Monday 30 July 2012

Kenapa Perlu Guna Cloth Diapers??

KENAPA PERLU GUNA CLOTH DIAPERS (LAMPIN KAIN) ???


Antara sebab yang utama ialah :


1. Guna material kain semulajadi (cotton). Cotton merupakan jenis kain yang paling semulajadi untuk diletakkan pada kulit bayi. Tiada gel atau bahan kimia lain.


Kalian tahu tak bagaimana Disposable Diaper bekerja? Tahu tak apa yang ada di dalamnya? Tentulah kita tidak tahu, sebab takde bahan2 ramuan tertulis pada pembungkusnya. Ok, cuba ini ; potong diaper itu kepada 2 bahagian. Tuangkan air pada 1 bahagian dan lihat apa yang berlaku. Terdapat kristal2 kecil yang akan bertindak balas dan berubah kepada bentuk gel setelah ia terkena pada air tadi. Gel ni akan menyimpan air kencing dan juga menyerap segala lembapan semulajadi pada kulit baby. Akibat darinye, kulit baby mudah terkena ruam / kerengsaan kulit.

Apa kandungan untuk hasilkan Disposable Diapers?? 


Lihatlah fakta yang menakutkan ini:


* Dioxin - bahan yang terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser). Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA.



* Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.


* TRIBUTYL TIN (TBT) - Dilabel sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

* CRUDE OIL - Satu cawan penuh 'crude oil' telah digunakan untuk menghasilkan satu dispo diaper. Crude oil tu macam petroleum.


2. Alam persekitaran kita terjaga dan terpelihara. Seorang bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposable diapers atau pun 80 cotton diapers. Satu dispo hanya akan dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam (ada ke yg lebih lama dari itu???!) Bayangkan bahan yang telah digunakan hanya untuk membuat bahan yang akan dipakai untuk 2 jam (atau lebih??). Dan fikirkan juga di mana akhirnya dispo itu??


Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Bayangkan berapa tahun semua Disposable Diapers yang anak kite pakai akan lupus dari permukaan bumi ini? Ingat, bumi ini bukan diwarisi dari nenek moyang kita. Tapi dipinjam dari anak cucu kita. 



3. Kurangnya ruam dan gatal. Sebabnya tiada lagi berlaku tindak balas bahan kimia terhadap kulit baby. Lebih lama dispo dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Perkara ini jarang berlaku apabila menggunakan CD sbbnya bila dah basah, baby pun rasa tak selesa lagi.. Kena tukar CD baru.

4. Senang utk digunakan. Betul!! Kalau dulu ye la. Nak kena ada pin, seluar getah, masa untuk lipat kain lampin tu. Tapi sekarang, rekaan baru dan moden yang sangat memudahkan dan menyenangkan. Tahap serapan pun lebih baik dan setanding DD!! Sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia diperbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit baby. 

5. Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri.. kerana mereka boleh merasakan kebasahan pada diaper apabila ia sampai ke tahap 'maksima'. Baby yang menggunakan CD juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam CD (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding DD. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai DD memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan (3-4tahun), sedangkan bayi yang memakai CD masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak kita akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas.

6. Kesuburan.  Laporan dari German dan England mengatakan bhw terdapat hubungkait di antara penggunaan dispo dgn kesuburan pada budak lelaki (bilangan sperma berkurangan).


7. DD juga dikaitkan dengan Asma (lelah).



8. Kain lampin sangat menjimatkan!! Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan Cloth Diapers. Memanglah masa bayi baru lahir, dispo sgt murah (taktik pengeluar DD menarik perhatian anda), tapi ia akan bertambah mahal apabila anak kita membesar.

Penggunaan DD merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.


Penjimatan kos dengan menggunakan CD dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:


                                                       Kos bagi lampin pakai buang (DD)
Si manja menggunakan 7 DD sehari pada kos RM0.60 setiap satu (kos standard DD)



RM0.60 X 7= RM4.20 sehari
RM4.20 X 365 hari= RM1533 setahun

RM1533 X 3 = RM4599 untuk 3 tahun
[3 tahun purata usia si manja pandai ke tandas sendiri]

Kalian perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya...

BANDINGKAN!

Kos menggunakan lampin kain moden (CD)
Untuk kemudahan, sekurang-kurangnya 12 helai diperlukan.

Sehelai lampin (CD) : RM18 (paling murah untuk 2 insert di Sayang Ummi Shoppe)
Beli 12 helai : 12 x RM18 = RM216
Beli 24 helai : 24 x RM18 = RM432.00 sahaja
[lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh]

Kos ini akan kekal sepanjang 3 tahun dan boleh menggunakan lampin yang sama sekiranya ingin menambah cahaya mata yang baru :)

Penjimatan : RM4599 (DD) - RM792 (CD) = RM4167!!!



Saya sudah menikmati penjimatan hebat ini..
Anda...bila lagi???









Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Friday 27 July 2012

Raisya Adira Demam...

Raisya Adira demam... dah 3 hari, masih selsema, batuk... suhu badan turun naik... yang pastinya perangai semakin menjadi2, aduhaiii anak daraku...




Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Monday 23 July 2012

Kenali 6 Jenis Material & Fabrik Cloth Diapers

Tahukah anda dengan jenis-jenis material atau fabrik yang digunakan untuk cloth diaper? Bukan semua jenis cloth diapers itu sama. Jika anda tertanya-tanya mengapa ada jenis cloth diapers mahal harganya, dan ada pula yang murah, kita boleh menilai dengan mengetahui jenis material yang digunakan untuk menghasilkan cloth diaper tersebut.
Sebelum membeli sesuatu jenama atau jenis cloth diapers, tanyakan dan pastikan dahulu dengan penjual tentang material cloth diaper. Ini adalah penting kerana beraneka jenis material mungkin memerlukan cara penjagaan dan pembasuhan yang BERLAINAN. Sepatutnya juga, para penjual cloth diaper perlu memberi jawapan kepada soalan-soalan ini kepada pembeli:
  • Apakah material yang digunakan untuk cloth diaper (lapisan dalam/luar/material asas?)
  • Apakah material inserts yang digunakan?
  • Bagaimanakah cara untuk basuh pertama kali sebelum digunakan (prewash)?
  • Apakah teknik penjagaan/pembasuhan yang khusus untuk cloth diaper jenis ini?
Kita mungkin pernah dengar tentang microfiber, cotton, bamboo, fleece dan sebagainya semasa pencarian cloth diapers. Mari kita menjengah lebih mendalam mengenai jenis-jenis material dan fabrik yang lazim digunakan, bersama dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing:

1) PUL (POLYURETHANE LAMINATE)

Diperbuat dari kombinasi kapas, polyester atau kapas/ campuran poly. Bahan ini digunakan sebagai lapisan luar kalis air cloth diaper seperti untuk pocket diapers, AIO/AI2 dan juga diaper cover.
  • Kelebihan: “Breathable” (bukan seperti lapisan plastik yang tiada pengudaraan).

2) FLEECE/MICROFLEECE


  • Material sintetik ini (100% polyester) amat biasa digunakan sebagai lapisan dalam pocket diaper, AIO/AI2 dan diaper cover. Diaper liners juga ada diperbuat daripada fleece (untuk diletakkan di atas cloth diaper sebagai lapisan “stay dry” dan untuk menyenangkan pembuangan air besar bayi dari CD).
  • Fleece ada pelbagai kualiti. Kualiti paling bagus adalah “Polar Fleece”.
  • Kelebihan: Amat lembut untuk digunakan atas kulit bayi, berkebolehan untukmenarik air ke lapisan bawah secara efektif dan menjadikan kulit bayi kekal kering semasa memakai cloth diaper (wicking properties), “breathable”, senang dicuci, cepat kering, “stain-resistant”.

3) MICROFIBER


  • Material ini lazim digunakan sebagai inserts, dan ianya adalah kombinasi polyester dan polyamide (bahan sintetik). Fabrik ini seperti fabrik yang digunakan untuk membuat tuala mandi.
  • Kelebihan: Agak murah, senang didapati, mempunyai daya serapan yang bagus, berupaya menyerap cecair dari permukaan kulit dengan pantas berbanding material lain (wicking properties).
  • Kekurangan: Tidak boleh digunakan terus ke atas kulit bayi kerana akan menyebabkan masalah kekeringan (kerana ianya menyerap cecair dengan pantas), material sintetik ini tidak terbiodegradasi (non-biodegradable).

4) BAMBOO



  • Bahan diperbuat dari tanaman bamboo ini semakin popular untuk pembuatan cloth diapers. Ianya digunakan sebagai material asas cloth diaper seperti fitted diaper, lapisan dalam pocket diaper dan juga sebagai insert.
  • Kelebihan: Fabrik yang “breathable” (sejuk untuk pemakaian di cuaca panas), lembut, berupaya menyerap lebih cecair berbanding microfiber (lebih sesuai untuk penggunaan waktu malam), mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi, bahan yang semulajadi,  mesra alam sekitar dan “sustainable” (bamboo tidak menggunakan pestisid, senang & cepat ditanam).
  • Kekurangan: Memerlukan “prewash” yang lebih kerap (lebih 6 kali) sebelum digunakan untuk memastikan daya serap yang tinggi, sewaktu prewash juga tidak boleh dibasuh dengan fabrik lain, harga yang lebih mahal.

5) HEMP


  • Diperbuat daripada kayu tanaman hemp. Lazim digunakan sebagai bahan asas untuk fitted diaper, lapisan atas pocket diaper dan sebagai insert.
  • Kelebihan: Tahan lasak, berkebolehan untuk menjadi lebih lembut selepas penggunaan berterusan, daya serap yang lebih tinggi berbanding microfiber (lebih sesuai untuk penggunaan waktu malam), bahan yang semulajadi (lebih environmental), mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi, sesuai untuk pemakaian di cuaca sejuk ataupun panas.
  • Kekurangan: Memerlukan “prewash” yang lebih kerap untuk membuang “natural oils” yang ada di dalamnya, agak lambat untuk dikeringkan, lebih sukar didapati di Malaysia, harga yang jauh lebih mahal.

6) WOOL



  • Material semulajadi daripada kulit biri-biri ini amat sesuai sebagai bahan diaper covers atau soakers (shorties/longies). Bahan ini juga selalu digunakan untuk membuat baju sejuk (sweater).
  • Kelebihan: Fabrik yang amat “breathable” (sesuai untuk bayi semasa cuaca panas dan juga sejuk), boleh digunakan berulang kali tanpa dibasuh, lanolin dalam wool mempunyai “repelling properties” (boleh memansuhkan air dari kulit bayi dengan cekap).
  • Kekurangan: Memerlukan penjagaan yang khusus, perlu di-lanolize semula untuk mengembalikan daya serap dan “repelling properties”, agak sukar didapati di Malaysia (biasanya perlu dibeli dari luar negara), harga yang mahal.
Sekarang anda sudah lebih mahir tentang fabrik-fabrik cloth diaper bukan? Jangan lupa gunakan info-info ini semasa proses pembelian cloth diapers anda kelak!


Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Friday 20 July 2012

Kenali Cloth Diapers

Mengapa perlu guna Cloth Diapers..

Cloth Diaper ni memang sama fungsinya seperti PAMPERS atau Lampin Pakai Buang /Disposable Diaper.  Tetapi ada bezanya juga...



1.     JIMAT wang. Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin manakala anda boleh menggunakan lagi CD yang sama jika anda mempunyai ramai anak atau ingin menambah bilangan ahli keluarga

2.     Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas. Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai lampin kain masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas. (Earlier Potty Training)

3.     Dari segi keselesaan dan kecantikan, lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan cuttingnya juga lebih cantik dan kemas serta selesa dipakai berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda.

4.     Boleh kurangkan masalah kesihatan anak (tiada kesan bahan kimia merbahaya).

5.     Sampah PAMPERS yang memang melambak di rumah dapat dielakkan (Mesra Alam).

6.     Free Size memang sesuai sangat sebab budak-budak umur 3 tahun ke atas memang dah kurang pakai lampin (puratanya pakai malam saja).

7.     Luaran produk saya tak kisah sangat yang penting berkesan, Tapi Cloth Diaper ni ada banyak design dan warna yang menarik. Jadi ini satu bonus pada saya, kira nampak SEMPOI la. Seluar dalam pun tak payah nak dipakaikan, kurang sikit benda yang nak di basuh.


Lampin Kain Moden (Cloth Diapers)

Jangan terperanjat. Saya juga pada mulanya seperti anda. Mengapa perlu bertukar semula ke lampin kain sedangkan lampin pakai buang banyak terdapat di pasaran dan sangat mudah digunakan? 


Fikirkanlah, adakah anda rela memakai pakaian yang dibuat dari kertas dan plastik sedangkan anda mempunyai pilihan memakai pakaian dari kain yang cantik, selesa dan tahan lasak? Sekiranya anda memilih untuk memakai kain, mengapa tidak anak kesayangan anda? Berfikir dan bertindak bijaklah mulai sekarang dengan memilki lampin kain moden yang sangat mudah digunakan, selamat dan sangat menjimatkan.


Kenali Lampin Pakai Buang - atau orang panggil ''Pampers"

Mungkin anda tak sedar bahawa penyumbang utama kepada masalah ruam lampin ini adalah berpunca dari penggunaan lampin pakai buang yang anda guna setiap hari.

Antara kelemahan lampin pakai buang ini ialah :

a.     Ia mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi. Diotidakin iaitu sejenis bahan kimia terhasil sewaktu proses pelunturan pulpa (bahan utama lampin pakai buang ) boleh menyebabkan bayi menanggung risiko kanser!


Lampin Pakai Buang (Disposable Diapers)

b.    Menambah masalah kerangsaan kulit kerana kulit bayi yang sensitive bersentuh dengan air kencing mengakibatkan ia bertindak balas dengan bahan kimia yang terkandung di dalamnya menyebabkan kulit melecet dan bertukar kemerahan.

c.     Punca kepada penyakit asma atau lelah kerana ia merosakkan sitem penyejukkan badan yang boleh menggangu kesuburan pada masa akan datang selain menggangu sistem hormon dan imunisasi badan kerana ia mengandungi bahan bertoksik.

d.    Mencemar udara dan kebersihan alam sekitar . Oleh kerana ia di perbuat dari bahan sintetik, ia tidak mudah di lupuskan sekaligus menambah masalah pada alam sekitar yang menjadi tempat tinggal kita.


Jadi, anda halusi dan telitikan apa yang telah anda baca, kemudian buatlah keputusan.





Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Thursday 19 July 2012

Gelagat Anak-Anak Saya Tidur...

Assalamualaikum.....

Hari ni saya cuma nak upload gambar anak-anak tidur yang sempat saya snap pagi tadi sebelum pergi kerja... bila tengok anak-anak tidur lena macam ni, senang hati dibuatnya... sampai tunggang terbalik... bantal masing-masing dah hilang ntah ke mana... si adik, tak padan baru 2 bulan lebih, tidur dah macam orang besar...


ummi love both of you....

Salam Sayang,
Ummi Areef Adira




Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.


Friday 13 July 2012

MINKY CLOTH DIAPERS






Sila klik pada gambar untuk imej besar

Sila klik pada gambar untuk imej besar

Sila klik pada gambar untuk imej besar

Sila klik pada gambar untuk imej besar

Sila klik pada gambar untuk imej besar

Sila klik pada gambar untuk imej besar

Sila klik pada gambar untuk imej besar



MINKY CLOTH DIAPERS

RM20/PC (10PC>>)

FREE POSTAGE : SEMENANJUNG

+ RM10 : SABAH / SARAWAK


Lebih banyak anda membeli, lebih jimat!

- SAIZ : BOLEH LARAS (S, M, L)

- UNTUK BERAT 3KG HINGGA 15KG

- LAPISAN LUAR DIBUAT DARI MATERIAL MINKY YANG DILAPISI DENGAN MATERIAL PUL SEBAGAI KALIS AIR.
- 2 INSERT MIKROFIBER


BERMINAT BOLEH PM INBOX

EMAIL : nursyahadah.af@gmail.com

TEL: 019-3535514 (ADAH) @ 019-3474267 (SHAH)




Thursday 12 July 2012

Cloth Diapers Dan Raisya Adira : Cerita Kami...

Assalamualaikum...

Bukan mudah kami ingin membuat keputusan ini – menukar pemakaian dispo diapers kepada cloth diapers untuk Raisya Adira…  apatah lagi kos permulaan untuk membeli cloth diapers bukanlah murah… namun, akhirnya saya dan suami mengambil keputusan yang sangat ‘menyusahkan’ ini… keputusan yang sangat sukar seperti ingin breastfeed…keputusan dibuat ketika saya mengandungkan Razeen Areef 7 bulan, ketika itu si kakak Raisya Adira dah mencecah 1 tahun 7 bulan… sangat terasa beban yang ditanggung apabila setiap bulan saya dan suami harus memikirkan budget untuk membeli lampin pakai buang si kakak… belum lagi termasuk susu dan baju-bajunya…  niat pertama ingin bertukar kepada cloth diapers adalah kerana ingin berjimat, tiada terfikir langsung tentang kebaikan lain… saya juga tiada melakukan kajian khusus mengenai cloth diapers…



fikir punya fikir, akhirnya kami berjaya membeli 10 pcs cloth diapers… oh, ketika memandang cloth diapers itu, hati saya sangat getir memikirkan perubahan hidup sesudah ada cloth diapers… larat ke nak basuh? tahan ke bau poo-poo kakak? bau hancing kencing kakak lagi… pendam dalam hati… oleh kerana saya masih tinggal bersama mertua saya, dan mertua saya juga-lah yang menjaga kakak, saya masih memerlukan penggunaaan dispo diapers… ye lah, orang yang dah berumur ni pemikirannya bukan sama dengan orang muda, tiada yang nak ‘susah-susah’ atau ‘penat-penat’ pada zaman sekarang, apatah lagi kemudahan sekarang sangat banyak termasuklah dispo diapers yang pakai buang tu… nenek tak tahan dengan poo-poo & kencing kakak, lagi pulak nak basuh2, sangat menyusahkan dia, takkan saya nak paksa nenek basuh pulak kan… saya tak nak-lah cloth diapers ni dianggap menyusahkan… jadi, hanya pada waktu malam sahaja kakak pakai cloth diapers, pada waktu siang memang pakai dispo diapers lagi…  tak konsisten! sesudah sebulan saya bersalinkan Razeen Areef, saya dan suami sepakat untuk menambah 10 pcs lagi koleksi cloth diapers kakak… jumlahnya sekarang ada 20 pcs… baru terasa agak ‘stabil’ dan rileks untuk ulang basuh… dulu dengan 10 keping tu sangat terkejar2 nak basuh, kalau tak sempat kering bawah matahari, sambung keringkan bawah kipas… sangat tak bagus cara tu…  semenjak kami tambahkan cloth diapers kakak, memang saya ‘nyah’kan jauh-jauh dispo diapers… tak teringin langsung nak beli… walaupun baru 2-3 bulan kakak menggunakan cloth diapers, namun hanya beberapa kali sahaja kakak buang air besar dalam cloth diapers tu… dalam usia 1 tahun 10 bulan kakak dah pandai beritahu apabila dia nak buang air besar! hebat bukan? sesudah itu, tak pernah lagi ada poo-poo dalam cloth diapers, kakak buang air besar di tandas… nenek juga tak perlu susah-susah basuh cloth diapers… saya cuma pesan pada nenek, tinggalkan sahaja cloth diapers tu dalam baldi yang saya khususkan, tak perlu perah atau bilas kencing kakak yang ada dalam cloth diapers tu, balik kerja nanti saya yang akan kerjakan cloth diaper tu… bila saya buat macam tu, baru-lah terbuka hati si nenek untuk menerima pemakaian cloth diapers pada kakak… tak pe lah saya susah dan penat sikit pun, kalau nak di bandingkan dengan mak saya dulu pakaikan saya napkin + seluar getah, lagi leceh nak membasuh, nak melipatnya lagi, sanggup mak saya mengadap poo-poo dan kencing saya, letih juga kan… takkan saya tak sanggup pulak nak mengadap poo-poo dengan kencing anak-anak saya, ye dak? bila lagi saya ingin merasai pengalaman mak saya menjaga saya dahulu...

suami saya juga tidaklah berat tulang untuk membantu saya menguruskan Raisya… tidak pernah lagi saya lihat dia mengeluh dengan poo poo & kencing kakak, sanggup juga dia menghadap apalagi ketika saya sedang berpantang melahirkan anak kedua, dia seorang je lah yang menguruskannya… malahan dia jugalah yang banyak menyokong pemakaian cloth diapers… Alhamdulillah semuanya dipermudahkan…

Si kakak Raisya Adira pula sangat teruja dengan cloth diapers yang berwarna warni tu… kalau saya nak melipat, dia pun nak tolong sama… kalau saya dah susun dalam beg cantik2, dia juga lah yang rajin memunggahnya… kalau dibukakan baju dan seluarnya, melompat-lompat dia menayangkan cloth diapers yang sedang melekat di badannya… alahai anak daraku seorang….saat ini, saya sedang cuba untuk lepaskan cloth diapers daripada kakak Raisya sebelum usianya 2 tahun… tapi hanya tinggal 2 minggu lagi, saya rasa tiada kesempatan di situ… semangatku tidak kuat…

Saat ini kami sudah jimat kewangan untuk diapers Raisya Adira… azam untuk melakukan hal yang sama pada Razeen Areef…  dan disebabkan perkembangan kakak Raisya yang positif inilah membuka hati saya untuk menjual cloth diapers dengan harga yang rendah, supaya saya sama-sama dapat berkongsi kebaikan cloth diapers bersama ibu-ibu yang lain... kalau tak try dulu, tak boleh la share dengan orang lain kan... ^_^






Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

PRINTED CLOTH DIAPERS



Sila klik pada gambar untuk imej besar

Sila klik pada gambar untuk imej besar

Sila klik pada gambar untuk imej besar

Sila klik pada gambar untuk imej besar

Sila klik pada gambar untuk imej besar

PRINTED CLOTH DIAPERS


RM22/PC (1-5 PC)
RM21/PC (6-9PC)
RM20/PC (10PC>>)
Lebih banyak anda membeli, lebih jimat!



- SAIZ : BOLEH LARAS (S, M, L)
- UNTUK BERAT 3KG HINGGA 15KG
- LAPISAN LUAR DIBUAT DARI MATERIAL PUL SEBAGAI KALIS AIR.
- 2 INSERT MIKROFIBER
- INNER SOFT SUEDE


EMAIL : nursyahadah.af@gmail.com

TEL: 019-3535514 (ADAH) @ 019-3474267 (SHAH)