Monday 10 June 2013

Cara Strip Wash Cloth Diapers

Assalamualaikum...


Hi all mommies! CD anak anda masih bekerja seperti biasa? atau dah mula leaking?  Kebiasaannya CD akan mula leaking jika sudah dipakai lama, ini kerana minyak dalam najis anak sudah mula membentuk lapisan kulat. Kulat ni menghalang air kencing anak untuk diserap.  Dan memandangkan kebelakangan ni CD anak saya asyik leaking, so malam tadi saya pun menjalankan operasi strip wash.  Terpaksa menunggu anak-anak tidur baru boleh buat.

Setelah combine dan compare cara stripwash yang terlalu banyak pakcik google carikkan untuk saya ni, inilah hasilnya...

1. Rendamkan insert di dalam air panas. Pastikan insert tenggelam sepenuhnya bagi memastikan semua "pori-pori" terbuka luas... macam facial la pulak, hahahaaa...  berapa lama saya rendam pun saya tak pasti, yang pasti bila air dah mula suam, baru saya masukkan CD (lapisan luar) ke dalam rendaman.  Kenapa saya tak masukkan sekali je? ini kerana ingin menjaga ketahanan CD daripada rosak.  Ini kerana CD yang diperbuat dari material pul akan terdedah kepada kerosakan jika direndam dalam air panas menggelegak.

2. Setelah air mula sejuk, saya masukkan pencuci pinggan Sunlight dan gosok sedikit insert dan CD menggunakan tangan.  Kalau tak rajin pakai tangan, humban dalam mesin basuh terus pun boleh juga.  Sabun tu tak perlu banyak, nanti susah nak bilas kalau buih banyak sangat.

3. Setelah itu, perah semua insert dan CD dan bilas.  Kemudian rendamkan sekali lagi ke dalam bancuhan air yang dicampur dengan cuka.  Cuka tak perlu letak banyak, kira-kira 1 cawan jika anda menggunakan besen sebesar ini. Kalau anda menggunakan baldi atau besin kecil, kurangkan sedikit jumlah cuka.  Cuka ini bertujuan untuk menghakis lapisan minyak dan kulat yang terbentuk pada CD dan insert.  Saya rendam selama 15-20 minit.

CD dan insert anak-anak saya yang sedang direndam dalam air cuka.

4.  Sesudah itu saya bilas di bawah air mengalir dengan sebersihnya sehingga bau cuka hilang. Oleh kerana kulit anak saya sangat sensitif, saya perlu berhati-hati dan lebih teliti agar tidak terjadi sebarang kesan pada kulit anak.

5.  Rendaman terakhir saya campurkan pula dengan 1 sudu besar baking soda.  Ini bertujuan untuk memutihkan CD dan insert.  Rata-rata ibu yang menggunakannya berkata insert dan CD akan jadi putih seperti baru.  Akan tetapi CD dan insert anak saya tak putih pun, mungkin kerana baking soda yang saya pakai tu dah terlalu lama usianya.  Saya rendam semalaman.

6.  Akhir sekali saya masukkan kedalam mesin basuh dan 'dia' akan putar, basuh dan bilas insert & cd anak saya 3 round.

Fuuuuhhh~~  penat juga... akhirnya....



Tadaaa!! ini barisan insert dan CD yang beratur menunggu sinaran matahari pagi ini...

Selamat mencuba!!

Tuesday 4 June 2013

Fakta & Auta Mengenai Cloth Diapers

Salam... hi all... mungkin ada diantara anda yang masih membayangkan kesusahan dan kepayahan menggunakan cloth diapers.  Jangan percaya cakap orang dulu! Jom baca artikel ini untuk menambahkan pengetahuan anda!

Fakta & Auta Mengenai Cloth Diapers

1. Cloth Diapers Tidak Mesra Kulit Bayi: AUTA
Apabila dibasuh dengan sabun basuh bayi, kebersihan cloth diapers mudah untuk dikekalkan. Cuci cloth diapers sekurang-kurangnya setiap 3 hari dan jemur di bawah cahaya matahari untuk memastikan kotoran hilang.


2. Cloth Diapers = Seluar Pin & Plastik: AUTA
Cloth diapers dibuat daripada fabrik hi-tek dan dipasang menggunakan snaps atau Velcro. Bahkan, cloth diapers adalah seselesa lampin pakai buang.


3. Cloth Diapers Membantu Kanak-kanak Lebih Cepat ‘Tinggalkan Diapers’: FAKTA
SAP, atau sodium polyacrylate, adalah polimer cepat serap dalam kebanyakan lampin pakai buang. Ia bertujuan membantu kulit bayi sentiasa dalam keadaan kering, tetapi dalam masa yang sama banyak dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti gangguan endocrine. Cloth diapers juga mengeringkan, tetapi ia membuatkan bayi merasa cukup ‘basah’ dan faham bila masanya buang air kecil, secara tak langsung melatih mereka untuk ke tandas.


4. Banyak Wang Digunakan Untuk Cloth Diapers: AUTA
Cloth diapers berharga dalam RM20-RM50 sepasang mengikut jenis dan kualiti yang dilihat agak tinggi nilainya. Tetapi ia boleh digunakan untuk lebih dari seorang kanak-kanak. Saiz yang boleh diubah juga membolehkan seorang bayi menggunakan cloth diapers sehingga berumur 4 tahun. Perbandingan secara kasar untuk perbelanjaan cloth diapers dan diapers pakai buang untuk seorang bayi dalam tempoh 4 tahun ialah RM500+ kepada RM4000+.


5. Cloth Diapers Kurangkan 1 Tan Sampah Dalam Setahun: FAKTA
Cloth diapers boleh mengurangkan 1 tan sampah di tapak pelupusan sampah dalam setahun untuk seorang kanak-kanak. Fakta ini sesuai dengan kempen go green, yang penting untuk menyelamatkan bumi kita dari pencemaran. Lampin pakai buang mengambil masa lebih kurang 500 tahun untuk terurai yang bermaksud great great great great great great great great great great great great great great great great great grandchildren anda akan melalui kehidupan dengan diapers pertama yang dicipta 40 tahun dahulu.


6. Cloth Diapers Susah Untuk Dicuci: AUTA
Cloth diapers moden boleh dicuci menggunakan mesin basuh dan dryer. Beg laundry boleh digunakan untuk memastikan diapers dalam keadaan yang kemas. Seperti pakaian lain, tak perlu cuci menggunakan tangan.


7. Cloth Diapers Adalah Lebih Sihat Untuk Bayi: FAKTA
Lampin pakai buang dibuat daripada bahan yang mengandungi carcinogen dioxin, SAP atau sodium polyacrylate (yang dikaitkan dengan tindakbalas kimia yang boleh membahayakan kanak-kanak juga boleh menyebabkan ketidakseiimbangan hormon), dan plastik (yang tidak sihat untuk bayi dan ekonomi). Cloth diapers dibuat daripada polister/kapas/wul di bahagian luar, dan mikro-fiber/hemp/bamboo/kapas di bahagian dalam.


Jadi, ape anda tunggu lagi? Jom tukar kepada Lampin Kain Moden!

Comel kan baby ni pakai CD?



source: babycenter.com
translated by: muhaim.in