Showing posts with label Hari Lahir. Show all posts
Showing posts with label Hari Lahir. Show all posts

Saturday, 2 June 2012

Nursing Wrap, Birthday Cake, My Father & Me...

Assalamualaikum...

Update tentang birthday saya, actually hubby cakap dia tak lupa, tapi nak buat surprise... kot ye pun nak buat surprise, wish la dulu... tersiksa jiwa saya dibuatnya... ini tak, seharian saya menunggu, takde pun ucapan 'happy birthday' dari dia... mula-mula tu rasa memang nak lancarkan 'perang', tapi kebetulan pulak my father sakit at the day dan admid ward Hospital Putrajaya, saya pun terpakse la melupakan perasaan geram saya dek kerana perlu bekerjasama uruskan abah... cuma nak tak nak mood saya tak la ok sangat, masih terasa dengan perbuatannya... ngade-ngade je aku ni...

Tapi, tu lah, saya tak pandai nak marah hubby lama-lama... then, dia hadiahkan saya The First Year Nursing Wrap... "ni nak pujuk ummi la ni ye?"... "abang sokong sayang breastfeed"... tu je yang dia cakap... ntah present birthday ke, atau memang dia saje-saje beli sebab saya dah lama teringin Nursing Wrap tu, tak tau la pulak... dia pun tak mention pape... BTW, saya pun terpujuk jugak akhirnya... kalau saya marah lama-lama pun tak menghasilkan ape-ape... cuma saya terharu gak sebab dia masih ingat Nursing Wrap tu, dan dia support saya untuk breastfeed... jadi, macammana pun saya kene kuatkan keazaman untuk breastfeed my son...
*Hari lahir saya diraikan oleh abang dan kakak ipar saya... Kek mangga + longan ini hanyalah untuk orang berpantang sahaja, huhuhuu~ BTW, kek ni sangat sedap! tapi my sis in law merahsiakan tempat dia beli kek ni... Anyway, thanks a lot to both of you for remember my birthday... umur saya dah 26 rupanya...


*Update tentang abah saya : hari ni dah boleh discharge dari hospital... admit ward sebab kandungan gula dalam darah dan urine tinggi... pelik gak sebab abah saya jarang makan manis-manis... rezeki setiap manusia...



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Wednesday, 30 May 2012

Today Is My Birthday...

Assalamualaikum...

Hari ni birthday saya...
Tapi suami saya tak ingat agaknya.....
T_T

***Perlukah saya mengisytiharkan perang dingin? ataupun buat tak tau seolah-olah takde pape yang berlaku...***



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Friday, 9 September 2011

Sambutan Hari Lahir Raisya Adira + BBQ Gathering Family

Assalamualaikum... tanggal 03/09/2011 mungkin bukanlah tarikh yang sangat special bagi sesiapa, tapi pada tarikh itu-lah sambutan hari lahir Raisya dibuat... walaupun lewat hampir sebulan (Hari Lahir Raisya 06/08/2011), namun saya tetap merealisasikan sambutan itu, supaya apabila raisya besar nanti, saya boleh tunjukkan gambar-gambar itu pada raisya dan berkata "ini adalah sambutan hari lahir raisya yang pertama"... kami sekeluarga mengenakan pakaian sedondon berwarna ungu, dah tentu la warna feveret saya!...


ekceli pada tarikh itu sebenarnya bukanlah ingin dibuat sambutan hari lahir raisya... pada hari itu sebenarnya telah dirancang gathering family sambil buat BBQ, jadi, dah alang-alang kebanyakannya ahli keluarga hadir pada hari itu, saya mengambil kesempatan untuk buat sambutan birthday raisya... mungkin tak-lah se-gah anak-anak kecil lain, ada tiupan lilin, belon dan topi hari lahir, saya cuma sempat membeli kek untuk sambutan hari lahir itu... memandangkan makanan BBQ juga banyak, kami sepakat untuk tidak menambah apa-apa makanan remeh yang lain, kang tak habis, masing2 nye perut pun bukan beso mane... alangkan ayam udang kambing ikan malam tu pun tak mampu di habiskan, apa lagi jika saya menambah makanan-makanan lain...

ok lah-cekidaut gambar-gambar birthday raisya + gathering family lagi.....


Raisya agak tercengang apabila orang menyanyikan lagu happy birthday...



Ayah Raisya dengan Pak Long sedang membakar... apsal ntah muka ayah serius je...

hasil si daging kambing, ayam dan ikan sesudah di bakar...

Steamboat pun ada gak... kelihatan acik Iqa dengan Pak Cu Raisya...

Sambil makan pun sambil bakar lagi... kelihatan mr. udang menunggu masa untung rentung~



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Saturday, 6 August 2011

Happy Birthday Raisya Adira!

Assalamualaikum....

Hari ni hari yang bersejarah sebenarnya, pada 6/8 ini lah Raisya Adira dilahirkan... Happy Birthday Raisya Adira... Dalam kegembiraan hari ni sebenarnya agak ralat juga, tiada sambutan hari lahir untuk Raisya walaupun hari ini adalah hari ulang tahun pertamanya... ayah Raisya tersangatlah sibuk dengan kerja, takkan saya nak menghalang... tuntutan kerja yang sangat banyak hinggakan sabtu ahad tiada rehat, apatah lagi ayah kerap kali pulang lewat dan biasanya saya dan Raisya sudah lena... nak menyambut hari lahir tanpa ayah? saya tak rasa itu idea yang bagus... barangkali anak kecil itu masih belum memahami istilah hari lahir... walau lewat bagaimanapun saya akan usahakan untuk meraikan hari lahir Raisya kerana sambutan ini adalah moment hidup dirinya yang akan dibawa hingga ke akhir hayat... hari ini, saya belikan 2 helai baju untuk raisya, sempena hari lahirnya... saya tak dapat nak lampirkan photo baju itu, sbb saya tak jumpa di mana letaknya kamera Sony Cyber-Shot saya, kemungkinan ayah membawanya ke tempat kerja... next time je la saya capture...
*Ucapan sempena hari lahir raisya yang pertama, rasanya terlalu banyak yang ummi nak ucapkan buat raisya... apa yang penting, semoga raisya sentiasa sihat, bergembira, dan bersama ummi & ayah hingga ke akhir hayat... ummi & ayah akan sentiasa doakan yang terbaik buat raisya, dan ummi & ayah juga akan berusaha menyempurnakan hidup raisya... ummi sayang raisya so much.....



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Wednesday, 20 July 2011

Menjelang Hari Lahir Raisya Adira

Tinggal beberapa hari je lagi untuk anak ummi (Raisya) melangkah menuju 1 years... wow! sebenarnya ummi sangat teruja, tengah memikirkan apa persiapan yang nak dibuat pada hari lahir Raisya, pulak tu jatuh pada bulan Ramadhan... apa yang ummi fikir, macammana pun caranya, majlis tu mesti berlaku walaupun simple je... ummi nak moment itu akan menjadi kenangan buat Raisya... Raisya lahir 5 hari sebelum bulan Ramadhan, itulah sebabnya hari lahirnya ini jatuh pada bulan Ramadhan... ummi cuma mengharapkan anak ummi sentiasa sihat dan ceria... lebih2 lagi kebelakangan ni Raisya sering tak sihat... ummi tak nak anak ummi ikut jejak langkah ummi, jadi pengunjung tetap hospital... sangat memenatkan dan meletihkan... cukup la dulu raisya penah masuk hospital 2 hari sebelum raya dan discharge sehari sebelum raya ketika Raisya baru berumur sebulan, sama keadaannya ketikamana ummi pernah masuk hospital 5 hari sebelum raya, dan discharge sehari sebelum raya... semoga anak ummi sentiasa dilindungi Allah...




Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.