ceria. Langkah dihayun ke bangsal di hujung taman.
Cuti dah mula!

Nani. Si manis 21 yang baru menamatkan diploma. Anak yatim piatu yang menumpang hidup di Villa Saujana milik keluarga Dato’ Bahar. Arwah ibunya dulu menjadi pembantu rumah di situ selama sebelas tahun, sebelum meninggal dunia terkena kejutan elektrik empat tahun lepas. Dato’ Bahar dan isterinya yang pemurah terus mengambilnya sebagai anak angkat dan membiarkan dia tinggal di situ sebagai penjaga villa percutian keluarga mereka. Nani dibela seperti anak sendiri, disekolahkan dan diberi belanja. Walaupun demikian Nani hidup sederhana. Dia tahu mengingat asal-usulnya hanya menumpang di rumah itu. Apatah lagi anak-anak Dato’ Bahar yang tidak sukakannya, dia takkan lupa!

Nani menjenguk masuk ke dapur. Sayur-sayur diletak ke meja. Tudung kepala disangkut ke kerusi. Lauk asam pedas yang sudah mendidih ditutup apinya. Nani merasa sesudu. Mm…sedap!
"Nani, dah balik kebun?" Cik Zah tiba-tiba muncul menyapa. Nani senyum, menunding kobis, terung, tomato dan kacang panjang yang bertimbun di atas meja.
"Dah…tu untuk Cik Zah!"
"Wah….banyaknya sayur. Elok la orang pun ramai"
"Ramai?" Nani mencapai botol, air sejuk dituang ke cawan. "Pa ngan Ma balik ke Cik Zah?"
"Taklah. Dato’ dengan Datin balik hujung bulan ni. Tu Rubi dengan Berry datang bawak kawan-kawan bercuti"
"Ha?" Nani terkaku tak jadi minum. Terbayang wajah Kak Rubi dan Kak Berry yang cantik jelita, tapi sombong dan perengus. Apa dibuatnya ada saja yang tak kena. Suka mengarah-ngarahnya seperti orang gaji.

Tapi, aku memang anak orang gaji…… Nani ketap bibir. Kak Rubi dan Kak Berry dah lama tak balik. Tahun lepas, dengarnya sorang dah jadi pramugari, sorang dah jadi model. Lepas grad, masing-masing dah sibuk bina hidup sendiri. Pa dengan Ma balik berdua je tengok-tengok rumah dengan ladang strawberry.

Nani telan liur. Dah setahun tak jumpa, mintak-mintak diorang dah berubah. Mintak-mintak diorang tak cari pasal dengan aku lagi…

"Kalau U nak tengok ladang strawberry, I boleh bawak sekarang"
Kak Berry! Nani menjeling sekilas. Kak Berry dengan seorang pemuda tegap di koridor, meleso-leso macam kucing. Nani cepat-cepat memanjat tangga, takut Kak Berry perasan dia di situ.
"Nani!" Nani terperanjat. Suara Kak Rubi lantang memanggilnya dari atas. Dia terkaku di tengah tangga. Di bawah, Kak Berry dan lelaki di sebelahnya menoleh. Di atas, Kak Rubi muncul dengan mata bulatnya. Nani tergamam!

Nani menutup pintu bilik. Tubuh direbahkan ke lantai. Keletihan menggigit seluruh anggota. Baru balik kebun sudah disuruh melayan tetamu kehormat. Langsung tak sempat membersihkan tubuh. Sebelum tu dileter pula dek Kak Rubi kerana barangnya-barangnya ada di bilik tamu.
Alah, dah tak ada orang aku lepak la bilik tu. Kang berhantu bising pulak. Nak balik tak bagitau, kalau tak aku ambik la barang aku awal-awal…
Nani mengiringkan tubuh. Dia memang suka melepak di bilik tamu di tingkat atas. Pemandangannya cantik. Nampak terus ke ladang teh yang hijau berjalur-jalur. Tapi dia bukan selalu tidur di situ. Cuma naik bersolat dan mengaji. Ya, sepanjang tempoh exam yang lepas dia belajar di situ. Memang buku-bukunya penuh di situ. Jenuh diangkutnya tadi depan tetamu Kak Rubi yang nak duduk bilik tu. Pemuda tu, selamba je tengok tv macam tak nampak dia angkat berat terbongkok-bongkok. Takde secuit muka nak tolong ke apa.
Yang aku bengang dengan dia ni kenapa, tetamu memang la macam tu. Orang bandar pulak. Mana ada budi bahasa. Biasa la tu.

**************

"Good night guys"
"Good night…."
Anuar melambai sekilas kepada teman-temannya sambil menapak naik ke bilik. Tubuh direbahkan ke tilam empuk, menghela nafas dalam. Bahagia hati dapat kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun di perantauan. Tambah pulak dua sepupunya yang cantik, Berry dan Kak Lang Rubi bermurah hati mahu menaja party reunion dengan kawan-kawan rapat di villa mewah keluarga mereka. Kebetulan dua beradik itu juga sudah lama tak bersua muka selepas sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dua minggu mendatang dia akan berehat di sini dengan sepupu dan kawan-kawan mereka. Menenangkan fikiran di dunia terpencil Cameron Highland.
Mata dihinggap kantuk. Anuar meraba suis lampu tidur yang terjuntai di celah meja sisi. Tangannya tersentuh bucu keras sesuatu. Objek itu diraba dan ditarik naik. Rupanya sebuah buku. Tidak, sebuah diari yang berkulit tebal dan cantik. Anuar teringat gadis yang dimarah dek Alang Rubi tadi.
Diari budak tu kot……
Diari diletak ke meja sini. Lampu tidur dipadam.

********************

"Bai Cik Zah, pergi sekarang. Assalamualaikum"
Nani berjalan riang. Hari ini Pak Man minta dia menolong di batas jagung di bawah bukit. Selepas mengerjakan batas dia harap sempat melencong ke sungai kecil di bawah bukit tu. Boleh dia menangguk ikan sepat untuk makan tengahari dengan Cik Zah. Nani melompat ke atas basikal. Kaki mula mengayuh sambil kepala terbayang nasi goreng belacan Cik Zah yang sedap tadi.

"Tu orang gaji kitorang"
Tiba-tiba terlintas suara yang didengarnya malam tadi. Kak Berry sedang berbual dengan seseorang. Dia tak tahu siapa kerana dia berada di dapur. Hanya suara yang terdengar sayup.
"Mudanya" "Dulu mak dia yang kerja sini. Lepastu mak dia meninggal masa kerja, Pa kutip dia jadi anak angkat"
"Kira adik angkat kau la. Kenapa kau panggil dia orang gaji?"
"Buat apa? Aku tak anggap dia adik pun. Dah la takde bapak. Kot ade asal-usul nak la jugak aku ngaku adik angkat"
"Mana kau tau takde asal usul? Entah-entah ayah dia dah meninggal ke"
"Aku peduli apa. Aku tau aku menyampah tengok dia. Dah tak payah la cakap pasal budak tu"
Waktu itu dia rasa mahu istighfar dan menyumpah. Tak tahu mana satu. Yang pasti hatinya tersayat dengan kata-kata Kak Berry menghina latar belakangnya.
Alah, kau orang kaya boleh la kau cakap macam tu kat aku. Cuba kalau aku yang kaya, kau miskin, kau peduli apa aku ada bapak ke tak….kucing gatal!
Tiba-tiba basikal terlanggar batu. Nani hilang kawalan. Brek yang sedia haus membuatnya panik. Kaki ditahan ke tanah, tetapi jalan bukit yang curam terus membuatnya meluncur. Nani beristighfar dalam hati, dia tahu Tuhan mahu mendendanya kerana mengutuk Kak Berry tadi. Dia berdoa sepenuh hati moga tak terjun ke bawah bukit. Dalam kalut begitu muncul pula seorang manusia berjogging di tengah laluan.
"Tepi! Tepiiii!!"
Brranngggg!!
Nani melompat bangun. Basikalnya yang sedang menghimpap seseorang ditarik ke tepi.
"Minta maaf…..minta maaf…..awak tak apape ke?"
"Holy shit…." Orang itu bangun menepuk-nepuk seluar yang berpasir. Nani kalut menyerahkan MP4nya yang terjatuh. Pandangan mereka bertemu.
Alamak….orang semalam!
Nani telan liur.

*****************

Selepas pertemuan tak sengaja di lereng bukit itu, tiba-tiba mereka menjadi rapat. Anuar tidak tahu apa yang menarik dia berkawan dengan Nani, adik angkat Kak Lang Rubi tu. Orangnya lasak tapi sopan. Kecil tapi kuat dan rajin. Sangat berbeza dengan perempuan yang ditemuinya di barat atau di bandar. Bahkan berbeza dengan Kak Lang Rubi atau Berry sendiri. Nani, 'Budak Kutip' yang dicemuh-cemuh dek Berry itu menutup aurat dan taat beribadah. Berada di sisinya Anuar seperti tersedar diri dan asal-usulnya bangsa Melayu yang beragama Islam. Bukan mat saleh celup seperti kehidupan yang dilaluinya selama ini. Arak diminum seperti kopi. Perempuan-perempuan murah diratah seperti ikan goreng. Nani yang kelihatan naïf dan sederhana itu membuka matanya kepada erti hidup yang sebenar.
"Ni, alam yang luas menghijau, Allah tak jadikan suka-suka. Semuanya supaya manusia merenung dan berfikir tentang penciptanya, supaya manusia hidup dengan penuh tujuan dan makna" Anuar teringat kata-kata Nani waktu mereka berbual pada suatu pagi. "Barat sengaja mencipta Teori Evolusi supaya akal manusia tidak mahu berfikir dan mati. Sedangkan kalau kita perhati proses pertumbuhan pokok saja pun, akal yang sihat mesti tahu semua ni ada penciptanya. Ada sebab untuk apa ia dicipta. Mustahil terjadi sendiri. Macam rice cooker jugak, mustahil ia berevolusi dari baldi kan? Sebaliknya memang manusia cipta dia sebagai periuk untuk masak nasi"
Kadang-kadang Anuar tak faham apa yang dicakap dek Nani. Bukan kerana falsafahnya tinggi, tapi kerana dia tak pernah terfikir apa yang dicakapkannya tu. Teori evolusi. Habis sekolah menengah, habislah. Peduli apa dia. Tapi dari Nani baru dia tahu teori itu merosakkan akidah.
Ahh…..akidah pulak. Perempuan apa sebenarnya Nani ni?
"Nuar" Anuar menoleh. Kak Rubi duduk di sebelahnya meletak sepiring kek ke meja. "Kak Lang tengok kau kamceng je dengan budak tu?"
"Siapa? Nani?" "Yelah. Budak mana lagi ade kat rumah ni"
Anuar senyum kecil. "Takde kamcenglah. Biasa je."
"Yelah ngkau tu, Kak Lang tengok mata kau kalau pandang dia lain macam je. Kau jangan nak buat pasal dengan dia"
Anuar ketawa. "Ooo…sayang jugak Kak Lang dengan dia ek. Ingatkan tak sayang"
"Abis kau ingat Kak Lang ni takde hati perut ke?" Kak Rubi bersandar selesa. " Walaupun Kak Lang menyampah tengok dia tapi Kak Lang ingat arwah mak dia tu baik dengan keluarga ni. Ha kau cari penyakit nanti kena bedal dengan uncle Kak Lang tak tau"
Anuar ketawa semakin galak. "Takde la Kak Lang. Nuar cuma suka tengok dia je. Maniiis…..sangat"
"Lepas tu kau nak buat bini? Daripada dia baik Kak Lang rekomen kawan-kawan Kak Lang. Baru sepadan dengan kau"
"Isy…..jauh sangat bini tu Kak Lang. Tapi Nani tu memang special"

***************

Larut malam. Cengkerik dan unggas kedengaran sayup membuat band di laman. Nani masih belum tidur. Hati melonjak gembira dengan berita gembira yang diterimanya siang tadi. Di depannya berselerak surat tawaran melanjutkan pengajian. Alhamdulillah, semua permohonan yang dihantar dulu berjawab, tetapi dia pula yang pening membuat pilihan.
Yang sana perubatan. Yang ni sains tulen. Yang tu kaji hayat. Semua yang aku minat, semua dapat. Alamak mana satu ni?
Nani bersandar di sofa, berangan-angan rupanya dengan gaya seorang mahasiswa. Dia bersyukur, keputusan peperiksaan yang baik membuka luas laluan untuknya membina masa depan. Dia menyimpan cita-cita untuk hidup bebas berdikari seperti orang lain. Dia mahu melepaskan diri dari tanggungan Dato’ Bahar. Dia mahu berjaya mengalahkan Kak Rubi dan Kak Berry. Lebih besar dari itu, dia mahu jadi contoh seorang muslimah yang boleh berjaya dengan mengikut landasan agama!
Jenuh berfikir, surat dibiarkan berselerak di meja. Nani mencapai remote control dan menghidupkan tv.
Huh……dah tengah malam macam ni barulah merasa nak lepak-lepak tengok tv. Nasib baik diorang semua pun masuk tidur awal. Seharian berendam kat Lata Iskandar mesti semua dah tidur mati….
Tiba-tiba Nani teringatkan Anuar. Dia rasa bersalah kerana membohongi pemuda itu. Semalam Anuar mengajaknya turut serta ke Lata Iskandar. Setelah mati akal nak mencipta alasan, dia akur dan berjanji akan datang membawa makanan tengahari mereka. Tapi tengahari itu hanya Pak Man yang pergi menghantar nasi. Dia tinggal di rumah bersama Cik Zah. Mana mungkin dia menyertai mereka. Berdosa bergaul bebas begitu, dengan aurat terbuka pula. Tambah lagi dia tidak sanggup menelan jelingan tajam Kak Ruby dan cemuhan Kak Berry. Dia tahu dirinya. Bersama mereka, para tetamu kehormat itu, hanya akan membuat dirinya terhina.
Dan dia tahu, persahabatannya dengan Anuar juga sudah mula dijeling Kak Ruby. Pesan Kak Ruby, jangan cuba menggatal dengan adik sepupunya. Eh, aku tak hingin la tahi arak jadi suami aku!

Astaghfirullahal 'azim…..kenapa aku fikir macam ni. Anuar takde kena-mengena. Walaupun dia suka kutuk nama aku macam kampung tapi dia baik. Dia tak sombong. Mana boleh aku kutuk dia sebab marahkan Kak Ruby. Mana tahu nanti dia berubah, astaghfirullahal'aziim….

************

"Morning, Sweety"
Nani terperanjat tiba-tiba ada suara berbisik di telinganya. Dia berpaling, melihat Anuar tersenyum kacak di belakang. "Hei, takde kerja. Tertelan air sungai ea?"
"Tak la. Makan hati ade orang tipu"
Nani buat tak tahu. Selamba meneruskan kerja. Anuar mencuri sepotong timun dan dilahap ke mulut. "Kenapa tak datang semalam? Saya tak mandi tunggu awak datang"
"Iyalah. Sampai-sampai rumah terus membuta, tak mandi apanya"
"Ha penat tunggu la tu. Bukan penat mandi"
Eleh…..blah la. Nani mahu tersenyum. Tapi mengingatkan ugutan Kak Ruby dia jadi tawar hati dengan Anuar.
"Diam je. Tak ceria pun My Sweety ni" Anuar berdiri rapat. Nani menjarakkan diri. " Siapa Sweety awak".
"Ok, ok…." Anuar unggit bahu. "Nani, party malam ni join la. Jadi partner saya k. Please…"
"Saya busy la Nuar. Saya kan orang dapur. Kang korang semua tak makan".
" Kak Lang dah tempah catering la. Don’t worry. Malam ni khas untuk celebrate saya balik. Saya nak awak join sekali. Tau? Jangan tipu lagi. Berdosa…"
Wah, dah pandai cakap berdosa nampak….. Nani biarkan Anuar pergi tanpa sebarang balasan. Cik Zah yang mendengar dari tadi memandangnya.
"Nani" "Ye Cik Zah?" Nani menoleh. Cik Zah memandangnya dengan muka seribu rasa. Sukar ditafsir. "Kenapa?"
"Nani dengan Anuar ada apape ke? Lain je Cik Zah tengok?"
Entah la Cik Zah. Nani tak tahu. Nani suka dia, dia baik. Dalam ramai-ramai, dia yang boleh terima Nani. Tapi life dia xbaik. Life Nani sendiri tak sesuai untuk Nani suka dengan dia. Entah la, Nani dah mula konfius….
"Nani, diam tu suka ke?" Nani tersedar. "Tak la Cik Zah. Kami kawan je. Nani bukan taste dia. Takkan orang macam dia nak dengan Nani, Cik Zah. Nani pun tak nak orang macam tu"
"Ha elok la kalau Nani sedar. Cik Zah risau budak muda zaman sekarang ni mudah sangat jatuh cinta, tak fikir asal-usul latar belakang. Kang bila dah terlajak baru sedar tak sekufu. Lepas tu mulalah nak belakangkan mak ayah yang membela dari kecik"
Baik, Nani ingat Cik Zah… Nani hanya menumpang hidup dalam keluarga ni…

*************

Jamuan malam. Daging dan makanan laut bersusun di atas meja. Minuman tersedia pelbagai rasa. Kek dan manisan tak kalah hebatnya. Di satu sudut, dua orang chef segak menyediakan BBQ. Nani berdiri tegak memandang hidangan dengan lidah kecur.
Aduhai sedapnya…..
“Nani” Anuar tiba-tiba muncul di belakang menghulur sepiring lobster. Nani seperti mahu terbuntang.
Ya tuhan, ulat apa tu?!
“Takpe ke awak ajak saya ni?” Nani memandang Anuar di sebelah sambil tangan buat-buat mencubit daging di tengah-tengah mereka.
“Kenapanya? Siapa nak marah?” “Kak Rubi?”
“Hei ni party saya la. Saya watak utama. Berani diorang marah saya” Anuar ketawa kecil. “Eh, saya dengar awak dapat tawaran ke U. Cemana?”
“Em…saya tengah fikir lagi. Sebab semua dapat, saya pulak tak tau nak pilih mana”
“Waa….tahniah. Awak ni memang excellent la” Anuar senyum lebar. Nani sengih balik. Malu tapi suka.
“Terima kasih” “Eh, kenapa kau ada kat sini?” suara Kak Berry memanah gegendang telinga. Nani tersentak.
“Aku ajak dia. Rileks la. Makanan kan banyak” Anuar membalas spontan. Dia tahu sepupunya itu akan naik angin. Mata Berry dilihatnya buntang sudah mahu terkeluar merenung Nani. “Berry, rileks la. She is my guess”
Nani kecut perut. Wajah dipaling ke lain. Takut dia mahu mendengar kata-kata yang akan dihamburkan seterusnya.
“Oo…I see” tiba-tiba Kak Berry senyum senget. Nani terhairan. “Eloklah. Budak kutip memang nasib dia macam ni”
“Berry, kau ni agak-agak la” suara Anuar berubah lain. Kak Berry ketawa sinis, menggeleng kepala.
“Kau ni memang membazir la Nuar. Aku jemput Tyra khusus untuk kau malam ni tapi ikan kurus ni jugak yang kau nak. Sukatilah. Bedal la dia puas-puas. Nanti dah pregnant senang aku nak suruh Papa buang”
Ikan kurus? Pregnant? Nani tersentak. Dia terus memandang Anuar. Anuar tergagap mati kutu sebelum bingkas mengejar Kak Berry.
Apa dia cakap? Ikan? Bedal puas-puas? Kak Berry…..dia ingat aku ni apa?

Gila!
Anuar membaling handphone ke bantal. Tilam dihenyak kasar. Buku lima terasa gatal mahu menumbuk cermin sliding door.
Apa bangang sangat si Berry malam ni? Dia ingat aku buaya darat ke? Pantang jumpa perempuan semua nak baham? Kalau kemaruk sangat dah lama aku baham dia dulu!
Anuar bangun membuka sliding door. Angin malam dibiar masuk menampar dada.
Aduh…aku tahu la kau benci sangat dengan budak tu. Tapi tak payah la hina dia sampai macam tu. Kau ni memang takde hati perut la Berry… aduh…rosak betulla….
Anuar duduk semula. Tiba-tiba matanya terpandang ke buku kecil di meja sisi. Baru teringat diari Nani yang sudah dua minggu bersamanya. Spontan tangan membuka muka surat yang diselit penanda. Catatan terakhir beberapa minggu lepas.

Exam, exam. Nasib baik la kejap je exam. Kalau tak, meletup kepala aku. Akhir-akhir ni asyik teringat mak, asyik mimpi mak. Yalah, sejak sibuk dengan exam ni aku dah kurang berdoa dan mengaji untuk mak. Mintak maaf mak.
Universiti. Aku berdoa hari tu segera sampai. Tak sabar nak tinggalkan tempat ni. Nak jauh dari keluarga ni dan bina hidup sendiri. Aku tak tahan terperangkap dalam keadaan macam ni. Terpaksa makan duit diorang then terpaksa jugak telan caci maki. Nasib baik la semangat aku ni kuat macam mak. Kalau tak dah lama aku cabut lari.
Nani, walaupun kau hidup terbuang tapi kau tetap manusia. Kau lahir untuk makmurkan dunia. Nani, kau kena hidup berjaya dan berjasa. Waktu tu nanti kau tengoklah siapa yang datang cari kau. Kau tengoklah siapa yang datang ziarah kubur mak!
Ya Allah, dulu ada mak yang doakan aku. Sekarang aku hanya ada Kau. Tuhanku, kau telah takdirkan hidupku begini. Tolong aku laluinya dengan sabar. Jangan tinggalkan aku Ya Allah.. Jangan biarkan aku walaupun hanya sekelip mata….ameen…

Anuar menutup buku. Termenung.

***************

“Nani, saya minta maaf”. Nani buat pekak. Anuar terpacak di belakangnya dengan muka serba salah. Nani selamba menyusun botol-botol baja dan racun rumput yang baru sampai seolah-olah dia bersendirian di situ.
“Nani, apa yang Berry cakap tu tak betul. Saya tak pernah fikir buruk kat awak. Saya hormat awak, Nani”
Nani pejam sejenak. Air mata mahu tumpah lagi lepas semalaman dia menangis.
“Anuar, pergi sana boleh tak. Tak payah pedulikan saya”
“Nani, of course I care about you. I love you” akhirnya terkeluar kalimah nekad itu. Anuar merenung Nani yang membelakanginya. Nani terpaku.
Ni yang aku tak nak dengar ni…
“Anuar, awak nak letakkan cinta tak fikir dulu ke? Awak bukan tak tau saya ni siapa”
“Saya tak peduli siapa awak. Yang penting awak perempuan baik”
“Anuar, saya kawan dengan awak bukan ni yang saya nak”
“Saya pun tak nak. Tapi awak nak kata apa kalau Tuhan yang letak hati saya kat awak? Awak jugak yang ajar saya, Tuhan tu memegang hati-hati manusia”
“Nani,” Nani menoleh ke pintu bangsal. Pak Man tersenyum melihat dia dan Anuar. Anuar langsung tak menoleh.“Nani, nanti tolong bancuhkan racun kat Pak Man ye”
“Okey” Nani senyum buat-buat. Tangan kembali bekerja. “Anuar, saya sibuk ni”
“Saya takkan pergi” “Isy…awak nak apa?”
“Maafkan saya” “Kalau awak minta maaf maknanya memang betul la apa yang Kak Berry cakap”
“Saya minta maaf sebab sayalah dia cakap awak macam tu”
“Tak payah la…selama ni pun memang dah kena”
Siap menyusun. Nani memilih racun rumput yang diminta Pak Man.
“Nani, saya cintakan awak”
“Saya tak nak dengar!” Anuar terkejut. Nani berpusing menghadapnya. “Awak tak sedar diri ke Anuar, awak tu orang kaya. Awak nak budak kutip macam saya ni? Kalau sekarang pun saya dah tak sanggup, awak ingat saya nak hadap seumur hidup pulak dengan awak?!”
Anuar tergamam. Dia hanya memandang Nani beredar dengan botol-botol racun ke tengah bangsal. Dia telan terkilannya dijerkah dek Nani. Dia tahu gadis itu sedang tertekan.
“Okey, saya terima. Tapi saya nak awak tau, awak istimewa di hati saya. Saya akan tunggu awak”
Nani membatu. Airmata berjurai di pipi. Nuar, kalau kau orang biasa aku tak teragak-agak nak terima kau. Tapi aku hanya akan merendahkan kau di mata keluarga kau. Minta maaf Nuar. Kau pergilah fikir masak-masak…
“Nani, racun dah siap ke?” Pak Man menjenguk lagi. Nani tersedar.
“Em..belum Pak Man. Jap, on the way”. Racun dibancuh lekas-lekas. Anuar melihat Nani tiada respon, dia berpaling. Langkah diatur perlahan keluar bangsal. Diam-diam Nani menoleh. Pergilah. Berambus.
Tiba-tiba hidung ditusuk bau busuk. Nani melihat semula racun yang dibancuhnya. Wasap nipis mengapung naik. Nani terbatuk. Rasa tercekik.
Ah, sudah….aku salah bancuh. Pak Man tolong!
Dunia kelam.

***************

Kak Ruby bersandar di sofa. Kak Berry merengus gelisah. Nani terhidu racun. Tak pasal-pasal Pa dengan Ma suruh diorang tinggal di situ sampai mereka datang. Anuar duduk tenang melayan filem sambil sekali-sekala menjeling gelagat dua beradik tu.
Haritu dia patah balik ke bangsal. Tiba-tiba teringat nak pulangkan diari Nani yang dia bawa. Masuk-masuk ke bangsal dia lihat Nani terbaring dengan tong racun berasap-asap di tepinya. Dia langsung mendukung Nani keluar dan bawa ke hospital. Mujur keracunan tak terlalu serius. Nani selamat walupun dia tak sedar diri sehari suntuk. Lihat Kak Lang Ruby dan Berry yang tak keruan begitu, dia tawarkan diri mahu meneman. Biar dia yang jawab dengan Uncle nanti. Bukan dia tak kenal Uncle Bahar yang garang tu kalau dah marah macam mana.
Nani masih lemah. Makan minum tak boleh. Hanya diberi vitamin melalui drip. Tekaknya cedera kerana racun yang dihidu. Dia langsung tak mahu bertemu Anuar. Salam yang dikirim dari Cik Zah pun tak berjawab. Anuar gigit sabarnya kuat-kuat. Dia tahu bukan ini masanya nak kecil hati. Bukan Nani orangnya dia nak terasa. Dia akan tunggu gadis itu sembuh. Dia akan pulangkan sendiri diari yang disimpannya.
Kak Lang Ruby dan Berry, asyik bertekak pasal Nani. Anuar tak sabar tunggu Uncle Bahar datang.

Petang itu, Dato’ Bahar dan Datin Faiqa datang dengan seorang peguam. Selepas menjenguk Nani, mereka berkumpul sekeluarga di ruang tamu. Nani paksakan diri bangun menyertai mereka walaupun tubuh lesu dan muka pucat lesi.
“Tengku Naurah Anisah???” Kak Berry terjerit. Kak Rubi buntang. Anuar terperanjat. Ketiga-tiganya memandang Nani. Nani selamba.
“Ya Tuan?” “Lusa genap awak berusia 21. Betul?”
“Ya”. “Lusa, secara rasmi awak akan jadi pemilik Saujana Farm. Villa ni juga akan jadi milik awak. Ini adalah harta warisan yang ditinggalkan oleh arwah ayah untuk awak”.
Kali ini Nani pula ternganga. “Apa ni, saya tak faham. Arwah mak tak pernah cakap apape pun pasal ni”.
Malam itu terbongkar segalanya. Tuan Zainuddin, peguam peribadi Tengku Hamzah membuka cerita. Tengku Hamzah berkahwin dengan Sufiah tanpa restu keluarga. Selepas Tengku Hamzah meninggal dalam kemalangan, Sufiah dengan bayinya dihalau dek keluarga mertua. Segala harta Tengku Hamzah diambil kecuali Saujana Farm yang dibeli tanpa pengetahuan mereka. Dato’ Bahar, sahabat baik Tengku Hamzah yang juga pemilik asal Saujana Farm terus diamanahkan menjaga harta itu untuk diwariskan kepada satu-satunya anak Tengku Hamzah dan Sufiah – Tengku Naurah Anisah!
Arwah Sufiah pula sengaja menyembunyikan perkara tersebut kerana keluarga Tengku Hamzah sentiasa memerhatikannya. Dia tidak mahu mereka mengetahui tentang Saujana Farm dan merampasnya. Dia sanggup menjadi amah di Villa Saujana supaya hidup anaknya terjaga, dapat menumpang kasih dengan keluarga besar Dato’ Bahar dan pekerja-pekerja Saujana Farm. Atas cadangan Tuan Zainuddin, dia, Dato’ Bahar dan Datin Faiqa sepakat hanya akan membuka rahsia itu pada ulang tahun Nani yang ke 21. Namun takdir menentukan Sufiah pergi dulu. Tinggal anak tunggalnya Nani hidup memendam rasa.
“Lusa kita akan isytiharkan di sini. Saya akan jemput wakil keluarga Tengku Hamzah dan beberapa pihak berkenaan. Tengku jaga kesihatan baik-baik”.

****************

Bagaikan mimpi. Tiba-tiba ladang ini sudah jadi miliknya. Dari puncak bukit sampai hujung batas jagung tempat dia menangguk ikan sepat, sudah jadi miliknya. Villa Saujana ini juga miliknya! Tidak, selama ini memang miliknya, dia yang baru dapat tahu.
Nani menolak pintu bilik tamu. Bilik itu sudah kosong. Anuar sudah balik ke Kuala Lumpur. Lepas pengisytiharan harta malam tadi, semua orang sudah balik. Pa dan Ma tinggal pesan berkoni-koni. Kak Rubi dan Kak Berry pergi tak menoleh lagi. Villa itu tinggal kosong seperti sediakala. Tinggal dia bertiga dengan Cik Zah dan Pak Man. Nani menapak masuk perlahan-lahan. Bau haruman maskulin membelai deria. Nani pejam mata. Tiba-tiba di hatinya menyelit rasa halus. Dia rindukan bau ini.
Terbayang wajah Anuar yang selalu senyum padanya. Muka itu selalu muncul awal pagi menunggunya di laman belakang. Selalu menyambutnya pulang bersama Pak Man lewat saban petang. Nani mengumam pilu. Dia kesal mengakhiri persahabatan mereka dengan pertengkaran. Anuar dibiar pergi dengan huluran yang tak bersambut.
Tilam diduduk perlahan. Nani meraba cadar halus. Dulu dia menjaga bilik ini sebagai orang luar. Hari ini dia akan tidur di sini sebagai tuan. Sedang meraba-raba, tangannya tersentuh benda keras di bawah bantal. Nani kaget.
Oi, ni diari aku. Ha’ah la aku tak perasan pun buku ni dah lama takde…selama ni ada kat bilik ni ke? Mesti dia bukak…
Nani menarik penanda buku. Muka suratnya sudah berubah. Ada catitan asing di situ. Nani membaca cemas.

My Sweety,
Thanks for everything.
Awak bawa saya kembali kepada Tuhan. Saya harap sangat awak dapat terus bimbing saya. Tapi kalau darjat yang awak kisahkan, saya hormati. Cuma saya akan tetap pegang kata-kata awak, Tuhan pandang hati kita.
Saya doakan segala impian awak tercapai. Don’t give up. Keep trying. I’m waiting for you.
Oh ya, sorry ceroboh diari awak. Lain kali gantung kat leher….K

Nani ketawa. Haram punya Nuar. Dah la menceroboh, kutuk aku pulak…Eh, ada lagi. Nani baca coretan terakhir.

Then..thanks for a kiss… ;)

KISS?!

***************

“Laa….biasa la CPR. Semua orang hembus kat mulut. Mana ada orang tiup kat mata”
“Tau la. Yang abang tulis ‘kiss’ tu kenapa? Nampak sangat gatal”
Tengku Naurah Anisah menjeling suaminya, Faizul Anwar di sebelah. Anuar ketawa nakal. Dia merapati si isteri, perlahan-lahan merangkul pinggangnya erat.
“Naura, terima kasih”
“Terima kasih kenapa?” Nani, yang dipanggil Naura membalas dakapan sang suami. Anuar merapatkan pipi ke telinga isterinya.
“Terima kasih, sudi terima abang yang hina ni. Abang malu dengan isteri abang yang solehah ni”
“Apa pulak…abang yang kutip Naura dulu”. Anuar senyum. “Tak kisah la…yang penting Allah pandang hati kita..kan? Dia pilih hati-hati yang mahu berubah untuk diberikan hidayah. Abang bersyukur sebab terpilih nak dapat hidayah, walaupun hidayah untuk abang terselit kat celah bangsal Pak Man”
“Abang!” jari yang tadi merayap manja bertukar cubitan bisa. Anuar ketawa mengaduh, seronok mengusik isterinya. Nani buat muka panjang. Namun dalam hati bahagia tak terkata.

Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah, alhamdulillah……
Saujana Farm & Ville menjadi saksi kiambang cinta bertaut satu.






Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Tuesday 16 August 2011

Catatan Kembara Pulang

Assalamualaikum...

Untuk entri hari ni, saya ciplak dari facebook sahabat saya, Siti Aishah Hanin... tapi sebenarnya saya dah pun minta izin dari dia untuk siarkan tulisan dia di laman blog saya... atas alasan? sahabat saya ni memang sangat rajin menulis, dan saya sangat sukan pada tulisannya... dengan perjalanannya hidupnya yang sangat panjang (sama dengan saya je kot, eheheeh~), dia banyak menimba pengalaman sampai ke negara timur tengah...saya pernah cuba nak menulis seperti dia, tapi tak menjadi la pulak... sebab bakat ni bukannya boleh dibuat-buat... jadi, saya ingin kongsikan kepada viewer Sayang Ummi untuk sama-sama kita baca dan ambil pelajaran dari cerita yang dia tulis...

------------------------------------------------


Mula cuti musim panas, berduyun-duyunlah perantau berangkat pulang ke tanahair. Terutamanya bila dibayangi pilihanraya Mesir yang akan berlangsung, hampir setiap hari boleh didengar berita pelajar berangkat pulang. Yang penting poket kembung, maka Malaysia tercinta seolah2 berada di sebelah Kaherah. Perjalanan musafir sebenarnya satu pengalaman yang indah jika direnung-renungkan. Besar ertinya terutama bagi yang miskin (seperti saya) dan tidak dapat selalu pulang ke tanahair, maka perjalanan yang berkos tinggi itu dianggap satu percutian juga. Ibarat percutian di laut dengan kapal mewah, ini percutian di atas langit!

Saya ingin kongsikan ‘percutian langit’ yang dilalui pada Februari lepas. Dalam keriuhan evakuasi gara-gara revolusi rakyat Mesir, saya pulang nyaman menaiki penerbangan Royal Jordanian dengan sekali transit di Amman. Sebenarnya memang sudah merancang mahu pulang bercuti sebulan di musim sejuk. Langsung tidak menyangka akan berlaku revolusi pada tarikh yang dirancang. Bersyukur sempat melalui seminggu dalam revolusi, dapat saya menjadi sebahagian dari mereka dan lihat sejarah terukir di depan mata.


CAIRO-AMMAN

Bagi saya, ini adalah keputusan berani mati. Pertama kali pulang + berseorangan + tak ada visa + negara sedang darurat. Alhamdulillah tiada masalah dengan syarikat penerbangan. Macam kawan2 yang melanggan Egypt Air, seminggu mereka terkandas di airport sejak bermulanya tsaurah. Macam mana pun terpaksa juga bertolak awal ke airport kerana perintah berkurung akan bermula jam empat petang sedangkan tiket saya jam sepuluh setengah malam. Tak mungkin ke mathor lagi pada waktu begitu. Jam dua belas tengahari sudah melangut di terminal satu, sempat ditegur pegawai kedutaan yang merayau-rayau memeriksa pelajar Malaysia yang akan pulang. Kebetulan hari itu evakuasi bermula. Kasihan saya lihat sahabat2 beratur di luar terminal dalam terik matahari menunggu dipanggil masuk. Macam mana pun bersyukurlah….sebab kamu balik free!

Menunggu jam sepuluh malam amat menyeksakan. Kebetulan ada sekumpulan adik-adik perubatan dari Mansurah ‘membuka khemah’ di tempat berhampiran, saya terus duduk sekali dengan mereka. Sejuk lantai marmar dah tak peduli lagi. Bimbang memikirkan perjalanan malam nanti buat saya tak lalu makan walaupun sesuap nasi. Mengingatkan tragedi kapal terbang terhempas yang selalu didengar lagilah menambah ngeri! Jam sepuluh malam saya check-in. Di sini polis pemeriksa membuat saspen menyuruh saya memunggah sebuah kotak hijau yang dibawa. Alamak, tu kotak member! Saya pasti dia hanya membawa ubat-ubat herba seperti lazimnya pelajar Malaysia yang lain. Beberapa minit berdolak-dalih akhirnya saya dilepaskan. Passport yang kosong tanpa cop visa juga lepas. Alhamdulillah. Agaknya polis tu kesian tengok budak kenit sorang-sorang terkial-kial dengan kotak gadang.

Dalam perjalanan nanti akan ada transit. Ke mana nak dibawa kaki? Kat mana nak tunggu? Saya bimbang. Dalam berlakon tenang saya merayau-rayau di kedai bebas cukai. Niat mahu menambah buah tangan buat keluarga sekaligus mengurangkan ketebalan pound Mesir di dalam poket. Tiga kotak manisan saya bawa ke kaunter. 66 Dolar semuanya, tapi saya minta mahu bayar dengan Junaih. Punyalah seronok arab cashier. Baginya satu kebanggan bila duit Mesir dipakai di premis antarabangsa ( insaf seketika memikirkan sikap bangsa Melayu saya yang lebih berbangga dengan budaya luar dari warisan ibunda). Saya ketawa meraikan kegembiraan si Arab sambil jari menggeletar mengambil duit. 460 Junaih untuk tiga kotak manisan! (Huhu~ padan muka. Nak sangat beli tadik….)

Sudah membuang duit, saya duduk di tempat kosong bersebelahan seorang pemuda arab. Ahmad namanya. Saya teka dia dari Mesir atau Jordan, rupanya anak jati Syria. Bila mengetahui saya dari Malaysia, bertali-tali dia memuji pelajar Malaysia di Syria yang rajin menadah kitab di masjid-masjid Damsyik. Sedetik saya bangga. Terima kasih kamu di Syria kerana menjaga nama baik negara. Seketika kami berbual tentang revolusi yang sedang berlangsung. Saya dapati Ahmad sederhana orangnya. Dia tidak mengutuk Husni Mubarak bahkan menghormati keputusan-keputusannya sebagai pemimpin negara. Dengan jujur dia memberi komen tentang tahap kebersihan rakyat Mesir. Saya walaupun setuju dengan komennya tetap juga terpalit malu kerana Mesir ini sudah seperti kampung kedua saya.

Bila dipanggil masuk, saya segan-segan mengikut Ahmad. Memandangkan diri jahil dengan prosedur di lapangan terbang, saya berniat menjadikan dia ‘panduan’ musafir walaupun tahu destinasinya akan berakhir di Amman. Di depan pintu masuk saya lihat satu sosok Melayu berdiri dengan bagasi. Selepas bertanya dan memastikan destinasinya ke Kuala Lumpur, saya terus mengucapkan terima kasih kepada Ahmad dan beratur berhampiran akhi malizi ni..

Penerbangan ke Jordan hanya sejam. Saya tenung kerlipan Kaherah dengan mata berkaca.Afwan, akhi Misriyin….saya tinggalkan kamu sendiri menghadapi saat sukar begini. Jika bukan kerana takdir sudah mengatur, rasanya tak mahu pulang dan ingin bersama Misriyun yang dikasihi. Tak lama, deretan lampu-lampu kapal yang sedang melewati Terusan Suez menghiburkan hati. Terus lupa sedih tadi dek kekaguman melihat pemandangan di bawah sana.


Gambar Terusan Suez

Transit di mathor Queen Alia sepatutnya hanya sejam. Tapi ditangguhkan ke jam lima pagi mengikut penerbangan lain. Aduh, rasa dengki tengok akhi yang bersama saya berbaring enak di kerusi. Saya berlipat-lipat memeluk beg memaksa tidur sambil cuba bersopan. Jam lima penumpang pesawat pagi menderu masuk ke terminal. Kami bertemu sekumpulan pelajar Thailand dan Malaysia di Jordan yang akan turut pulang ke tanahair. Lega hati saya berbunga-bunga bila teman musafir bertambah.

AMMAN - KUALA LUMPUR

Alhamdulillah, Royal Jordanian memang penerbangan yang selesa. Dengan bacaan doa sebelum berlepas, saya rasa benar2 tenang untuk terbang. Cuma hidangannya yang ringkas dari menu arab buat saya kelaparan. Baru teringat saya belum makan sejak jam sepuluh pagi semalam! Sengsara juga menahan gendang di perut berbaur tekanan udara di atas langit. Setiap sepuluh minit saya lihat peta penerbangan. Jauh lagi….

Saya duduk bersebelahan seorang nenek dari England. Di kerusi depan kami, anak dan cucu perempuannya. Kami hanya berbual apabila menghampiri airport Suvarnabhumi, Bangkok. Saya terpaku mendengar pertuturannya dengan slang Inggeris asli. Memang sedap sangat! Rupanya mereka sekeluarga suka melancong. Bila tahu saya dari Malaysia, seronoklah anaknya yang di depan menyampuk bercerita tentang pengalaman bercuti di Malaysia. Katanya : “Kuil2 di Malaysia menakjubkan. Saya tak pernah lihat kuil2 yang hebat macam tu walaupun ketika melawat India!”. Haha~…..kuil Malaysia lebih hebat dari India? Saya tak tahu itu pujian atau hinaan. Hanya mengukir senyum senget meraikan ceritanya. Si nenek pula apabila melihat Al-Quran terselit di depan saya dia membuka topik agama. Dengan bahasa Inggeris yang terhad saya cuba melayan yang termampu. Katanya dia seorang free thinker. Baginya semua agama baik dan menyeru kebaikan. Dalam kalut lihat dia berkemas mahu turun, saya hanya angguk mengiyakan cakapnya. Selepas itu menyesal – mana ada semua agama sama. Islam berbeza! Totally different!

Dari Bangkok ke Kuala Lumpur, saya maki kelemahan diri kerana tidak menguasai Bahasa Inggeris. Kalaulah saya dapat beritahu nenek itu bahawa Islam berbeza – walaupun hanya satu ayat – mungkin nenek itu akan berfikir, menemui hidayah dan menjadi muslim sebelum dia mati. Ya Allah ampunkan kekurangan saya… Dalam penerbangan singkat ke Kuala Lumpur barulah dihidangkan mi. Alhamdulillah, dapat la mengalas perut walaupun rasanya macam nak mintak tambah! Sampai di KLIA sambil mencari pintu keluar, barulah saya berkenalan dengan akhi yang bersama sejak dari Kaherah. Ust Daniel yang muda lima tahun dari saya, persahabatan kami terjalin sejak itu. Merenungi sepanjang perjalanan itu terasa syukur dan insaf. Syukur kerana perjalanan yang diharungi dengan sepenuh tawakal akhirnya Allah kirimkan teman. Insaf memikirkan permusafiran ke barzakh kelak jika tidak berbekal amalan yang cukup, tak mungkin akan dapat berehat dengan nyaman…..sepertimana tiket yang mahal boleh menyewa penerbangan yang selesa!

KUALA LUMPUR – AMMAN – CAIRO

Musafir kembali ke Mesir tidak lagi seharu yang pertama. Sudah jelas dengan segala prosedur di lapangan terbang, saya tak takut mahu melaluinya seorang diri. Denda kerana melebihi kg di KLIA tidak menggusarkan. Saya enak melantak durian yang dibawa kakak sejurus sebelum menaiki penerbangan. Kakak menawarkan air mineral untuk dibawa naik. Saya tolak dengan selamba mengingatkan air yang diberi ‘melimpah-ruah’ dalam penerbangan nanti.

Dari Kuala Lumpur ke Bangkok, saya duduk di sebelah sekeluarga cina Malaysia. ‘Aura’nya sangat aneh tidak seperti saya duduk bersama rakyat asing. Entah kesombongan atau prejudis yang menebal, saya pecahkan dengan menegur anak gadis mereka yang duduk di sebelah saya. Bila ditegur ramah rupanya, tapi saya hanya berbasa-basi sebelum melelapkan mata dek kepenatan. Sejak pagi tadi berlari2 ke kedutaan Mesir mendapatkan visa masuk, malam ini saya mahu qadha berehat puas-puas!

Dek nyenyaknya tidur saya hanya terjaga apabila penumpang bertukar di airport Bangkok. Gelap malam di luar + mamai terjaga dari tidur buat saya tersilap sangka sudah sampai di Jordan. Kalut berkemas-kemas mahu turun transit di lapangan terbang. Mujur perempuan Inggeris yang baru duduk di sebelah menjelaskan keadaan. Kami ketawa dan saya duduk semula menyambung rehat. Waktu makan saya berbual ringan dengan perempuan di sebelah. Katanya dari Dominic. Mungkin Republic of Dominica, fikir saya. Slanga inggerisnya pun berlainan dari nenek yang saya jumpa dalam penerbangan pertama. Selera berbual terbantut bila dia memperkenalkan diri sebagai guru bahasa inggeris. Huhu~ nanti kantoilah broken English saya. Tapi sungguh diri keletihan, mata kelat macam ditaruh gam. Saya tidur di depan hidangan.

Tengah penerbangan saya terjaga rimas. Aduh, panas durian dah mula membakar. Air mineral tak pula dibagi sebanyak sebelum ni. Barulah saya teringat kakak, teringat air mineral yang dipelawanya. Menyesal sungguh berlagak tadi. Sekarang padan muka. Dalam kenyamanan udara kabin saya terkirai-kirai kepanasan. Hari mula pagi saat kami memasuki Jordan. Saya tak lepaskan peluang melihat matahari terbit di luar. Subhanallah, fajar di atas langit indah nian.

Sedang transit, saya keliru mencari terminal. Terminal berlepas di Queen Alia airport semuanya berbentuk Y, dihubungkan kedai bebas cukai di tengah-tengah. Pergilah mana terminal pun semuanya kelihatan sama. Penat mencari, saya putuskan untuk ke surau menunaikan subuh walaupun waktunya sudah lepas. Syukur Alhamdulillah rupanya surau terletak berdepan terminal 7 yang saya cari. Kalaulah tidak digerakkan hati mencari surau tadi rasanya saya akan terlepas flight ke Mesir. Usai mengqadha subuh saya melangut di kerusi menunggu panggilan masuk. Sepotong ayat yang menghiasi dinding kafe di depan, saya tatap dalam-dalam.

“Dunia ibarat sebuah buku, siapa yang tidak mengembara dia hanya membaca satu muka surat sahaja”

Benar. Tapi, ada tapinya. Zaman ni kalau xde duit xboleh mengembara. Dah dapat mengembara pun kalau tak direnungkan hikmah perjalanan maka kembara jadi sia-sia….

Entah hikmah apa yang saya dapat dalam kembara ini, masih difikirkan. Apapun saya bersyukur dapat merasa ke luar negara, ‘bercuti di atas langit’ dan bertemu masyarakat yang asing dari dunia saya. Mereka ini bila berhubungan secara langsung, tidaklah sombong seperti yang dibayangkan dalam media. Saya langsung tidak melihat tanda-tanda Islamophobia pada orang-orang yang saya temui melainkan prejudis dari Cina Malaysia sendiri. Akhirnya saya buat kesimpulan : semua manusia fitrahnya damai dan sejahtera, kecuali anak-beranak Bush dan rakan taulan.

Terbang pulang ke Mesir jam lapan pagi, hari sudah mula panas. Kali ini saya dapat melihat pemandangan indah di bawah, dari Laut Mati ke dataran Sinai dan Terusan Suez hinggalah ke Delta Nil. Subhanallah, subhanallah tiada ucapan yang lebih layak darinya. Selama ini hanya menonton di National Geographic, macam tak percaya dapat melihatnya dengan mata kepala sendiri. Subhanallah. Terima kasih Allah yang memberi kesempatan.

Dari Kanan : Teluk 'Aqabah, Dataran Sinai, Laut Mati, dan Delta Nil

Catatan kembara berakhir. Musafir bagi saya adalah satu percutian, terutamanya jika ke tempat yang belum pernah dikunjungi. Beruntung sahabat-sahabat yang dapat pulang setiap tahun, kamu melalui banyak pengalaman yang berbeza. Bersyukurlah dengan mudahnya hidup kita di zaman ini dibandingkan zaman silam yang musafirnya ibarat berpisah mati. Bersyukurlah kita dan galilah hikmah sebanyaknya moga setiap yang kita belanjakan tidak habis dengan sia-sia.

p/s : seronok jugak dengar citer kengkawan yang merasa naik Charlie. Walaupun xselesa tapi pengalaman tu mahal tau! Kamu masuk TUDM pun tentu dapat naik kalau xde misi2 khas. Dan yang penting kamu balik free! Maka bersyukurlah!
------------------------------------------------

by Siti Aishah Hanin on Wednesday, July 27, 2011 at 6:25pm



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Thursday 11 August 2011

'Kad Kahwin Artis Beragama ISLAM...' - Cantik??!!

masih lagi sedang dalam mood blogwalking, terhenti pada entri "Cun Doo Kad Kahwin Norman Dan Memey" karangan abang Nara... sekilas saya membaca dan meneliti tulisan abang Nara, mengucap panjang dibuatnya.... saya kurang pasti kalau tulisan abang nara ini berbentuk sindiran kepada bakal mempelai, tapi saya tidak dapat menjiwai SINDIRAN itu jika itu-lah yang dimaksudkan oleh abang nara...

Kad jemputan kahwin kebanggaan abang nara
Memetik tulisan abang nara yang berbunyi:


"Cantik kan? Abang Nara suka sangat kad kahwin diorang nie. Lain daripada yang lain. Jarang nampak bakal pengantin guna gambar posing manja untuk dijadikan kad kahwin."

Saya tak faham macammana abang nara boleh menilai kad undangan kahwin ini dari sudut yang positif... saya bukan nak mencari negatifnya, tapi dah jelas terang yang kedua mempelai tersebut belum pun sah menjadi suami isteri lagi, terlalu bangga dengan gambar dan posing yang kononnya ala-ala manja seperti itu, dan sudah pastinya akan diedarkan kepada para jemputan... CANTIK dari segi mana yang abang nara maksudkan sangat-sangatlah saya kurang pasti... mungkin cantik dari sudut melanggar batas-batas seseorang individu yang mengaku bahawa dirinya beragama ISLAM...

Dan sambungan kata-katanya lagi...

"Sungguh berbeza. Mana tahu selepas ini makin ramai yang mencontohi kad kahwin Norman dan Memey kerana keunikannya."

Dan tulisan akhir abang nara dalam entri ini menunjukkan bahawa abang nara sebenarnya sangat setuju dengan hal-hal mungkar seperti ini, dan menggalakkan lebih ramai orang lain lagi akan mencontohi perbuatan seperti ini... yap, berpeluk-pelukan pada zaman sekarang memang dah tak salah... kalau boleh nak tayang seluruh pelusuk dunia... tiada yang menegur, semakin menggalakkan lagi ada la... Ya Allah, dunia sudah di penghujungnya...

*** MALU DENGAN ALLAH***



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Tabah Seorang Mujahidah

Assalamualaikum...

Sedang saya wat blogwalking, saya terjumpa blog seorang mujahidah, seorang blogger yang sangat tabah mengharungi liku-liku dan ujian dalam hidupnya, yang menjadikan blog sebagai tempat meluahkan perasaan setelah suami (Nafastari) di jemput Ilahi sekitar 5 bulan yang lalu... membaca sedikit sebanyak coretan kehidupannya, membuatkan air mata saya mengalir... sangat mengharukan... saya memikirkan adakah saya akan jadi sekuat dia disaat saya kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup saya, adakah saya akan kuat mengharungi kehidupan tanpa seorang insan yang bernama suami?... 

Sedikit sisipan mengenai tragedi yang meragut nyawa suaminya di Harian Metro...



Puan Mawar, kehilangan suaminya di usia muda, di hadapan mata, dan di kala mempunyai 2 orang anak kecil (Embun & Kekwa) yang belum mengerti akan urusan hidup dan mati...

Masyaallah~ tabahnya dirimu Mawar... semoga roh suamimu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Al-Fatihah...

*** Blog Nafastari, suami yang telah pergi mengadap Ilahi...



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.


Tuesday 9 August 2011

Wow! Bonus Raya!

Assalamualaikum...

Cerita panas yang saya nak kongsikan pada hari ini tak lain tak bukan ialah tentang Bonus Raya, yang tengah meletup-letup dalam newspaper & radio hari ini... Saya terdengar tentang Bonus Raya ni ketikamana saya tengah drive nak ke ofis awal pagi tadi, radio Hot.FM tengah panas membincangkan topik itu... hah, klik sini pulak untuk cerita yang kat paper... waahh~ seronok la penjawat sektor kerajaan ye, bukan sikit bonus yang dapat tu, paling sikit pun RM500, banyak betul duit kerajaan... penjawat awam lak bukan sikit, 1.27 juta tu... hah, darab tambah semuanya berapa?? 

teringat ketika saya bekerja di JAIS dulu, ada juga lah beberapa note RM yang masuk, tapi tak sama lah kalau nak di bandingkan dengan staff tetap atau kontrak, saya hanya sambilan je ketika itu... sebenarnya staff kerajaan ni sangat beruntung, terlalu banyak banefit yang diorang dapat, tapi ntah di mana silapnya, setiap kerja yang dilakukan kebanyakannya tak 'lepas'... saya bukan cakap kosong, saya bercakap atas dasar pengalaman saya bekerja di JAIS dulu... tapi tak semua staff kerajaan ni malas, ada juga beberapa kenalan saya yang bekerja di sektor kerajaan tu tidak mempunyai sikap seperti itu, cuma, majoriti-nya mempunyai sikap yang sangat negatif itu... nah! kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, kan? bayangkan sepanjang saya bekerja di situ, orang yang bekerja di sektor swasta akan menganggap saya ni pemalas... bilamana saya keluar mencari kerja lain pun, banyak company swasta yang berasa ragu-ragu untuk menerima staff 'bekas' kerajaan ni... jadi, kepada sesiapa yang bekerja di sektor kerajaan tu, hargailah segalanya yang ada di depan mata, gunakan semuanya ke jalan kebaikan, buangkanlah sikap-sikap negatif yang boleh mencacatkan keperibadian...

eh, dah lari topik lak ni... sebenarnya nak cerita tentang bonus raya, tetiba termasuk lak pengalaman lampau... So, sahabat-sahabat yang lain yang bekerja di sektor swasta pulak camne? ada cerita menarik dengan bonus raya korang? kalau ada, meh la share dengan saya... jangan malu jangan segan komen entry ni k... luv u all~



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Saturday 6 August 2011

Happy Birthday Raisya Adira!

Assalamualaikum....

Hari ni hari yang bersejarah sebenarnya, pada 6/8 ini lah Raisya Adira dilahirkan... Happy Birthday Raisya Adira... Dalam kegembiraan hari ni sebenarnya agak ralat juga, tiada sambutan hari lahir untuk Raisya walaupun hari ini adalah hari ulang tahun pertamanya... ayah Raisya tersangatlah sibuk dengan kerja, takkan saya nak menghalang... tuntutan kerja yang sangat banyak hinggakan sabtu ahad tiada rehat, apatah lagi ayah kerap kali pulang lewat dan biasanya saya dan Raisya sudah lena... nak menyambut hari lahir tanpa ayah? saya tak rasa itu idea yang bagus... barangkali anak kecil itu masih belum memahami istilah hari lahir... walau lewat bagaimanapun saya akan usahakan untuk meraikan hari lahir Raisya kerana sambutan ini adalah moment hidup dirinya yang akan dibawa hingga ke akhir hayat... hari ini, saya belikan 2 helai baju untuk raisya, sempena hari lahirnya... saya tak dapat nak lampirkan photo baju itu, sbb saya tak jumpa di mana letaknya kamera Sony Cyber-Shot saya, kemungkinan ayah membawanya ke tempat kerja... next time je la saya capture...
*Ucapan sempena hari lahir raisya yang pertama, rasanya terlalu banyak yang ummi nak ucapkan buat raisya... apa yang penting, semoga raisya sentiasa sihat, bergembira, dan bersama ummi & ayah hingga ke akhir hayat... ummi & ayah akan sentiasa doakan yang terbaik buat raisya, dan ummi & ayah juga akan berusaha menyempurnakan hidup raisya... ummi sayang raisya so much.....



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Friday 5 August 2011

Tutorial : Tips Tingkatkan Follower Blog

Punye la lama saya jenjalan di laman sesawang ni, mencari tips-tips yang berguna untuk meningkatkan tahap keaktifan blog Sayang Ummi nih... terjumpa blog seorang kawan ni yang memaparkan tutorial tentang tips untuk meningkat follower... yes! memang itu la yang daku carik-carik selama ini...



Tapi disaat saya ingin membacanya, berputar-putar pulak alam ini pada pandangan mata saya, tu menunjukkan signal suruh berhenti mengadap pc la tuh, kacau daun betul la... tak pe, bebila boleh sambung... kalau korang rerajin, klik la sini... mana la tau kot-kot korang masih kekurangan follower, ataupun korang nak menambahkan follower dengan lebih banyak... semoga entry ni bermanfaat untuk kita semua...

* kredit to AdamXis atas tips-tips bermanfaat...



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Preview : Uda & Dara - Aisya Sofea

Novel penulis feveret saya dah kuar!! yeay!! Uda & Dara, lain betul judul novel ni... tapi saya yakin isinya sangat-sangat la best, sebab saya suke cara Aisya Sofea ni menulis... bila saya baca novel-novel karya Aisya Sofea, dapat menjiwai dengan hati.. paling tak tahan ketika saya baca novel Jendela Hati, 10x baca pun masih menangis, apa daaa~ maknanya penulisan Aisya Sofea ni sangat berkesan... So, jom kita dapatkan novel terbaru ni! (sebenarnya tak la baru sangat dah, saya je yang ketinggalan zaman, eheheheee~)


Layankan sinopsis novel ni...

Sinopsis: Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Sumber : http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=716

UPDATE 09/08/2011! Saya dah memiliki novel ini... kebetulan tadi saya 'jemput' car seat Raisya Adira di Giant Seksyen 13.. alang-alang gi Giant, saya menyinggah ke MPH, terlepas keinginan saya nak cukupkan koleksi novel Aisya Sofea... fuh~ tak sabar nak membacanya...



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

'Ofis' Bertukar Wajah

Setelah bertungkus lumus untuk kali yang kedua, 'ofis' Sayang Ummi bertukar wajah... kali ni saya memilih feveret kaler saya sebagai tema blog, iaitu kaler purple... sebelum ni saye pakai tema hijau, rasa nyaman bila tengok kaler hijau, tapi rase macam tak serasi lak dengan jiwa, meraban gak carik kaler purple nih... tapi blog saye tak de la canggih manggih macam blog sahabat-sahabat yang lain... belum abis berguru lagi... ni pun berguru sendiri je, sbb tu la blog ni bersepah, macam kapal karam, ahahaaaa~ ape pun, layankan blog saya yang berwajah baru ni k... segala teguran dan kritikan membina untuk blog Sayang Ummi sangatlah dihargai, tq allz...



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Wednesday 3 August 2011

Kenalan Baru Ummi : Nuffnang

Setelah beberapa jam saya menggodek Nuffnang ni, akhirnya saya berjaya masukkan kat blog sayang ummi.. huuhh, haaahh, fuuuhh~! sangat penat sebenarnya... dah lama saya tengok ramai yang jana duit melalui nuffnang, kenapa la saya lambat sangat pick-up dengan hal-hal duit nih... bila tengok ramai yang dapat pasif income, nak jugak saya try... daripada menghadap blog tapi tak de hasil, baik saya carik hasilnya...

Apa itu Nuffnang? Saya dengar tentang nuffnang ni dah hampir 2 tahun, tapi saya buat derk je... kalau la masa tu saya ambik sikap, sekurang-kurangnya saya dah boleh jana pendapatan dengan lebih awal walaupun masih bergelar student... tapi tak pe la, mungkin pintu rezeki ummi baru nak menjengah... Sepengetahuan ummi, Nuffnang ni adalah sebuah syarikat pengiklanan yang berasaskan blog. Saya nak cerita dengan lebih lanjut pun tak reti... senang cita, korang join la nuffnang ni, banyak manfaat yang korang boleh dapat dengan Nuffnang... jangan lupa layari website nuffnang, at www.nuffnang.com.my




Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Gambar Perkahwinan Farah AF2 & Johan

Baru-baru ni telah berlangsung majlis pernikahan dan majlis resepsi Farah Diana Anuar @ Farah AF2 dengan pasangannya Johan Johari... sebelum ni saya tak la kisah sangat dengan artis-artis kahwin ni, tapi saya teruja bila melihat gambar-gambar Farah ketika bergelar isteri, sangat cantik, make-up farah sangat soft tapi menyerlah... ya, kecantikan tu milik Allah... kenapa la saya tak terfikir nak make-up camni masa saya kahwin dulu, heheheee... rata-rata komen yang saya baca tentang majlis farah sangat positif... cuma saya tak berkenan dengan sanggul farah yang terlalu tinggi tu, tak cantik... pastu pengapit farah ketika majlis persandingan tu mencacatkan keadaan bilamana pakaiannya jarang, sangat lari dengan konsep pakaian muslimah farah... ok la, dari saya merapu panjang-panjang, layankan beberapa keping gambar farah yang saya copy dari macam2 website, tak leh la nak claim gamba ni hakcipta terpelihara saya~ selamat menjamu mata...












Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.