Sunday 3 December 2017

[BUKU] Santuni Isterimu Sehebat Rasulullah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya terjumpa ebook yang sangat bermanfaat untuk suami isteri yang mendambakan kasih sayang dan kehidupan sehebat Rasulullah SAW bersama para isterinya.  Dengan cabaran kehidupan yang sangat hebat pada zaman millenium ini, kadang tanpa sedar sedikit demi sedikit kita mula tersasar dan hilang dari arah tuju yang sepatutnya, emosi menguasai akal fikiran, harta mengaburi pandangan, ketidakwarasan melampaui kesabaran.

Sesekali, tak salah untuk kita bermuhasabah, jika itu jalan yang terbaik untuk meleraikan segala permasalahan rumahtangga. Mungkin sedikit, walau tidak keseluruhannya. Berdoalah tanpa henti, kerana Allah senantiasa bersama orang yang sabar.

Insyaallah...

Ditulis oleh Zawiyah Maamur, anda boleh klik sini, atau sini untuk membaca ebook ini. Untuk suami, untuk isteri juga. Semoga bermanfaat.


__________________________________________


Wahai isteri… pujuklah hati, rawatlah rasa meskipun layanan suami terhadap diri tidak sehebat Rasulullah SAW menyantuni para isterinya. Berbahagia dan bersyukurlah kerana masih ada suami sebaik baginda untuk dijadikan idola berbanding ada wanita yang menanti jodoh, tetapi belum bertemu.

Wahai suami… risiklah lantunan hati kecil isteri. Dambaan nafasmu bak hembusan bayu yang membawa pergi lara isteri yang kekeringan kasih, senda gurau dan belaian kasih. Contohilah baginda tika menyantuni isteri kerana isterilah ladang pahalamu!

Santuni Isterimu Sehebat Rasulullah merupakan mesej pengharapan para isteri terhadap suami. Dipaparkan juga cara santunan dan kisah-kisah menarik baginda dalam menjadikan syurga rumah tangga. Jadikan ia sebagai pedoman buat kaum Adam dan juga Hawa.

__________________________________________



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like, Share atau tinggalkan Comment jika anda suka entri ini.
Terima kasih. 😊



No comments:

Post a Comment