Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, 5 December 2017

Bila Isteri Tidak Lagi Cantik, Kesetiaan Suami Mula Teruji

Assalamualaikum...

Kepercayaan dan kesetiaan adalah kunci kebahagiaan rumah tangga. Seorang isteri sanggup berkorban apa sahaja demi melihat insan tersayang hidup selesa dan bahagia.

Pengorbanan yang mereka lakukan tidak terhitung nilainya. Sebagai Isteri, mereka memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan banyak lagi. Sebagai ibu, mereka mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik tanpa keluh kesah sedikit pun.

Jadi sebagai suami, perlulah menghargai pengorbanan yang telah isteri lakukan. Jangan asyik kondem sahaja, lebih-lebih lagi jika mereka sudah tidak selangsing dan secantik dulu.

Jadikan pesanan yang dikongsikan oleh pengacara dan personaliti TV, Fedtri Yahya, sebagai panduan.




Tulis Fedtri Yahya,

Semakin bertambah waktu, isteri semakin pudar kelebihannya di mata suami, manakala, suami tiada apa yang kurang melainkan bertambah stabil dari pelbagai sudut.

Apabila isteri tak lagi cantik seperti bidadari yang baru dikahwini, di sinilah keimanan, kesetiaan & nafsu suami teruji.

Tak susah nak mencari wanita berwajah cantik, buka instagram berlambak gambar wanita cantik selfie, ootd, posing menyerlahkan kecantikan masing-masing, beribu likes. Tidak kiralah samada free hair, seksi, pakai tudung labuh, pakai purdah, semua ada.

Kita tengok gambar ini cantik, kejap lagi naik satu lagi gambar wanita parasnya lebih cantik, gebu & flawless. Realitinya memang akan ada ramai sangat wanita lebih cantik dari isteri kita di rumah.

Sememangnya isteri kita tidak akan mampu memenuhi semua kehendak imaginasi nafsu, tetapi kita sentiasa boleh mengubah cara pandang itu, agar menjadikan keadaan berbeza.

Mata isterimu memang sudah tidak bercahaya, bawah matanya lebam, eyebagnya jelas.

Mengapa?

Kerana ia tidak pernah cukup tidur semenjak melahirkan zuriatmu ke muka bumi ini. Kadang hanya mampu lelap seminit dua, tambahan jika anakmu tidak sihat, sakit.

Tubuh badan isterimu sudah tidak seramping dulu, bahkan kadang sudah melebihi pemelukmu. Itulah dia kerana nafsu makannya membuak-buak apabila selesai menyusui anak-anakmu, memasakkan juadah yang enak untuk santapanmu saban waktu.

Memang panjang senarai kekurangan & perubahan isteri jika hendak ditulis, tambah apabila bilangan anak & umurnya makin membanyak. Tetapi didiklah mata & hati agar sentiasa membesarkan pengorbanan isteri agar kekurangannya itu nampak lebih kecil.

Jika para suami bermuhasabah & meletakkan dirinya sebagai antara punca isterinya jadi sebegitu, tentulah hatinya akan merasa lebih lapang & luas untuk lebih menghargai.

Apa pesan Nabi SAW kepada para suami, “Jika engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu. Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal seperti yang dimiliki oleh wanita itu.” (HR. Tirmidzi)

Selebihnya, tundukkanlah pandanganmu. Itu lebih baik untuk memelihara keimanan.

Lebih payah kita meninggalkan hal yang nafsu jahat kita sukai, lebih besar kemanisan yang melimpahi hati. Satu kemenangan apabila kita berjaya menundukkan nafsu jahat itu.

Sesungguhnya perhiasan dunia itu adalah isteri yang solehah, maka renungilah betapa beratnya tugasmu untuk mendidik & menuntunnya agar menjadi isteri solehah.

Tuntunlah tangan isterimu, didiklah dia sebaiknya, doakan & redhailah dia agar dia menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti, yang akan muda & cantik selamanya.

Jauh lagi perjalanan kita, kerana kita belum lagi di syurgaNya, wahai saudaraku.

Apa sahaja yang telah kita korbankan untuk memastikan anak isteri kita akan sama-sama masuk ke syurgaNya nanti?

Semoga Allah merahmati semua pasangan suami isteri yang mentaati Allah di dalam dunia ini.


Sumber: Facebook Fedtri Yahya

______________________________



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like, Share atau tinggalkan Comment jika anda suka entri ini.
Terima kasih. 😊

Monday, 4 December 2017

[TIPS] 5 Penampilan Buat Isteri Tampak Lebih Cantik Di Mata Suami

Assalamualaikum...

Salah satu perkara yang mampu membuat lelaki bergelar suami makin cinta dan ingin selalu dekat dengan isteri adalah penampilan diri.
 
Sebab itu dalam petua menambat hati suami, perihal penampilan diri isteri ini sentiasa tersenarai.

Walau pun mungkin suami tak pernah memperkata tentang penampilan anda hakikatnya dia memang memerhati. Tak percaya? Lihat jika anda mengenakan pakaian atau hijab lain dari gaya biasa.

Jika janggal di mata suami, dia takkan teragak-agak memberi komen. "Kenapa tudung awak ini nampak pelik jer?" Ini bahasa kiasan mereka memberitahu dia tidak gemar penampilan itu.

Tapi bagaimana pula istilah cantik di mata lelaki bergelar suami? Sebenarnya anda tak perlu model besar pun untuk tampak lebih menawan di depan suami kerana istilah cantik mereka cukup mudah.


Isteri hanya perlu perhatikan 5 aspek ini agar tampak lebih cantik di pandangan suami tercinta.

1. Pakai pakaian yang selesa

Bila memakai pakaian yang kita selesa, sekali gus akan buat diri berasa lebih yakin. Jadi sebaiknya bila bersama suami kenakan pakaian santai yang ringkas kerana inilah selalunya yang buat kita selesa. 

Jangan pakai baju ketat, singkat hingga menyebabkan rasa kurang selesa kerana suami juga akan merasai perkara yang sama bila melihat isterinya mengenakan busana cantik tapi asyik menarik baju yang melekap kerana ketat.

2. Rambut panjang lebih menawan

Berbanding wanita berambut pendek, wanita berambut panjang kelihatan lebih feminin, manis dan elegan.

Rambut pendek adalah stail lelaki, itu sebab lelaki lebih suka  wanita pujaan mereka berambut panjang. Lagi pun inilah juga modal untuk bermanja dengan suami. 

Dia akan teringin membelai rambut isterinya yang panjang. Tapi pastikan rambut terjaga elok bukan mengerbang ya.

3. Suka lihat isteri tampil berkeyakinan  

Seperti apa yang disebut tadi, apa pun pakaian yang dipakai pastikan ia berikan keyakinan pada diri.  Inilah yang akan buat suami senang berdampingan dengan isterinya. Selain itu sentiasalah melemparkan senyuman kepadanya.   



4. Suka isteri mekap neutral

Kajian pernah dilakukan tentang perkara ini dan hasilnya hampir 80 peratus lelaki lebih suka melihat wanita mengenakan mekap neutral, tidak over.

Jadi tak perlu mekap tebal untuk cantik, solekan ringkas lebih menarik dan asli bukan saja di mata suami di mata orang lain juga.

5. Berhijab

Isteri yang berpakaian sopan, menutup aurat akan kelihatan sejuk di pandangan mata suami. Selalu kita lihat wanita bertudung dengan baju kurang biasa tapi kelihatan cukup manis sekali. Inilah juga erti cantik di mata suami.

Namun lebih dari itu, berhijab menutup aurat itu adalah tuntutan agama. Suami juga harus memastikan wanita di bawah jagaan mereka terpelihara auratnya. Kecantikan isteri seharusnya adalah untuk suami sahaja.


Sumber:
http://www.karangkraf.com/cmlink/vanilla-kismis/elok/5-penampilan-buat-isteri-tampak-lebih-cantik-di-mata-suami-1.506537

______________________________



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like, Share atau tinggalkan Comment jika anda suka entri ini.
Terima kasih. 😊






Friday, 1 December 2017

[INFO] [TIPS] Saya dan CNI Skin Care

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak bercerita tentang produk skin care saya. Boleh dikatakan semua wanita wajib ada skin care di rumah, tak kisah lah jenama apa kan, bergantung kepada pilihan masing-masing. Bagi yang masih mencari-cari skin care yang sesuai, anda mesti tahu apa jenis kulit anda dan juga cara merawatnya.

Saya tergerak hati nak share info ni kerana sebelum ni saya dah pakai bermacam produk yang ada merkuri (sekarang dah insaf 😅) saya pernah pakai D'Mawar, Rosha, Dnar's, Tati, dan bermacam lagi lah, berkesan tu memang berkesan lah, tapi untuk jangka masa yang panjang, buah pinggang you all boleh rosak tau (huih, ngeri membayangkan...). Alhamdulillah sekarang saya dah jumpa produk yang sesuai, iaitu produk dari CNI (biasanya produk yang mahal-mahal ni lah yang lebih natural dan selamat). 

Saya tahu tentang produk ni pun kerana keluarga suami saya memang pengguna tegar produk CNI, jadi keberkesanan produk yang mereka selalu pakai seperti Nutrimoist, Winz, Royal Jelly dan lain-lain tu meyakinkan saya untuk mencuba skin care dia pula (actually husband yang suggest sangat-sangat skincare CNI ni, jadi bila ada sokongan dari suami tu, kau akan rasa berbunga-bunga lah hati, apa lagi kalau dia support duit sekali kan, hahahaaa...!)

Basically mana-mana produk skincare ni mesti ada pembahagian mengikut jenis kulit, paling command mesti ada 2 jenis, untuk kulit biasa dan untuk kulit sensitif/berminyak. Ada sesetengah brand tu ada tambahan pula untuk jenis kulit muka yang kering.  Jadi skincare untuk brand CNI ni ada 2 jenis kumpulan.

Okay jom!


1. CNI BASIC SKIN CARE

CNI Basic Skincare Set ni terdiri actually hanya ada 3 produk sahaja iaitu Skin Wash, Skin Soothe dan Skin Moist. Lagi 3 jenis produk itu adalah additional sahaja, boleh pilih nak beli atau tak.  Tapi suggestion saya, kalau you all betul-betul nakkan kesan yang optimum, you all mesti pakai full set yang ada 6 produk ni.  Set ini sesuai untuk jenis kulit normal / kering, maksudnya kulit yang kurang bermasalah. Kalau setakat ada jerawat manja sikit-sikit tu pun pakai set ni juga.
CNI Basic Skin Care Set
  1. CNI Skin Wash 1A RM95
  2. CNI Skin Soothe 2 (Toner) RM95
  3. CNI Skin Moist 3A (Moisturizer) RM93
  4. CNI Skin Young Serum RM117.30
  5. CNI Skin Vital 5 (Sun Block) RM90.80
  6. CNI Skin Clear Beauty Gel RM65.90
Okay, jom kita detailskan pula satu-satu tentang produk yang ada dalam Basic Set ni.

CNI Skin Wash 1A
Formulanya lembut, bebas alkali, tanpa buih
Mengekalkan kelembapan dalaman lapisan korneum
Menanggalkan solekan, membersih muka secara mendalam

CNI Skin Soothe 2 (Toner)
Mengekalkan kelembapan dalaman, mengimbangkan pH kulit
Menyuburkan kulit, menenang kulit

CNI Skin Moist 3A (Moisturizer) 
Memberi kelembapan
Meredakan masalah kulit sensitif
Meningkatkan keanjalan dan kesegaran sel-sel kulit
Mencerahkan kulit

CNI Skin Young Serum
Serum yang kaya dengan nutrien dan bahan antioksida
Menyubur, mencerahkan dan antisensitif kulit
Mengurangkan garis-garis halus dan mencegah kedutan
Sesuai juga untuk kulit sekeliling mata

CNI Skin Vital 5 (Sun Block)
Membekalkan perlindungan sinar matahari SPF 25
Mencerah dan melembapkan kulit
Kulit jadi lebih anjal dan bermaya
Boleh digunakan sebagai bedak asas solekan

CNI Skin Clear Beauty Gel
Menanggalkan sel-sel mati dan kotoran pada kulit
Mengurai sebum, agar liang-liang roma tidak tersekat dan mengecilkan liang-liang roma terbuka
Menyuburkan kulit dan mengekalkan kelembapan
Mencerahkan kulit
Meningkatkan metabolisme

Okay, bagaimana dengan direction cara pemakaian pula?

PAGI/SIANG : CNI Skin Wash 1A ➞ CNI Skin Soothe 2 ➞ CNI Skin Moist 3A➞ CNI Skin Vital 5
PETANG/MALAM : CNI Skin Wash 1A ➞ CNI Skin Soothe 2 ➞ CNI Skin Young Serum
*** Seminggu sekali atau dua kali you all apply CNI Skin Clear Beauty Gel sebelum mandi ye...

CNI Basic Skin Care Set ni didatangkan dengan bauan yang you all mesti suka. Skin Wash, Skin Soothe, Skin Young Serum & Skin Moist ni sangat segar dengan bauan buah oren. Bila dah bau buah oren tu, confirmlah kita tahu yang set ini penuh dengan kebaikan Vitamin C yang terbukti sangat bagus untuk kulit muka.  Manakala Skin Vital pula lebih kepada bauan herba, sangat berbeza dengan produk skincare yang lain kebanyakan sunblock / krim siang nya berbau wangi.

Dan kalau you all ada bugdet lebih, boleh ambil sekali set ini bersama CNI Well3 Ester-C untuk kesihatan dalaman juga. Luaran dan dalaman akan support antara satu sama lain untuk kesan yang lebih menyerlah!
CNI Well3 Ester-C



2. CNI INTENSIVE SKIN CARE

CNI Intensive Skincare Set ni pula tak jauh beza dari set basic tadi, ada 3 produk asas juga iaitu Skin Wash, Skin Soothe dan Skin Repair. Lagi 3 jenis produk itu adalah additional sahaja, boleh pilih nak beli atau tak.  Tapi saya masih suggest you all untuk beli full set 6 jenis produk ini untuk dapatkan kesan yang optimum.  Set ini memang dicipta khas untuk jenis kulit berminyak.  Bila sebut tentang kulit berminyak ni biasanya ialah kulit yang bermasalah. Kulit berminyak ini akan cenderung kepada menghasilkan jerawat yang bukan manja-manja lagi dah, kadang jerawat batu pun keluar, dan juga membuatkan liang pori menjadi besar dan menghasilkan whitehead atau blackhead.

CNI Intensive Skin Care Set
  1. CNI Skin Wash 1B RM95
  2. CNI Skin Soothe 2 (Toner) RM95
  3. CNI Skin Repair 3B RM93
  4. CNI Skin Balance Essence RM117.30
  5. CNI Skin Vital 5 (Sun Block) RM90.80
  6. CNI Skin Clear Beauty Gel RM65.90
Okay, jom kita detailskan pula satu-satu tentang produk yang ada dalam Intensive Set ni.

CNI Skin Wash 1B
Bebas alkali, bersifat lembut
Membersihkan minyak berlebihan
Mengimbangikan sebum
Menenangkan dan anti radang

CNI Skin Soothe 2 (Toner)
Mengekalkan kelembapan dalaman, mengimbangkan pH kulit
Menyuburkan kulit, menenang kulit

CNI Skin Repair
Mengimbangkan sebum dan mengecilkan liang-liang roma
Meredakan kulit yang bermasalah
Menyahtoksin dan memulihkan kulit yang terjejas
Mengekalkan kelembapan

CNI Skin Balance Essence
Mengimbangkan pengeluaran sebum, mengecilkan liang-liang roma terbuka
Antiradang dan anti sensitif
Mengatasi masalah jerawat
Menyahtoksin dan melembapkan kulit
Mempercepatkan kematangan jerawat
Mengurai dan mengeluarkan sebun keras didalam liang-liang roma

CNI Skin Vital 5 (Sun Block)
Membekalkan perlindungan sinar matahari SPF 25
Mencerah dan melembapkan kulit
Kulit jadi lebih anjal dan bermaya
Boleh digunakan sebagai bedak asas solekan

CNI Skin Clear Beauty Gel
Menanggalkan sel-sel mati dan kotoran pada kulit
Mengurai sebum, agar liang-liang roma tidak tersekat dan mengecilkan liang-liang roma terbuka
Menyuburkan kulit dan mengekalkan kelembapan
Mencerahkan kulit
Meningkatkan metabolisme

Okay, ini pula cara pemakaian intensive set...

PAGI/SIANG : CNI Skin Wash 1B ➞ CNI Skin Soothe 2 ➞ CNI Skin Repair 3B➞ CNI Skin Vital 5
PETANG/MALAM : CNI Skin Wash 1B ➞ CNI Skin Soothe 2 ➞ CNI Skin Balance Essence
*** Seminggu sekali atau dua kali you all apply CNI Skin Clear Beauty Gel sebelum mandi ye...

CNI Intensive Skin Care Set ni baunya seperti bau ubatan / herba sedikit, tak kuat sangat pun, kerana bahan didalamnya khusus untuk merawat kulit yang bermasalah, berbeza dengan set basic tadi.  Dan kalau you all ada bugdet lebih, boleh ambil sekali set ini bersama CNI Well3 Lyophilized Royal Jelly untuk support rawatan kulit muka dari dalam.

CNI Well3 Lyophilized Royal Jelly

__________________________________________

Mesti you all rasa produk ni mahal kan? Actually produk ni affordable price sebenarnya, kerana ia boleh bertahan hingga 2-3 bulan.  Untuk bulan pertama tu you all boleh pakai macam biasa dan set ni boleh bertahan 2 bulan.  Tak perlu jimat sangat kerana untuk permulaan, biarkan produk ini merawat kulit you all dahulu.  Untuk pembelian kedua (bulan ketiga), barulah you all pakai jimat-jimat sikit.  Maksud jimat tu bukannya 3 hari sekali baru pakai, tapi pakai setiap hari seperti biasa dengan membuat sapuan setiap krim tu dengan kadar yang tipis.

Okay, itu sahaja tips kali ni.

Oh ya! Harga yang saya paparkan tadi tu adalah harga biasa ye. You all nak dapatkan produk ni dengan harga ahli? Comment di post ini dan saya akan bantu, insyaallah...😊

__________________________________________

Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like, Share atau tinggalkan Comment jika anda suka entri ini.
Terima kasih. 😊



Wednesday, 6 June 2012

Panduan Penyimpanan dan Penggunaan Susu Perahan Ibu

Untuk panduan diri sendiri dan juga ibu-ibu muda di luar sana yang belum tahu cara penyimpanan dan penggunaan susu ibu yang betul. Untuk keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin berkhasiat, pastikan susu yang diperah selamat untuk diminum mengikut cara penyimpanan dan pemanasan yang betul.

Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku, termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
Contoh penyimpanan susu perahan ibu mengunakan bekas dadih.
Contoh penyimpanan menggunakan storage bottle.

Contoh Breastmilk Storage Bag



Membersihkan Bekas Penyimpanan:
  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.

Panduan Menyimpan Susu Ibu:
  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara
yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan
susu.

Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu
  • Bahagian fridge 4°C: 7 hari
  • Bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
  • Bahagian fridge, 4°C: 5 hari
  • Bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan




Penting!!!
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.

Menyahbeku Susu Ibu:
  • Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.

Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya

Maklumat Tambahan


1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). 

Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.




Salam Sayang,
Ummi Areef Adira



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Tuesday, 5 June 2012

Teknik Marmet

Assalamualaikum...

Setiap ibu bekerjaya yang ingin meneruskan penyusuan anak sangat memerlukan cara dan teknik pemerahan susu dengan betul.  Namun, tidak ramai yang tahu teknik pemerahan yang betul sehingga mereka akan menganggap menyusukan bayi dengan susu ibu adalah sesuatu yang menyusahkan.  Secara umumnya, "Teknik Pemerahan Susu" hanya dikaitkan dengan "Teknik Marmet", iaitu teknik memerah menggunakan tangan. Kalau menggunakan breastpump, tidaklah dinamakan teknik, ye dak? 

Sejujurnya, saya sendiri tidak pernah menggunakan teknik ini. Mungkin juga disebabkan lambakan pam susu yang terjual di butik-butik ibu dan anak membuatkan saya lebih mudah menyerahkan urusan pengepaman kepada alat-alat yang tersedia canggih itu, dan saya tidak terfikir untuk menggunakan teknik marmet ini.  Namun, daripada beberapa artikel yang saya baca, kebanyakan ibu yang menggunakan teknik ini mengatakan prosesnya amat mudah. Kenapa tidak? tidak perlu anda berhabis wang untuk membeli pam susu yang rata-rata harganya agak mahal, dan teknik ini juga dikatakan amat selamat untuk menjaga nipple daripada luka atau melecet.  

Berikut saya kongsikan kepada anda secara terperinci mengenai teknik marmet ini.  Kredit kepada http://menyususimanja.blogspot.com/.


Apa itu Teknik Marmet?

Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.



Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)


Bahaya Amalan Teknik yang Salah

Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet.

Teknik Marmet yang tidak dipraktiskan dengan baik bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.


Cara Memerah

1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).

3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).



Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.



4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.

5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.

6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong.

7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.

8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnyapayudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.

Elakkan!

1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh membuatkan payudara melecet.

2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.

3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya.

Selamat mencuba! =)





Salam Sayang,
Ummi Areef Adira


Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Tuesday, 29 May 2012

Hospital Rakan Bayi

Assalamualaikum...


Hai blogger sekalian... apakah yang anda tahu mengenai Hospital Rakan Bayi? Adakah sebelum ini anda mengetahui wujudnya Hospital Rakan Bayi? Saya mengetahui tentang Hospital Rakan Bayi sejak tahun 2010 ketika saya melahirkan anak pertama, dan saya sama sekali tidak mengetahui hospital yang saya pergi itu adalah Hospital Rakan Bayi... Namun, dengan wujudnya Hospital Rakan Bayi ini, sejujurnya saya ingin mengatakan bahawa anda tidak perlu terlalu risau mengenai bayi anda, kerana bayi anda akan di 'layan' sebaiknya dan diberikan segala hak yang terbaik untuknya... 





Ingin mengetahui lebih lanjut? saya kongsikan sebuah artikel yang saya petik dari laman blog Lil Kai Store, dan saya rasakan artikel ini sangat bermanfaat untuk pengetahuan semua yang bergelar ibu bapa.  Semoga selepas ini anda akan lebih bijak dalam memilih hospital untuk bayi anda.  Let's Love Our Baby!

----------------------------------------------------------------------

Semasa saya mengandungkan anak sulung, saya tidak pernah langsung tahu tentang kewujudan Hospital Rakan Bayi. Malahan, saya hanya mencari-cari hospital swasta yang mempunyai 'rating' bagus tanpa mengetahui tentang perbezaan hospital swasta dan kerajaan dalam konsep penyusuan.

Saya pergi monthly check up di klinik swasta. Meskipun klinik tersebut adalah pakar dalam rawatan ibu mengandung, tetapi kebanyakan doktornya tidak memberi pendedahan tentang penyusuan. Malahan, kebanyakan klinik memaparkan iklan-iklan susu formula yang kononnya pilihan alternatif terbaik selain susu ibu. Jika di klinik kesihatan kerajaan, anda tidak berpeluang melihat iklan-iklan atau promosi susu formula yang ditampal atau digantung di dinding. Malahan, anda akan melihat zon larangan memberi susu botol kepada bayi, kerana ibu digalakkan memberi direct breastfeed semasa berada di klinik-klinik tersebut. Jika anda ibu mengandung, anda akan diwajibkan hadiri ceramah penyusuan, demonstrasi dan diberi lampiran atau flyers berkaitan panduan, kepentingan dan keperluan penyusuan susu ibu kepada bayi. Anda secara tidak langsung, aware tentang penyusuan susu ibu..

Dari situ, saya sudah lihat sedikit perbezaan antara klinik kerajaan dan swasta. Dari segi hospital bersalin pula, kesemua hospital kerajaan adalah Hospital Rakan Bayi (HRB). Hospital Rakan Bayi bermaksud hospital atau tempat bersalin yang menggalakkan dan mengamalkan penyusuan susu ibu kepada para bayi. Para ibu tidak dibenarkan membawa sebarang susu formula atau botol susu untuk diberikan kepada bayi terutama yang baru dilahirkan. Para ibu boleh memegang dan menyusukan bayi sebaik sahaja dilahirkan diajar cara posisi menyusukan bayi dengan betul terutama jika ibu bersalin secara c-zer. Jika ibu menghadapi masalah dalam pengeluaran susu sejurus selepas kelahiran, jururawat hospital sedia membantu anda. Kebiasaannya jururawat di bahagian ibu mengandung adalah terdiri dari jururawat terlatih terutama dalam bidang penyusuan. Kebiasaannya HRB dilengkapi dengan beberapa fasiliti seperti breast pump dan tempat menyimpan susu. Ibu boleh menggunakan breast pump hospital jika breast terlalu penuh dengan susu dan perlukan sesi pengepaman.

Jika ibu bersalin di hospital swasta, perkhidmatan yang ibu perolehi adalah 'keselesaan' selepas bersalin. Malahan, ibu boleh rehat dengan tenang tanpa tangisan bayi kerana bayi anda akan dijaga oleh nurse sebagai kerana ia adalah salah satu dari perkhidmatan yang ditawarkan berbaloi dengan bayaran ibu Tetapi, jika ibu dapat berehat, dan bayi tersebut dijaga oleh nurse, maka susu pertama yang diminum oleh bayi adalah susu formula, sedangkan kolustrum yang terhasil dalam breast ibu adalah yang terbaik untuk diminum oleh bayi di awal kelahirannya. Jika ibu mengambil berat tentang penyusuan, ibu boleh meminta nurse untuk mendapatkan bayi dan menyusukannya dengan susu badan. Tiada siapa yang marah jika si ibu meminta bayi tersebut ,  itu adalah hak si ibu! Malahan, susu di dalam ibu adalah hak bayi tersebut!

Di HRB juga, tiada salesman susu formula yang dibenarkan membuat promosi atau menjual barangan mereka di sana. Ibu sendiri boleh melihat, kebiasaannya, sebelum discharged, ibu akan mendapat Free Gift atau pek promosi dari mana-mana syarikat, tetapi kebiasaannya ia adalah produk penjagaan bayi sahaja. Ibu tidak akan melihat mana-mana pek promosi susu formula atau botol susu. Tetapi, jika anda bersalin di hospital swasta, anda mungkin mendapat salah satu produk 'terlarang' tersebut sebagai Free Gift!




Walau  bagaimanapun, pada masa kini, telah banyak hospital swasta yang telah diiktiraf sebagai HRB. Ini bermakna, kepentingan dan konsep penyusuan ini telah pun dilaksanakan dengan meluas di seluruh negara. Anda boleh bertanya sendiri kepada pihak hospital tersebut sebelum menempah tempat bersalin sebagai persediaan awal. Tidak salah jika bersalin di hospital swasta. Yang penting, anda dapat laksanakan tugas  sebagai ibu sejurus selepas kelahiran, iaitu menyusukan bayi anda. Berikut, adalah senarai hospital-hospital yang diiktiraf sebagai HRB (Sumber MOH, update 2009):

Perlis
1.    Hospital Tuanku Fauziah, Kangar

Kedah 
2.    Hospital Sultanah Bahiyah
3.    Hospital Sultan Abdul Halim 
4.    Hospital Kulim 
5.    Hospital Langkawi 
6.    Hospital Baling 
7.    Hospital Sik 
8.    Hospital Yan 
9.    Hospital Jitra 
10.    Hospital Kuala Nerang

Pulau Pinang
11.    Hospital Pulau Pinang
12.    Hospital Seberang Jaya   
13.    Hospital Bukit Mertajam
14.    Hospital Kepala Batas
15.    Hospital Sungai Bakap  
16.    Hospital Balik Pulau

Perak
17.    Hospital Raja Permaisuri Bainun 
18.    Hospital Taiping  
19.    Hospital Teluk Intan 
20.    Hospital Seri Manjung 
21.    Hospital Slim River 
22.    Hospital Batu Gajah   
23.    Hospital Kuala Kangsar  
24.    Hospital Tapah  
25.    Hospital Parit Buntar  
26.    Hospital Kampar  
27.    Hospital Sungai Siput  
28.    Hospital Selama  
29.    Hospital Gerik 
30.    Hospital Changkat Melintang

Selangor
31.    Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
32.    Hospital Kajang
33.    Hospital Banting
34.    Hospital Kuala Kubu Baru
35.    Hospital Tanjung Karang
36.    Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
37.    Hospital Selayang
38.    Hospital Serdang
39.    Hospital Ampang

Kuala Lumpur
40.    Hospital Kuala Lumpur 

Wilayah Persekutuan 
41.    Hospital Putrajaya 
42.    Hospital Labuan

Negeri Sembilan
43.    Hospital Tuanku Jaafar 
44.    Hospital Tuanku Ampuan Najihah 
45.    Hospital Tampin   
46.    Hospital Port Dickson  
47.    Hospital Jelebu 

Melaka
48.    Hospital Melaka
49.    Hospital Alor Gajah

Johor
50.    Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru 
51.    Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar  
52.    Hospital Batu Pahat 
53.    Hospital Kluang 
54.    Hospital Segamat 
55.    Hospital Kota Tinggi   
56.    Hospital Pontian  
57.    Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai   (HSTSTI)
58.    Hospital Tangkak  
59.    Hospital Mersing

Pahang
60.    Hospital Tengku Ampuan Afzan
61.    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
62.    Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highland
63.    Hospital Kuala Lipis  
64.    Hospital Bentong   
65.    Hospital Raub  
66.    Hospital Jerantut  
67.    Hospital Jengka  
68.    Hospital Muadzam Shah
69.    Hospital Pekan 

Terengganu 
70.    Hospital Sultanah Nur Zahirah***  
71.    Hospital Kemaman**  
72.    Hospital Dungun  
73.    Hospital Besut  
74.    Hospital Hulu Terengganu  
75.    Hospital Setiu

Kelantan
76.    Hospital Raja Perempuan Zainab II  
77.    Hospital Kuala Krai**  
78.    Hospital Pasir Mas   
79.    Hospital Tanah Merah   
80.    Hospital Tumpat  
81.    Hospital Tengku Anis, Pasir Putih    
82.    Hospital Machang  
83.    Hospital Gua Musang
84.    Hospital Jeli

Sarawak
85.    Hospital Umum Sarawak 
86.    Hospital Sibu**      
87.    Hospital Miri**   
88.    Hospital Bintulu**  
89.    Hospital Kapit**     
90.    Hospital Sarikei** 
91.    Hospital Sri Aman  
92.    Hospital Saratok   
93.    Hospital Kanowit 
94.    Hospital Limbang 
95.    Hospital Serian    
96.    Hospital Daro      
97.    Hospital Betong  
98.    Hospital Bau        
99.    Hospital Mukah   
100.  Hospital Simunjan 
101.  Hospital Marudi   
102.  Hospital Lundu    
103.  Hospital Lawas

Sabah
104.    Hospital  Likas* 
105.    Hospital Duchess of Kent** 
106.    Hospital Tawau**         
107.    Hospital Keningau**     
108.    Hospital Lahad Datu**  
109.    Hospital Beaufort        
110.    Hospital Kudat             
111.    Hospital Kota Belud     
112.    Hospital Sipitang          
113.    Hospital Tenom            
114.    Hospital Ranau              
115.    Hospital Papar      
116.    Hospital Kinabatangan 
117.    Hospital Kota Marudu 
118.    Hospital Semporna      
119.    Hospital Beluran          
120.    Hospital Tambunan
121.    Hospital Kunak
122.    Hospital Pitas 
123.    Hospital Kuala Penyu

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
124.    Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak
125.    Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
126.    Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan
127.    Pusat Perubatan Universiti Malaya

 HOSPITAL SWASTA
128.    Ipoh Specialist Hospital, Ipoh
129.    KPJ Damansara Specialist Hospital, KL
130.    KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor
131.    KPJ Pusat Perubatan Pantai, KL
132.    KPJ Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor
133.    Penang Adventist Hospital, Pulau Pinang




Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.