Wednesday 6 December 2017

[LAGU] Fly - Hillary Duff (Bangkitlah Bila Mana Anda Jatuh!)

Lagu inspirasi saya untuk sentiasa bangkit dan terus bangkit!
(Kalau tak faham, boleh translate ke bahasa melayu ye... 😉)


Any moment, everything can change. 
Feel the wind on your shoulders. 
For a minute, all the world can wait. 
Let go of your yesterday.

Can you hear it calling? 
Can you feel it in your soul? 
Can you trust this longing 
And take control?

Fly...! 
Open up the part of you that wants to hide away. 
You can shine. 
Forget about the reasons why you can't in life. 
And start to try 
'Cause it's your time 
Time to fly.

All your worries, leave them somewhere else. 
Find a dream you can follow. 
Reach for something when there's nothing left. 
And the world's feeling hollow.

Can you hear it calling?
Can you feel it in your soul? 
Can you trust this longing 
And take control?

Fly...!
Open up the part of you that wants to hide away. 
You can shine. 
Forget about the reasons why you can in life. 
And start to try 
'Cause it's your time 
Time to fly.

And when your down and feel alone 
Just want to run away
Trust yourself 
And don't give up. 
You know you better than anyone else.

Any moment, everything can change. 
Feel the wind on your shoulders. 
For a minute, all the world can wait 
Let go of yesterday

Fly...! 
Open up the part of you that wants to hide away. 
You can shine. 
Forget about the reasons why you can in life. 
And start to try 
'Cause it's your time 
Time to fly.

Any moment, everything can change.




______________________________



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like, Share atau tinggalkan Comment jika anda suka entri ini.
Terima kasih. 😊

Tuesday 5 December 2017

Bila Isteri Tidak Lagi Cantik, Kesetiaan Suami Mula Teruji

Assalamualaikum...

Kepercayaan dan kesetiaan adalah kunci kebahagiaan rumah tangga. Seorang isteri sanggup berkorban apa sahaja demi melihat insan tersayang hidup selesa dan bahagia.

Pengorbanan yang mereka lakukan tidak terhitung nilainya. Sebagai Isteri, mereka memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan banyak lagi. Sebagai ibu, mereka mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik tanpa keluh kesah sedikit pun.

Jadi sebagai suami, perlulah menghargai pengorbanan yang telah isteri lakukan. Jangan asyik kondem sahaja, lebih-lebih lagi jika mereka sudah tidak selangsing dan secantik dulu.

Jadikan pesanan yang dikongsikan oleh pengacara dan personaliti TV, Fedtri Yahya, sebagai panduan.




Tulis Fedtri Yahya,

Semakin bertambah waktu, isteri semakin pudar kelebihannya di mata suami, manakala, suami tiada apa yang kurang melainkan bertambah stabil dari pelbagai sudut.

Apabila isteri tak lagi cantik seperti bidadari yang baru dikahwini, di sinilah keimanan, kesetiaan & nafsu suami teruji.

Tak susah nak mencari wanita berwajah cantik, buka instagram berlambak gambar wanita cantik selfie, ootd, posing menyerlahkan kecantikan masing-masing, beribu likes. Tidak kiralah samada free hair, seksi, pakai tudung labuh, pakai purdah, semua ada.

Kita tengok gambar ini cantik, kejap lagi naik satu lagi gambar wanita parasnya lebih cantik, gebu & flawless. Realitinya memang akan ada ramai sangat wanita lebih cantik dari isteri kita di rumah.

Sememangnya isteri kita tidak akan mampu memenuhi semua kehendak imaginasi nafsu, tetapi kita sentiasa boleh mengubah cara pandang itu, agar menjadikan keadaan berbeza.

Mata isterimu memang sudah tidak bercahaya, bawah matanya lebam, eyebagnya jelas.

Mengapa?

Kerana ia tidak pernah cukup tidur semenjak melahirkan zuriatmu ke muka bumi ini. Kadang hanya mampu lelap seminit dua, tambahan jika anakmu tidak sihat, sakit.

Tubuh badan isterimu sudah tidak seramping dulu, bahkan kadang sudah melebihi pemelukmu. Itulah dia kerana nafsu makannya membuak-buak apabila selesai menyusui anak-anakmu, memasakkan juadah yang enak untuk santapanmu saban waktu.

Memang panjang senarai kekurangan & perubahan isteri jika hendak ditulis, tambah apabila bilangan anak & umurnya makin membanyak. Tetapi didiklah mata & hati agar sentiasa membesarkan pengorbanan isteri agar kekurangannya itu nampak lebih kecil.

Jika para suami bermuhasabah & meletakkan dirinya sebagai antara punca isterinya jadi sebegitu, tentulah hatinya akan merasa lebih lapang & luas untuk lebih menghargai.

Apa pesan Nabi SAW kepada para suami, “Jika engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu. Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal seperti yang dimiliki oleh wanita itu.” (HR. Tirmidzi)

Selebihnya, tundukkanlah pandanganmu. Itu lebih baik untuk memelihara keimanan.

Lebih payah kita meninggalkan hal yang nafsu jahat kita sukai, lebih besar kemanisan yang melimpahi hati. Satu kemenangan apabila kita berjaya menundukkan nafsu jahat itu.

Sesungguhnya perhiasan dunia itu adalah isteri yang solehah, maka renungilah betapa beratnya tugasmu untuk mendidik & menuntunnya agar menjadi isteri solehah.

Tuntunlah tangan isterimu, didiklah dia sebaiknya, doakan & redhailah dia agar dia menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti, yang akan muda & cantik selamanya.

Jauh lagi perjalanan kita, kerana kita belum lagi di syurgaNya, wahai saudaraku.

Apa sahaja yang telah kita korbankan untuk memastikan anak isteri kita akan sama-sama masuk ke syurgaNya nanti?

Semoga Allah merahmati semua pasangan suami isteri yang mentaati Allah di dalam dunia ini.


Sumber: Facebook Fedtri Yahya

______________________________



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like, Share atau tinggalkan Comment jika anda suka entri ini.
Terima kasih. 😊

Monday 4 December 2017

[TIPS] 5 Penampilan Buat Isteri Tampak Lebih Cantik Di Mata Suami

Assalamualaikum...

Salah satu perkara yang mampu membuat lelaki bergelar suami makin cinta dan ingin selalu dekat dengan isteri adalah penampilan diri.
 
Sebab itu dalam petua menambat hati suami, perihal penampilan diri isteri ini sentiasa tersenarai.

Walau pun mungkin suami tak pernah memperkata tentang penampilan anda hakikatnya dia memang memerhati. Tak percaya? Lihat jika anda mengenakan pakaian atau hijab lain dari gaya biasa.

Jika janggal di mata suami, dia takkan teragak-agak memberi komen. "Kenapa tudung awak ini nampak pelik jer?" Ini bahasa kiasan mereka memberitahu dia tidak gemar penampilan itu.

Tapi bagaimana pula istilah cantik di mata lelaki bergelar suami? Sebenarnya anda tak perlu model besar pun untuk tampak lebih menawan di depan suami kerana istilah cantik mereka cukup mudah.


Isteri hanya perlu perhatikan 5 aspek ini agar tampak lebih cantik di pandangan suami tercinta.

1. Pakai pakaian yang selesa

Bila memakai pakaian yang kita selesa, sekali gus akan buat diri berasa lebih yakin. Jadi sebaiknya bila bersama suami kenakan pakaian santai yang ringkas kerana inilah selalunya yang buat kita selesa. 

Jangan pakai baju ketat, singkat hingga menyebabkan rasa kurang selesa kerana suami juga akan merasai perkara yang sama bila melihat isterinya mengenakan busana cantik tapi asyik menarik baju yang melekap kerana ketat.

2. Rambut panjang lebih menawan

Berbanding wanita berambut pendek, wanita berambut panjang kelihatan lebih feminin, manis dan elegan.

Rambut pendek adalah stail lelaki, itu sebab lelaki lebih suka  wanita pujaan mereka berambut panjang. Lagi pun inilah juga modal untuk bermanja dengan suami. 

Dia akan teringin membelai rambut isterinya yang panjang. Tapi pastikan rambut terjaga elok bukan mengerbang ya.

3. Suka lihat isteri tampil berkeyakinan  

Seperti apa yang disebut tadi, apa pun pakaian yang dipakai pastikan ia berikan keyakinan pada diri.  Inilah yang akan buat suami senang berdampingan dengan isterinya. Selain itu sentiasalah melemparkan senyuman kepadanya.   



4. Suka isteri mekap neutral

Kajian pernah dilakukan tentang perkara ini dan hasilnya hampir 80 peratus lelaki lebih suka melihat wanita mengenakan mekap neutral, tidak over.

Jadi tak perlu mekap tebal untuk cantik, solekan ringkas lebih menarik dan asli bukan saja di mata suami di mata orang lain juga.

5. Berhijab

Isteri yang berpakaian sopan, menutup aurat akan kelihatan sejuk di pandangan mata suami. Selalu kita lihat wanita bertudung dengan baju kurang biasa tapi kelihatan cukup manis sekali. Inilah juga erti cantik di mata suami.

Namun lebih dari itu, berhijab menutup aurat itu adalah tuntutan agama. Suami juga harus memastikan wanita di bawah jagaan mereka terpelihara auratnya. Kecantikan isteri seharusnya adalah untuk suami sahaja.


Sumber:
http://www.karangkraf.com/cmlink/vanilla-kismis/elok/5-penampilan-buat-isteri-tampak-lebih-cantik-di-mata-suami-1.506537

______________________________



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like, Share atau tinggalkan Comment jika anda suka entri ini.
Terima kasih. 😊






Sunday 3 December 2017

[BUKU] Santuni Isterimu Sehebat Rasulullah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya terjumpa ebook yang sangat bermanfaat untuk suami isteri yang mendambakan kasih sayang dan kehidupan sehebat Rasulullah SAW bersama para isterinya.  Dengan cabaran kehidupan yang sangat hebat pada zaman millenium ini, kadang tanpa sedar sedikit demi sedikit kita mula tersasar dan hilang dari arah tuju yang sepatutnya, emosi menguasai akal fikiran, harta mengaburi pandangan, ketidakwarasan melampaui kesabaran.

Sesekali, tak salah untuk kita bermuhasabah, jika itu jalan yang terbaik untuk meleraikan segala permasalahan rumahtangga. Mungkin sedikit, walau tidak keseluruhannya. Berdoalah tanpa henti, kerana Allah senantiasa bersama orang yang sabar.

Insyaallah...

Ditulis oleh Zawiyah Maamur, anda boleh klik sini, atau sini untuk membaca ebook ini. Untuk suami, untuk isteri juga. Semoga bermanfaat.


__________________________________________


Wahai isteri… pujuklah hati, rawatlah rasa meskipun layanan suami terhadap diri tidak sehebat Rasulullah SAW menyantuni para isterinya. Berbahagia dan bersyukurlah kerana masih ada suami sebaik baginda untuk dijadikan idola berbanding ada wanita yang menanti jodoh, tetapi belum bertemu.

Wahai suami… risiklah lantunan hati kecil isteri. Dambaan nafasmu bak hembusan bayu yang membawa pergi lara isteri yang kekeringan kasih, senda gurau dan belaian kasih. Contohilah baginda tika menyantuni isteri kerana isterilah ladang pahalamu!

Santuni Isterimu Sehebat Rasulullah merupakan mesej pengharapan para isteri terhadap suami. Dipaparkan juga cara santunan dan kisah-kisah menarik baginda dalam menjadikan syurga rumah tangga. Jadikan ia sebagai pedoman buat kaum Adam dan juga Hawa.

__________________________________________



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like, Share atau tinggalkan Comment jika anda suka entri ini.
Terima kasih. 😊



Saturday 2 December 2017

[REVIEW] Pembersih Wanita Sumber Ayu

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak bercerita tentang Pembersih Wanita Sumber Ayu, you all ada pakai tak? Kebiasaannya kebanyakan wanita akan menggunakan pembersih yang khusus untuk bahagian intim mereka, kerana pembersih khusus itu mempunya pH yang rendah berbanding dengan sabun-sabun biasa.  

Kenapa perlu pH yang rendah, dan tak boleh pH yang tinggi?
Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan gel atau sabun pembersih di luar sana adalah tinggi dengan PH (Potential Hydrogen) membuatkannya kulit menjadi kering dan sensitif. Oleh itu, adalah wajar untuk seseorang memerhati produk yang digunakan ke atas wajah. Pastikan PH produk adalah stabil dengan sedikit asid iaitu 5.5. Jika terlalu alkali, ia juga akan menyumbang kepada masalah sensitiviti kulit.



Pembersih intim atau pembersih wanita sebenarnya mengandungi PH rendah yang baik untuk kulit.  Mengenali nilai pH untuk kawasan intim adalah cara yang terbaik untuk melindunginya, jika kita mengabaikan nilai pH yang digunakan bagi membersih kawasan ini hanya akan mengundang masalah iritasi, kegatalan dan jangkitan.

Dan... Kalau you all nak tahu satu rahsia, sebenar nya pencuci wanita juga sangat baik untuk mencuci muka you all! Tak percaya? Ia bertindak secara lembut untuk membersih wajah sehingga ke permukaan paling dalam yang kemudian bertindak mempengaruhi kulit untuk jadi lebih sihat dan bebas dari jerawat degil (mematikan jerawat).

Okay! Jom tengok apa yang saya pakai...!

Saya adalah pengguna tegar Pembersih Wanita Sumber Ayu, tetapi kebiasaannya saya guna yang satu jenis ni sahaja... meh tengok gambar di bawah ni...


Cuma kadang-kadang saya bertukar-tukar bauan lah, kalau tengok gambar di atas ada 6 jenis bauan, dah bau kegemaran saya adalah Orchid tu, almaklumlah saya pencinta tegar warna ungu, heheheee... tapi kalau kebetulan bau yang tu habis, saya akan grab salah satu dari 5 bau yang lain, asalkan bahan dan fungsinya masih sama, itu bukan masalah besar. Saya pakai pencuci ni sejak saya bujang lagi, dan masih lagi packaging yang lama... Kalau dikira-kira, dah lama jugak saya setia dengan jenama ni... lebih 10 tahun dah... wow!

Harganya? sangat affordable dan sangat-sangat mampu milik.  You all boleh dapatkan setiap satu ni dengan harga bawah RM7 sahaja! Murah kan? 

__________________________________________

Dan.... masih ada lagi pencuci lain jenama Sumber Ayu ni yang hangat di pasaran. Seperti gambar yang di bawah ni...
Saya tak pernah beli, cuma pernah lah sekali tu biras saya bagi, dia beli jenis botol yang warna merah tu dan pakai sekali sahaja, tapi terus kulitnya terasa gatal merenyam, dan terus dia stop pakai, mungkin tak serasi dengan kulitnya.  Bila dia tahu saya pun pakai jenama yang sama, dia bagi kepada saya, daripada dia buang, membazir sahaja kan...

Tapi nampaknya jenis yang ni juga tak serasi pada kulit saya, saya pakai sekali sahaja dan kulit terus rasa gatal-gatal juga.  Bukan gatal sikit-sikit tau, tapi gatal merenyam... tak tahan oooiii.... Terus stop pakai, dan akhirnya terpaksa buang. Serik rasanya....😅

You all kalau pernah pakai jenis yang ini dan serasi, boleh je nak teruskan.  Cuma kalau ada effect apa-apa, sebaiknya hentikan pemakaian serta merta, sebelum melarat kepada effect yang lebih teruk.

Okay, sekian sahaja perkongsian kali ni...




Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like, Share atau tinggalkan Comment jika anda suka entri ini.
Terima kasih. 😊









Friday 1 December 2017

[INFO] [TIPS] Saya dan CNI Skin Care

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak bercerita tentang produk skin care saya. Boleh dikatakan semua wanita wajib ada skin care di rumah, tak kisah lah jenama apa kan, bergantung kepada pilihan masing-masing. Bagi yang masih mencari-cari skin care yang sesuai, anda mesti tahu apa jenis kulit anda dan juga cara merawatnya.

Saya tergerak hati nak share info ni kerana sebelum ni saya dah pakai bermacam produk yang ada merkuri (sekarang dah insaf 😅) saya pernah pakai D'Mawar, Rosha, Dnar's, Tati, dan bermacam lagi lah, berkesan tu memang berkesan lah, tapi untuk jangka masa yang panjang, buah pinggang you all boleh rosak tau (huih, ngeri membayangkan...). Alhamdulillah sekarang saya dah jumpa produk yang sesuai, iaitu produk dari CNI (biasanya produk yang mahal-mahal ni lah yang lebih natural dan selamat). 

Saya tahu tentang produk ni pun kerana keluarga suami saya memang pengguna tegar produk CNI, jadi keberkesanan produk yang mereka selalu pakai seperti Nutrimoist, Winz, Royal Jelly dan lain-lain tu meyakinkan saya untuk mencuba skin care dia pula (actually husband yang suggest sangat-sangat skincare CNI ni, jadi bila ada sokongan dari suami tu, kau akan rasa berbunga-bunga lah hati, apa lagi kalau dia support duit sekali kan, hahahaaa...!)

Basically mana-mana produk skincare ni mesti ada pembahagian mengikut jenis kulit, paling command mesti ada 2 jenis, untuk kulit biasa dan untuk kulit sensitif/berminyak. Ada sesetengah brand tu ada tambahan pula untuk jenis kulit muka yang kering.  Jadi skincare untuk brand CNI ni ada 2 jenis kumpulan.

Okay jom!


1. CNI BASIC SKIN CARE

CNI Basic Skincare Set ni terdiri actually hanya ada 3 produk sahaja iaitu Skin Wash, Skin Soothe dan Skin Moist. Lagi 3 jenis produk itu adalah additional sahaja, boleh pilih nak beli atau tak.  Tapi suggestion saya, kalau you all betul-betul nakkan kesan yang optimum, you all mesti pakai full set yang ada 6 produk ni.  Set ini sesuai untuk jenis kulit normal / kering, maksudnya kulit yang kurang bermasalah. Kalau setakat ada jerawat manja sikit-sikit tu pun pakai set ni juga.
CNI Basic Skin Care Set
  1. CNI Skin Wash 1A RM95
  2. CNI Skin Soothe 2 (Toner) RM95
  3. CNI Skin Moist 3A (Moisturizer) RM93
  4. CNI Skin Young Serum RM117.30
  5. CNI Skin Vital 5 (Sun Block) RM90.80
  6. CNI Skin Clear Beauty Gel RM65.90
Okay, jom kita detailskan pula satu-satu tentang produk yang ada dalam Basic Set ni.

CNI Skin Wash 1A
Formulanya lembut, bebas alkali, tanpa buih
Mengekalkan kelembapan dalaman lapisan korneum
Menanggalkan solekan, membersih muka secara mendalam

CNI Skin Soothe 2 (Toner)
Mengekalkan kelembapan dalaman, mengimbangkan pH kulit
Menyuburkan kulit, menenang kulit

CNI Skin Moist 3A (Moisturizer) 
Memberi kelembapan
Meredakan masalah kulit sensitif
Meningkatkan keanjalan dan kesegaran sel-sel kulit
Mencerahkan kulit

CNI Skin Young Serum
Serum yang kaya dengan nutrien dan bahan antioksida
Menyubur, mencerahkan dan antisensitif kulit
Mengurangkan garis-garis halus dan mencegah kedutan
Sesuai juga untuk kulit sekeliling mata

CNI Skin Vital 5 (Sun Block)
Membekalkan perlindungan sinar matahari SPF 25
Mencerah dan melembapkan kulit
Kulit jadi lebih anjal dan bermaya
Boleh digunakan sebagai bedak asas solekan

CNI Skin Clear Beauty Gel
Menanggalkan sel-sel mati dan kotoran pada kulit
Mengurai sebum, agar liang-liang roma tidak tersekat dan mengecilkan liang-liang roma terbuka
Menyuburkan kulit dan mengekalkan kelembapan
Mencerahkan kulit
Meningkatkan metabolisme

Okay, bagaimana dengan direction cara pemakaian pula?

PAGI/SIANG : CNI Skin Wash 1A ➞ CNI Skin Soothe 2 ➞ CNI Skin Moist 3A➞ CNI Skin Vital 5
PETANG/MALAM : CNI Skin Wash 1A ➞ CNI Skin Soothe 2 ➞ CNI Skin Young Serum
*** Seminggu sekali atau dua kali you all apply CNI Skin Clear Beauty Gel sebelum mandi ye...

CNI Basic Skin Care Set ni didatangkan dengan bauan yang you all mesti suka. Skin Wash, Skin Soothe, Skin Young Serum & Skin Moist ni sangat segar dengan bauan buah oren. Bila dah bau buah oren tu, confirmlah kita tahu yang set ini penuh dengan kebaikan Vitamin C yang terbukti sangat bagus untuk kulit muka.  Manakala Skin Vital pula lebih kepada bauan herba, sangat berbeza dengan produk skincare yang lain kebanyakan sunblock / krim siang nya berbau wangi.

Dan kalau you all ada bugdet lebih, boleh ambil sekali set ini bersama CNI Well3 Ester-C untuk kesihatan dalaman juga. Luaran dan dalaman akan support antara satu sama lain untuk kesan yang lebih menyerlah!
CNI Well3 Ester-C



2. CNI INTENSIVE SKIN CARE

CNI Intensive Skincare Set ni pula tak jauh beza dari set basic tadi, ada 3 produk asas juga iaitu Skin Wash, Skin Soothe dan Skin Repair. Lagi 3 jenis produk itu adalah additional sahaja, boleh pilih nak beli atau tak.  Tapi saya masih suggest you all untuk beli full set 6 jenis produk ini untuk dapatkan kesan yang optimum.  Set ini memang dicipta khas untuk jenis kulit berminyak.  Bila sebut tentang kulit berminyak ni biasanya ialah kulit yang bermasalah. Kulit berminyak ini akan cenderung kepada menghasilkan jerawat yang bukan manja-manja lagi dah, kadang jerawat batu pun keluar, dan juga membuatkan liang pori menjadi besar dan menghasilkan whitehead atau blackhead.

CNI Intensive Skin Care Set
  1. CNI Skin Wash 1B RM95
  2. CNI Skin Soothe 2 (Toner) RM95
  3. CNI Skin Repair 3B RM93
  4. CNI Skin Balance Essence RM117.30
  5. CNI Skin Vital 5 (Sun Block) RM90.80
  6. CNI Skin Clear Beauty Gel RM65.90
Okay, jom kita detailskan pula satu-satu tentang produk yang ada dalam Intensive Set ni.

CNI Skin Wash 1B
Bebas alkali, bersifat lembut
Membersihkan minyak berlebihan
Mengimbangikan sebum
Menenangkan dan anti radang

CNI Skin Soothe 2 (Toner)
Mengekalkan kelembapan dalaman, mengimbangkan pH kulit
Menyuburkan kulit, menenang kulit

CNI Skin Repair
Mengimbangkan sebum dan mengecilkan liang-liang roma
Meredakan kulit yang bermasalah
Menyahtoksin dan memulihkan kulit yang terjejas
Mengekalkan kelembapan

CNI Skin Balance Essence
Mengimbangkan pengeluaran sebum, mengecilkan liang-liang roma terbuka
Antiradang dan anti sensitif
Mengatasi masalah jerawat
Menyahtoksin dan melembapkan kulit
Mempercepatkan kematangan jerawat
Mengurai dan mengeluarkan sebun keras didalam liang-liang roma

CNI Skin Vital 5 (Sun Block)
Membekalkan perlindungan sinar matahari SPF 25
Mencerah dan melembapkan kulit
Kulit jadi lebih anjal dan bermaya
Boleh digunakan sebagai bedak asas solekan

CNI Skin Clear Beauty Gel
Menanggalkan sel-sel mati dan kotoran pada kulit
Mengurai sebum, agar liang-liang roma tidak tersekat dan mengecilkan liang-liang roma terbuka
Menyuburkan kulit dan mengekalkan kelembapan
Mencerahkan kulit
Meningkatkan metabolisme

Okay, ini pula cara pemakaian intensive set...

PAGI/SIANG : CNI Skin Wash 1B ➞ CNI Skin Soothe 2 ➞ CNI Skin Repair 3B➞ CNI Skin Vital 5
PETANG/MALAM : CNI Skin Wash 1B ➞ CNI Skin Soothe 2 ➞ CNI Skin Balance Essence
*** Seminggu sekali atau dua kali you all apply CNI Skin Clear Beauty Gel sebelum mandi ye...

CNI Intensive Skin Care Set ni baunya seperti bau ubatan / herba sedikit, tak kuat sangat pun, kerana bahan didalamnya khusus untuk merawat kulit yang bermasalah, berbeza dengan set basic tadi.  Dan kalau you all ada bugdet lebih, boleh ambil sekali set ini bersama CNI Well3 Lyophilized Royal Jelly untuk support rawatan kulit muka dari dalam.

CNI Well3 Lyophilized Royal Jelly

__________________________________________

Mesti you all rasa produk ni mahal kan? Actually produk ni affordable price sebenarnya, kerana ia boleh bertahan hingga 2-3 bulan.  Untuk bulan pertama tu you all boleh pakai macam biasa dan set ni boleh bertahan 2 bulan.  Tak perlu jimat sangat kerana untuk permulaan, biarkan produk ini merawat kulit you all dahulu.  Untuk pembelian kedua (bulan ketiga), barulah you all pakai jimat-jimat sikit.  Maksud jimat tu bukannya 3 hari sekali baru pakai, tapi pakai setiap hari seperti biasa dengan membuat sapuan setiap krim tu dengan kadar yang tipis.

Okay, itu sahaja tips kali ni.

Oh ya! Harga yang saya paparkan tadi tu adalah harga biasa ye. You all nak dapatkan produk ni dengan harga ahli? Comment di post ini dan saya akan bantu, insyaallah...😊

__________________________________________

Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like, Share atau tinggalkan Comment jika anda suka entri ini.
Terima kasih. 😊



Thursday 30 November 2017

[INFO] AA Cream dan EE Cream

Assalamualaikum... 

Sebelum ni saya pernah kupas tentang BB, CC dan DD Cream... anda boleh baca di sini. Okay, kali ni saya nak cerita tentang AA Cream dan EE Cream pula... tak lengkap lah kan kalau cerita tentang BB, CC dan DD je... 😅 Okay jom!


1. AA CREAM

AA cream merupakan generasi awal cream wajah dengan huruf kembar. Dua huruf kembar AA dari AA cream merupakan singkatan dari perkataan Anti Aging. Jadi, fungsi dari krim ini adalah untuk mengurangi tanda-tanda penuaan seperti kerutan dan garis halus serta bintik-bintik hitam yang muncul di kulit wajah ketika kita memcecah usia 25 tahun ke atas. Kandungan utama dari produk ini adalah antioksidan yang berguna untuk melawan tanda-tanda penuaan.

Kandungan dari krim ini difokuskan pada kandungan anti penuaan seperti peptides, retinoids, alpha hydroxyl acids, dan antioksidan.

Krim ini jelas sangat sesuai dipakai untuk wanita dengan usia diatas 25 tahun dan keatas kerana formulanya sangat baik untuk melawan tanda tanda penuaan seperti garis halus, dan bintik hitam.

Pada asasnya rawatan anti aging lebih baik dipakai pada waktu malam. Seperti yang kita semua maklum, pada waktu tidur itulah proses regenerasi sel kulit dapat berlaku secara optimal. Dan pada proses itulah formula AA cream akan lebih mudah menyerap sehingga gejala penuaan dapat dihindari semaksimum yang mungkin.

Contoh AA Cream

2. EE CREAM

EE cream merupakan singkatan dari perkataan Extra Exfoliating atau Even Effect kerana fungsi utamanya di sini adalah untuk membuang sel-sel kulit mati dan menyamarkan bintik hitam. Jadi kita kena faham yang mana krim ini terbahagi kepada 2 maksid dan kandungan: 

a. Even Effect

Jika anda menjumpai product ini dengan perkataan Even Effect, maka produk ini lebih menekankan kepada perawatan kulit muka dari siang sampai malam.

EE cream jenis ini fokus terhadap masalah hyperpigmentation dan munculnya bintik hitam yang disebabkan sama kotoran dan radikal bebas. Selain itu, EE cream juga memberikan effect mencerahkan kulit tanpa pengelupasan sehingga menyempurnakan perawatan kulit wajah secara menyeluruh.

Tak cukup itu sahaja, kulit muka kita akan terlindung dari sinar matahari kerana ada kandungan SPF yang cukup tinggi dalam krim ini. Walaupun tidak setinggi SPF yang terkandung pada DD cream, tapi EE cream juga terbukti memiliki protection sinar matahari yang lebih efektif.

b. Extra Exfoliating

Namun jika anda menjumpai krim ini dengan perkataan Extra Exfoliating cream, maka EE cream ini berfungsi sebagai pembersih wajah dari kotoran dan sel-sel kulit mati yang bersarang di kulit anda.

Yang menjadi perbezaan dengan pembersih wajah yang lain kerana EE cream ini berbentuk krim, bukan sabun cair, sabun buku, atau foam. Apatah lagi dengan kandungannya berupa tumbuhan laut, dah pastinya krim ini lebih selamat dari bahan-bahan kimia yang biasanya digunakan di dalam pembersih wajah yang lain.

Contoh EE Cream - Even Effect

Contoh EE Cream - Extra Exfoliating


Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like, Share atau tinggalkan Comment jika anda suka entri ini.
Terima kasih. 😊






___________________________________
Sumber:
https://www.avoskinbeauty.com/blog/mencoba-kenali-dulu-perbedaan-aa-bb-cc-dd-ee-cream/
http://beautynesia.id/9358









Wednesday 29 November 2017

[INFO] Perbezaan BB Cream, CC Cream, DD Cream

Assalamualaikum...


Disebabkan hari ni saya meng-google cushion cream, ternampak lah pelbagai jenis cream yang berlambak dijual di pasaran online sekarang ni, di pasaran offline pun confirmlah banyak juga kan. Paling saya confuse bila ada BB Cream, CC Cream dan juga DD Cream. Sebelum ni saya tak pernah kisah pun pakai foundation apa, main bantai je calit-calit di muka. Tapi hari ni tertanya-tanya juga apa perbezaannya? Tak mungkin lah sekadar huruf, BB, CC, DD, dan saya fikir selepas ni keluar EE dan terus ke FF pula, hahahaa... Okay, jom!


1. BB CREAM

Konsep awal BB Cream tercipta pada tahun 1950-an ketika seorang dermatologis yang berasal dari Jerman, Dr. Christine Schrammek mencipta satu jenis krim untuk salah seorang pesakitnya setelah menjalani perawatan pengelupasan kulit wajah. Dan dia mendapati bahawa krim itu bukannya sekadar melembutkan kulit muka dan melindungi kulit, namun juga menutup kemerahan pada wajah. Kemudian produk tersebut dijual ke pasaran dengan nama Blemish Balm, Beauty Balm atau BB Cream.

BB cream memiliki tekstur lebih ringan dari foundation, namun lebih pekat dibandingkan pelembab berwarna. BB cream kadang kala mengandungi SPF, namun bahan utamanya adalah antioksidan yang membantu melindungi kulit terhadap radikal bebas dan kerosakan punca dari kotoran. BB cream sangat sesuai untuk kegunaan seharian kerana hasilnya sangat natural seperti tidak memakai apapun, tetapi mampu menutup kekurangan wajah dengan baik dan sempurna. Dengan kata lain BB cream hampir sama fungsi seperti foundation tapi dengan formula yang lebih ringan.

Contoh BB Cream

2. CC CREAM

Secara general, CC Cream atau dikenali sebagai Color Correcting atau Complexion Corrector adalah formula yang lebih ringan dibandingkan BB cream atau foundation. Sebahagian besar CC Cream memiliki tekstur krim lembut yang sangat ringan dan halus.

Tujuan utama CC Cream adalah untuk memudarkan perbezaan warna kulit pada wajah yang tak sekata, kemerahan dan hiperpigmentasi dengan menambahkan bahan lycopene untuk membantu mengurangkan kemerahan dan memberikan nutrisi vitamin C agar wajah nampak bercahaya.

Kalau anda memiliki kulit muka yang bermasalah, seperti warna kulit yang tidak sekata, ada garis-garis halus, garis kedutan, atau kemerahan dan iritasi, produk CC Cream dapat membantu dan hasilnya lebih efektif berbanding BB Cream.

Maknanya redness (bintik-bintik merah, bekas jerawat) di wajah akan ditutup sebab kandungan dari CC cream yang mampu menyamarkan redness tersebut di kulit wajah. 

Contoh CC Cream

3. DD CREAM

Nama DD Cream adalah singkatan dari Dynamic Do-all atau Double Defense. DD Cream ini boleh dikatakan kombinasi antara BB Cream dan juga CC Cream.  Secara general, DD cream juga berfungsi untuk memberi perlindungan untuk kulit, meratakan warna kulit, dan membuat kulit lebih cerah dan segar sehingga krim ini disebut sebagai satu krim yang multi-funtion. Teksturnya yang creamy hampir menyerupai BB cream iaitu untuk melembapkan kulit juga.

Berdasarkan namanya, DD cream sebenarnya tidak terfokus untuk muka sahaja tetapi boleh digunakan untuk seluruh bahagian tubuh lain seperti tangan dan kaki, tetapi ini pun bergantung kepada jenama setiap produk juga. Rata-rata yang kita tahu kebanyakan DD Cream adalah produk untuk muka.

Contoh DD Cream

So, you all dah dapat tahu tentang perbezaan BB, CC dan DD? Jangan tersilap, memang ketiga-tiganya nampak lebih kurang sama, tetapi berbeza pada kandungan dan fungsinya. Lepas ni senang lah pergi shopping mall dah tau nak pilih yang mana kan. Jom kita tengok summary di bawah ni :


--------------------------------------

Yang paling mudah you all nak jumpa antara 3 jenis ini adalah BB Cream yang anda boleh dapat serendah RM20 di pasaran, di farmasi pun banyak.  CC Cream pun dah mula banyak, tapi DD Cream agak kurang popular buat masa ni. Jadi kesimpulannya, BB Cream pun dah memadai jika anda tak dapat jumpa CC atau DD Cream.

Dan juga......
You all jangan tak tahu selain BB, CC dan DD, sudah ada AA dan EE cream juga. Itu saya akan kupas dalam entry yang berlainan nanti ye.



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like atau tinggalkan Comment jika anda suka entri ini.
Terima kasih. 😊




-----------------------------------------
Sumber:
https://perfectbeauty.id/beautytalk/perbedaan-foundation-bb-cream-dan-cc-cream/
https://journal.sociolla.com/bb-cream-cc-cream-dd-cream-pilih-yang-mana/



Thursday 16 November 2017

[RESEPI] ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak share resepi Asam Pedas Ikan Pari. Terliur kan? Heheheee... Ramai juga sebenarnya yang masak asal pedas tapi tercair, tak cukup rasa... tak cukup pedas... saya pun dulu macam tu juga... tapi cuba buat banyak kali sambil-sambil intai resepi orang lain, Alhamdulillah menjadi...

Daaannn.... IKAN PARI tu boleh diganti dengan ikan lain seperti Ikan Kembung, Ikan Tenggiri, Ikan Parang, dan macam-macam lagi...

Okay, jom!!

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan-bahan:

1/2 kg Ikan Pari
4 sudu besar Cili Kisar (boleh lebihkan untuk lebih pekat)
1/2 sudu besar Pati Asam Jawa
Garam
Gula
Minyak

Bahan di bawah ni perlu ditumbuk / dikisar:
5 biji Bawang Merah Ros (Saya suka letak 7-8 Biji)
3 biji Bawang Putih
2 cm Halia (tak letak pun tak apa)
1 cm Belacan (sikit je, banyak-banyak nanti boleh rongak hidung)
2 cm Kunyit Hidup (jangan mengada pakai kunyit serbuk ye)
2 batang Serai (dititik sahaja)

Bahan penambah rasa:
Daun Kesum
Bunga Kantan (1 batang potong 4)
Bendi (7-8 biji)
1 Biji Bawang Holland / Bawang Bombay / Bawang Merah Besar (Hiris besar-besar)

Sumber : Google (Hehehee...)

Cara-caranya:

1. Tumbuk dulu bahan-bahan yang saya dah listkan tadi. Saya lebih memilih untuk tumbuk berbanding dengan kisar pakai blender, sebab rasanya lebih sedap. Tengoklah sampaikan alu lesung pun dah pecah, hahahaa... Masa tumbuk ni memang bau kunyit hidup akan naik, sedap sangat baunya... Kunyit hidup ni ialah bahan utama yang boleh menaikkan rasa kaw-kaw asam pedas.


2. Panaskan minyak masak, dan tumiskan bahan-bahan yang dah ditumbuk / dikisar. Masa tumis ni, masukkan sekali serai yang dah dititik. Gambar di bawah ni adalah kejadian awal bahan yang ditumis.


3. Masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga pecah minyak, warnanya merah pekat dan baunya tak mentah. Part bau mentah ni saya tak boleh ajar, you all kena pandai bezakan bau cili mentah dengan cili yang dah di masak. Dan... you all kena tahu tahap kepedasan cili kisar tu ye, kalau tak pedas, boleh la nak humban sampai 5 sudu... tapi kalau jenis yang pedas, kurangkan sikit kuantitinya. Semua ni bergantung kepada tahap kepedasan yang you all mahu.


3. Kemudian, masukkan pula Ikan Pari (lupa nak ambik gambar), gaulkan sekejap dengan rempah tumisan tu, agak-agak ikan dah suku masak, kemudian masukkan air. Saya lebih munyukai cara ini (berbanding masukkan air dahulu kemudian masuk ikan pari) kerana cara ini akan mengurangkan bau hamis ikan.

Jangan lupa waktu ni masukkan sekali Bawang Holland yang dah dihiris, Asam Jawa (pun lupa ambil gambar). Saya memilih Asam Jawa jenama Adabi, lebih senang, tak payah nak buang-buang biji & tenyeh2 dengan air.

4. Bila dah menggelegak tu, masukkan lah garam & gula secukup rasa, kemudian masukkan Bendi, Bunga Kantan & Daun Kesum. Bila dah menggelegak lagi sekali, terus tutup api. Gambar di bawah ni adalah kejadian penuh ASAM PEDAS IKAN PARI.


Selamat mencuba!!!

**Nota Kaki : Saya suka masak menggunakan kuali kerana lebih mudah untuk mengacau, dan dapat mengurangkan risiko ikan hancur, hehehee... You all boleh ikut keselesaan masing-masing okay....



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.



Wednesday 9 August 2017

COMEBACK

Assalamualaikum...

Lamanya saya tinggalkan blog ini... Rindu.. Teringat jerih payah nak develop blog ini.. insyaallah saya cuba kongsikan ebih manfaat di sini selepas ini....