Thursday 30 November 2017

[INFO] AA Cream dan EE Cream

Assalamualaikum... 

Sebelum ni saya pernah kupas tentang BB, CC dan DD Cream... anda boleh baca di sini. Okay, kali ni saya nak cerita tentang AA Cream dan EE Cream pula... tak lengkap lah kan kalau cerita tentang BB, CC dan DD je... 😅 Okay jom!


1. AA CREAM

AA cream merupakan generasi awal cream wajah dengan huruf kembar. Dua huruf kembar AA dari AA cream merupakan singkatan dari perkataan Anti Aging. Jadi, fungsi dari krim ini adalah untuk mengurangi tanda-tanda penuaan seperti kerutan dan garis halus serta bintik-bintik hitam yang muncul di kulit wajah ketika kita memcecah usia 25 tahun ke atas. Kandungan utama dari produk ini adalah antioksidan yang berguna untuk melawan tanda-tanda penuaan.

Kandungan dari krim ini difokuskan pada kandungan anti penuaan seperti peptides, retinoids, alpha hydroxyl acids, dan antioksidan.

Krim ini jelas sangat sesuai dipakai untuk wanita dengan usia diatas 25 tahun dan keatas kerana formulanya sangat baik untuk melawan tanda tanda penuaan seperti garis halus, dan bintik hitam.

Pada asasnya rawatan anti aging lebih baik dipakai pada waktu malam. Seperti yang kita semua maklum, pada waktu tidur itulah proses regenerasi sel kulit dapat berlaku secara optimal. Dan pada proses itulah formula AA cream akan lebih mudah menyerap sehingga gejala penuaan dapat dihindari semaksimum yang mungkin.

Contoh AA Cream

2. EE CREAM

EE cream merupakan singkatan dari perkataan Extra Exfoliating atau Even Effect kerana fungsi utamanya di sini adalah untuk membuang sel-sel kulit mati dan menyamarkan bintik hitam. Jadi kita kena faham yang mana krim ini terbahagi kepada 2 maksid dan kandungan: 

a. Even Effect

Jika anda menjumpai product ini dengan perkataan Even Effect, maka produk ini lebih menekankan kepada perawatan kulit muka dari siang sampai malam.

EE cream jenis ini fokus terhadap masalah hyperpigmentation dan munculnya bintik hitam yang disebabkan sama kotoran dan radikal bebas. Selain itu, EE cream juga memberikan effect mencerahkan kulit tanpa pengelupasan sehingga menyempurnakan perawatan kulit wajah secara menyeluruh.

Tak cukup itu sahaja, kulit muka kita akan terlindung dari sinar matahari kerana ada kandungan SPF yang cukup tinggi dalam krim ini. Walaupun tidak setinggi SPF yang terkandung pada DD cream, tapi EE cream juga terbukti memiliki protection sinar matahari yang lebih efektif.

b. Extra Exfoliating

Namun jika anda menjumpai krim ini dengan perkataan Extra Exfoliating cream, maka EE cream ini berfungsi sebagai pembersih wajah dari kotoran dan sel-sel kulit mati yang bersarang di kulit anda.

Yang menjadi perbezaan dengan pembersih wajah yang lain kerana EE cream ini berbentuk krim, bukan sabun cair, sabun buku, atau foam. Apatah lagi dengan kandungannya berupa tumbuhan laut, dah pastinya krim ini lebih selamat dari bahan-bahan kimia yang biasanya digunakan di dalam pembersih wajah yang lain.

Contoh EE Cream - Even Effect

Contoh EE Cream - Extra Exfoliating


Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like, Share atau tinggalkan Comment jika anda suka entri ini.
Terima kasih. 😊






___________________________________
Sumber:
https://www.avoskinbeauty.com/blog/mencoba-kenali-dulu-perbedaan-aa-bb-cc-dd-ee-cream/
http://beautynesia.id/9358









Wednesday 29 November 2017

[INFO] Perbezaan BB Cream, CC Cream, DD Cream

Assalamualaikum...


Disebabkan hari ni saya meng-google cushion cream, ternampak lah pelbagai jenis cream yang berlambak dijual di pasaran online sekarang ni, di pasaran offline pun confirmlah banyak juga kan. Paling saya confuse bila ada BB Cream, CC Cream dan juga DD Cream. Sebelum ni saya tak pernah kisah pun pakai foundation apa, main bantai je calit-calit di muka. Tapi hari ni tertanya-tanya juga apa perbezaannya? Tak mungkin lah sekadar huruf, BB, CC, DD, dan saya fikir selepas ni keluar EE dan terus ke FF pula, hahahaa... Okay, jom!


1. BB CREAM

Konsep awal BB Cream tercipta pada tahun 1950-an ketika seorang dermatologis yang berasal dari Jerman, Dr. Christine Schrammek mencipta satu jenis krim untuk salah seorang pesakitnya setelah menjalani perawatan pengelupasan kulit wajah. Dan dia mendapati bahawa krim itu bukannya sekadar melembutkan kulit muka dan melindungi kulit, namun juga menutup kemerahan pada wajah. Kemudian produk tersebut dijual ke pasaran dengan nama Blemish Balm, Beauty Balm atau BB Cream.

BB cream memiliki tekstur lebih ringan dari foundation, namun lebih pekat dibandingkan pelembab berwarna. BB cream kadang kala mengandungi SPF, namun bahan utamanya adalah antioksidan yang membantu melindungi kulit terhadap radikal bebas dan kerosakan punca dari kotoran. BB cream sangat sesuai untuk kegunaan seharian kerana hasilnya sangat natural seperti tidak memakai apapun, tetapi mampu menutup kekurangan wajah dengan baik dan sempurna. Dengan kata lain BB cream hampir sama fungsi seperti foundation tapi dengan formula yang lebih ringan.

Contoh BB Cream

2. CC CREAM

Secara general, CC Cream atau dikenali sebagai Color Correcting atau Complexion Corrector adalah formula yang lebih ringan dibandingkan BB cream atau foundation. Sebahagian besar CC Cream memiliki tekstur krim lembut yang sangat ringan dan halus.

Tujuan utama CC Cream adalah untuk memudarkan perbezaan warna kulit pada wajah yang tak sekata, kemerahan dan hiperpigmentasi dengan menambahkan bahan lycopene untuk membantu mengurangkan kemerahan dan memberikan nutrisi vitamin C agar wajah nampak bercahaya.

Kalau anda memiliki kulit muka yang bermasalah, seperti warna kulit yang tidak sekata, ada garis-garis halus, garis kedutan, atau kemerahan dan iritasi, produk CC Cream dapat membantu dan hasilnya lebih efektif berbanding BB Cream.

Maknanya redness (bintik-bintik merah, bekas jerawat) di wajah akan ditutup sebab kandungan dari CC cream yang mampu menyamarkan redness tersebut di kulit wajah. 

Contoh CC Cream

3. DD CREAM

Nama DD Cream adalah singkatan dari Dynamic Do-all atau Double Defense. DD Cream ini boleh dikatakan kombinasi antara BB Cream dan juga CC Cream.  Secara general, DD cream juga berfungsi untuk memberi perlindungan untuk kulit, meratakan warna kulit, dan membuat kulit lebih cerah dan segar sehingga krim ini disebut sebagai satu krim yang multi-funtion. Teksturnya yang creamy hampir menyerupai BB cream iaitu untuk melembapkan kulit juga.

Berdasarkan namanya, DD cream sebenarnya tidak terfokus untuk muka sahaja tetapi boleh digunakan untuk seluruh bahagian tubuh lain seperti tangan dan kaki, tetapi ini pun bergantung kepada jenama setiap produk juga. Rata-rata yang kita tahu kebanyakan DD Cream adalah produk untuk muka.

Contoh DD Cream

So, you all dah dapat tahu tentang perbezaan BB, CC dan DD? Jangan tersilap, memang ketiga-tiganya nampak lebih kurang sama, tetapi berbeza pada kandungan dan fungsinya. Lepas ni senang lah pergi shopping mall dah tau nak pilih yang mana kan. Jom kita tengok summary di bawah ni :


--------------------------------------

Yang paling mudah you all nak jumpa antara 3 jenis ini adalah BB Cream yang anda boleh dapat serendah RM20 di pasaran, di farmasi pun banyak.  CC Cream pun dah mula banyak, tapi DD Cream agak kurang popular buat masa ni. Jadi kesimpulannya, BB Cream pun dah memadai jika anda tak dapat jumpa CC atau DD Cream.

Dan juga......
You all jangan tak tahu selain BB, CC dan DD, sudah ada AA dan EE cream juga. Itu saya akan kupas dalam entry yang berlainan nanti ye.



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like atau tinggalkan Comment jika anda suka entri ini.
Terima kasih. 😊




-----------------------------------------
Sumber:
https://perfectbeauty.id/beautytalk/perbedaan-foundation-bb-cream-dan-cc-cream/
https://journal.sociolla.com/bb-cream-cc-cream-dd-cream-pilih-yang-mana/



Thursday 16 November 2017

[RESEPI] ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak share resepi Asam Pedas Ikan Pari. Terliur kan? Heheheee... Ramai juga sebenarnya yang masak asal pedas tapi tercair, tak cukup rasa... tak cukup pedas... saya pun dulu macam tu juga... tapi cuba buat banyak kali sambil-sambil intai resepi orang lain, Alhamdulillah menjadi...

Daaannn.... IKAN PARI tu boleh diganti dengan ikan lain seperti Ikan Kembung, Ikan Tenggiri, Ikan Parang, dan macam-macam lagi...

Okay, jom!!

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan-bahan:

1/2 kg Ikan Pari
4 sudu besar Cili Kisar (boleh lebihkan untuk lebih pekat)
1/2 sudu besar Pati Asam Jawa
Garam
Gula
Minyak

Bahan di bawah ni perlu ditumbuk / dikisar:
5 biji Bawang Merah Ros (Saya suka letak 7-8 Biji)
3 biji Bawang Putih
2 cm Halia (tak letak pun tak apa)
1 cm Belacan (sikit je, banyak-banyak nanti boleh rongak hidung)
2 cm Kunyit Hidup (jangan mengada pakai kunyit serbuk ye)
2 batang Serai (dititik sahaja)

Bahan penambah rasa:
Daun Kesum
Bunga Kantan (1 batang potong 4)
Bendi (7-8 biji)
1 Biji Bawang Holland / Bawang Bombay / Bawang Merah Besar (Hiris besar-besar)

Sumber : Google (Hehehee...)

Cara-caranya:

1. Tumbuk dulu bahan-bahan yang saya dah listkan tadi. Saya lebih memilih untuk tumbuk berbanding dengan kisar pakai blender, sebab rasanya lebih sedap. Tengoklah sampaikan alu lesung pun dah pecah, hahahaa... Masa tumbuk ni memang bau kunyit hidup akan naik, sedap sangat baunya... Kunyit hidup ni ialah bahan utama yang boleh menaikkan rasa kaw-kaw asam pedas.


2. Panaskan minyak masak, dan tumiskan bahan-bahan yang dah ditumbuk / dikisar. Masa tumis ni, masukkan sekali serai yang dah dititik. Gambar di bawah ni adalah kejadian awal bahan yang ditumis.


3. Masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga pecah minyak, warnanya merah pekat dan baunya tak mentah. Part bau mentah ni saya tak boleh ajar, you all kena pandai bezakan bau cili mentah dengan cili yang dah di masak. Dan... you all kena tahu tahap kepedasan cili kisar tu ye, kalau tak pedas, boleh la nak humban sampai 5 sudu... tapi kalau jenis yang pedas, kurangkan sikit kuantitinya. Semua ni bergantung kepada tahap kepedasan yang you all mahu.


3. Kemudian, masukkan pula Ikan Pari (lupa nak ambik gambar), gaulkan sekejap dengan rempah tumisan tu, agak-agak ikan dah suku masak, kemudian masukkan air. Saya lebih munyukai cara ini (berbanding masukkan air dahulu kemudian masuk ikan pari) kerana cara ini akan mengurangkan bau hamis ikan.

Jangan lupa waktu ni masukkan sekali Bawang Holland yang dah dihiris, Asam Jawa (pun lupa ambil gambar). Saya memilih Asam Jawa jenama Adabi, lebih senang, tak payah nak buang-buang biji & tenyeh2 dengan air.

4. Bila dah menggelegak tu, masukkan lah garam & gula secukup rasa, kemudian masukkan Bendi, Bunga Kantan & Daun Kesum. Bila dah menggelegak lagi sekali, terus tutup api. Gambar di bawah ni adalah kejadian penuh ASAM PEDAS IKAN PARI.


Selamat mencuba!!!

**Nota Kaki : Saya suka masak menggunakan kuali kerana lebih mudah untuk mengacau, dan dapat mengurangkan risiko ikan hancur, hehehee... You all boleh ikut keselesaan masing-masing okay....



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.