Showing posts with label Raisya Adira. Show all posts
Showing posts with label Raisya Adira. Show all posts

Friday, 27 July 2012

Raisya Adira Demam...

Raisya Adira demam... dah 3 hari, masih selsema, batuk... suhu badan turun naik... yang pastinya perangai semakin menjadi2, aduhaiii anak daraku...




Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Thursday, 19 July 2012

Gelagat Anak-Anak Saya Tidur...

Assalamualaikum.....

Hari ni saya cuma nak upload gambar anak-anak tidur yang sempat saya snap pagi tadi sebelum pergi kerja... bila tengok anak-anak tidur lena macam ni, senang hati dibuatnya... sampai tunggang terbalik... bantal masing-masing dah hilang ntah ke mana... si adik, tak padan baru 2 bulan lebih, tidur dah macam orang besar...


ummi love both of you....

Salam Sayang,
Ummi Areef Adira




Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.


Thursday, 12 July 2012

Cloth Diapers Dan Raisya Adira : Cerita Kami...

Assalamualaikum...

Bukan mudah kami ingin membuat keputusan ini – menukar pemakaian dispo diapers kepada cloth diapers untuk Raisya Adira…  apatah lagi kos permulaan untuk membeli cloth diapers bukanlah murah… namun, akhirnya saya dan suami mengambil keputusan yang sangat ‘menyusahkan’ ini… keputusan yang sangat sukar seperti ingin breastfeed…keputusan dibuat ketika saya mengandungkan Razeen Areef 7 bulan, ketika itu si kakak Raisya Adira dah mencecah 1 tahun 7 bulan… sangat terasa beban yang ditanggung apabila setiap bulan saya dan suami harus memikirkan budget untuk membeli lampin pakai buang si kakak… belum lagi termasuk susu dan baju-bajunya…  niat pertama ingin bertukar kepada cloth diapers adalah kerana ingin berjimat, tiada terfikir langsung tentang kebaikan lain… saya juga tiada melakukan kajian khusus mengenai cloth diapers…



fikir punya fikir, akhirnya kami berjaya membeli 10 pcs cloth diapers… oh, ketika memandang cloth diapers itu, hati saya sangat getir memikirkan perubahan hidup sesudah ada cloth diapers… larat ke nak basuh? tahan ke bau poo-poo kakak? bau hancing kencing kakak lagi… pendam dalam hati… oleh kerana saya masih tinggal bersama mertua saya, dan mertua saya juga-lah yang menjaga kakak, saya masih memerlukan penggunaaan dispo diapers… ye lah, orang yang dah berumur ni pemikirannya bukan sama dengan orang muda, tiada yang nak ‘susah-susah’ atau ‘penat-penat’ pada zaman sekarang, apatah lagi kemudahan sekarang sangat banyak termasuklah dispo diapers yang pakai buang tu… nenek tak tahan dengan poo-poo & kencing kakak, lagi pulak nak basuh2, sangat menyusahkan dia, takkan saya nak paksa nenek basuh pulak kan… saya tak nak-lah cloth diapers ni dianggap menyusahkan… jadi, hanya pada waktu malam sahaja kakak pakai cloth diapers, pada waktu siang memang pakai dispo diapers lagi…  tak konsisten! sesudah sebulan saya bersalinkan Razeen Areef, saya dan suami sepakat untuk menambah 10 pcs lagi koleksi cloth diapers kakak… jumlahnya sekarang ada 20 pcs… baru terasa agak ‘stabil’ dan rileks untuk ulang basuh… dulu dengan 10 keping tu sangat terkejar2 nak basuh, kalau tak sempat kering bawah matahari, sambung keringkan bawah kipas… sangat tak bagus cara tu…  semenjak kami tambahkan cloth diapers kakak, memang saya ‘nyah’kan jauh-jauh dispo diapers… tak teringin langsung nak beli… walaupun baru 2-3 bulan kakak menggunakan cloth diapers, namun hanya beberapa kali sahaja kakak buang air besar dalam cloth diapers tu… dalam usia 1 tahun 10 bulan kakak dah pandai beritahu apabila dia nak buang air besar! hebat bukan? sesudah itu, tak pernah lagi ada poo-poo dalam cloth diapers, kakak buang air besar di tandas… nenek juga tak perlu susah-susah basuh cloth diapers… saya cuma pesan pada nenek, tinggalkan sahaja cloth diapers tu dalam baldi yang saya khususkan, tak perlu perah atau bilas kencing kakak yang ada dalam cloth diapers tu, balik kerja nanti saya yang akan kerjakan cloth diaper tu… bila saya buat macam tu, baru-lah terbuka hati si nenek untuk menerima pemakaian cloth diapers pada kakak… tak pe lah saya susah dan penat sikit pun, kalau nak di bandingkan dengan mak saya dulu pakaikan saya napkin + seluar getah, lagi leceh nak membasuh, nak melipatnya lagi, sanggup mak saya mengadap poo-poo dan kencing saya, letih juga kan… takkan saya tak sanggup pulak nak mengadap poo-poo dengan kencing anak-anak saya, ye dak? bila lagi saya ingin merasai pengalaman mak saya menjaga saya dahulu...

suami saya juga tidaklah berat tulang untuk membantu saya menguruskan Raisya… tidak pernah lagi saya lihat dia mengeluh dengan poo poo & kencing kakak, sanggup juga dia menghadap apalagi ketika saya sedang berpantang melahirkan anak kedua, dia seorang je lah yang menguruskannya… malahan dia jugalah yang banyak menyokong pemakaian cloth diapers… Alhamdulillah semuanya dipermudahkan…

Si kakak Raisya Adira pula sangat teruja dengan cloth diapers yang berwarna warni tu… kalau saya nak melipat, dia pun nak tolong sama… kalau saya dah susun dalam beg cantik2, dia juga lah yang rajin memunggahnya… kalau dibukakan baju dan seluarnya, melompat-lompat dia menayangkan cloth diapers yang sedang melekat di badannya… alahai anak daraku seorang….saat ini, saya sedang cuba untuk lepaskan cloth diapers daripada kakak Raisya sebelum usianya 2 tahun… tapi hanya tinggal 2 minggu lagi, saya rasa tiada kesempatan di situ… semangatku tidak kuat…

Saat ini kami sudah jimat kewangan untuk diapers Raisya Adira… azam untuk melakukan hal yang sama pada Razeen Areef…  dan disebabkan perkembangan kakak Raisya yang positif inilah membuka hati saya untuk menjual cloth diapers dengan harga yang rendah, supaya saya sama-sama dapat berkongsi kebaikan cloth diapers bersama ibu-ibu yang lain... kalau tak try dulu, tak boleh la share dengan orang lain kan... ^_^






Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Monday, 28 May 2012

Our Wonderful Life...!

Untuk gambar yang pertama, saya abadikan gambar masa sambutan birthday my beloved husband... sambutan ni tak la surprise sangat sebab dia dah tau awal-awal... saya cuma surprisekan dia dengan membeli kek kegemaran dia, tu je... mungkin dia tak sangka, ye lah, perut boyot kan masa tu, bila masa pulak nak drive kuar beli kek... tapi saya dah berpakat nak mintak tolong beberapa rakan untuk uruskan hal tu... kebetulan malam birthday dia tu ada majlis makan-makan di Muara Ikan Bakar Port Klang... jadi, dengan bantuan rakan-rakan lain, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...

Ahahahaa... macam sambut anniversary la pulak kan...
Anyway, kek yang saya sponsor tu adalah kek yang besar, hehehee...
Masa ni rasa macam loving couple la pulak... Almaklumlah kan sejak kawin dan beranak pinak ni, susah betul nak merasa romantik-romantik gini, betul tak en. hubby? serius je suami saja sejak kawin... kesian saya kesepian... ececehhh~  Raisya mane? Raisya masa ni dijaga dengan Pn. Ainan, tq Ainan...

Untuk gambar yang kedua, saya sisipkan gambar Razeen Areef... hero yang melengkapkan kami sekeluarga... lega saya kerana saya berjaya memberikan pewaris untuk suami saya... saya tau suami saya teringin anak lelaki bila dia melihat sahabat-sahabatnya dianugerahkan anak lelaki, tapi dia diamkan je, huhuhuuu... (naluri seorang isteri..)... Gambar ni diambil dalam kereta pada hari ke-empat kelahiran adik, mase ni on the way nak balik Sepang...

Saya sangat suke dengan gambar ni... walaupun berserabut dengan tilam, bantal dan selimut, kehenseman adik tetap terserlah, cheewaaah~ !

Gambar ketiga, tiada apa title yang sesuai dengan gambar ni, tapi inilah kedua-dua buah hati pengarang jantung saya... kakak dan adik... pelengkap hidup dan penghibur saya dan suami, walaupun kadang-kadang menyerabutkan kepala saya bila datang perangainya yang ntah hape-hape ntah... akan tetapi, saya sangat berbangga dapat melahirkan mereka berdua dengan kudrat saya yang tak seberapa... ummi harap kakak dan adik akan menjadi anak yang baik dan boleh menyumbang kebaikan kepada masyarakat...


Lastly, photo of one happy family.....!



Sekian....

Wonderful Life...!


Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Friday, 9 September 2011

Sambutan Hari Lahir Raisya Adira + BBQ Gathering Family

Assalamualaikum... tanggal 03/09/2011 mungkin bukanlah tarikh yang sangat special bagi sesiapa, tapi pada tarikh itu-lah sambutan hari lahir Raisya dibuat... walaupun lewat hampir sebulan (Hari Lahir Raisya 06/08/2011), namun saya tetap merealisasikan sambutan itu, supaya apabila raisya besar nanti, saya boleh tunjukkan gambar-gambar itu pada raisya dan berkata "ini adalah sambutan hari lahir raisya yang pertama"... kami sekeluarga mengenakan pakaian sedondon berwarna ungu, dah tentu la warna feveret saya!...


ekceli pada tarikh itu sebenarnya bukanlah ingin dibuat sambutan hari lahir raisya... pada hari itu sebenarnya telah dirancang gathering family sambil buat BBQ, jadi, dah alang-alang kebanyakannya ahli keluarga hadir pada hari itu, saya mengambil kesempatan untuk buat sambutan birthday raisya... mungkin tak-lah se-gah anak-anak kecil lain, ada tiupan lilin, belon dan topi hari lahir, saya cuma sempat membeli kek untuk sambutan hari lahir itu... memandangkan makanan BBQ juga banyak, kami sepakat untuk tidak menambah apa-apa makanan remeh yang lain, kang tak habis, masing2 nye perut pun bukan beso mane... alangkan ayam udang kambing ikan malam tu pun tak mampu di habiskan, apa lagi jika saya menambah makanan-makanan lain...

ok lah-cekidaut gambar-gambar birthday raisya + gathering family lagi.....


Raisya agak tercengang apabila orang menyanyikan lagu happy birthday...



Ayah Raisya dengan Pak Long sedang membakar... apsal ntah muka ayah serius je...

hasil si daging kambing, ayam dan ikan sesudah di bakar...

Steamboat pun ada gak... kelihatan acik Iqa dengan Pak Cu Raisya...

Sambil makan pun sambil bakar lagi... kelihatan mr. udang menunggu masa untung rentung~



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Wednesday, 7 September 2011

Eid El-Fitr 1432 Hijriah

Assalamualaikum...

malas dah nak tangguh-tangguh, hari ni saya masukkan gambar kami edisi Aidilfitri 1432 Hijriah... kan kalau tangguh-tangguh, raya dah basi, dah tak feel nak tengok gambar-gambar raya nih... mana yang ada je lah saya masukkan, gambar-gambar yang belum sampai tu saya masukkan kemudian je lah...


sedikit story about Eid El-Fitr 1432 H, untuk kali kedua menyambutnya bersama suami dan anak tersayang, kami sepakat untuk pulang ke Sepang... memandangkan Aidilfitri tahun lepas saya sambut di Subang (rumah mertua), jadi, suami setuju untuk pulang ke Sepang tahun ini... lagi pula saya menginap di rumah mertua, jadi, kampung halaman untuk saya kunjungi cuma-lah satu, iaitu di Sepang, takkan tu pun nak berkira pun kan... lainlah kalau saya dah mempunyai rumah sendiri, tak kisah lah kalau menyewa pun, tapi memang saya sangat-sangatlah teringin untuk tinggal berasingan dengan mertua... rasanya ramai yang sudah maklum cabaran tinggal dengan mertua ni sangat besar, begitulah kehidupan yang saya hadapi... bukan tak teringin nak duduk berasingan, tapi masih belum mempunyai kemampuan untuk hidup sebegitu... apa yang penting, kami masih berusaha dan teruskan berusaha...

berbalik kepada kisah Aidilfitri, teringin saya menyingkap kisah tahun lalu, dimana saya menyambut Aidilfitri buat kali yang bertama dengan dua title sekaligus, iaitu isteri dan ummi... saya berkahwin pada 09/10/2009, 3 minggu selepas umat islam menyambut Aidilfitri 1430 H... rezeki allah, saya disahkan hamil pada Disember 2009, dan melahirkan Raisya Adira pada 06/08/2010 (5 hari sebelum Ramadhan)... jadi, puasa saya ketika itu memang hancur lebur la sebulan dek kerana berpantang... oleh itu, saya memang tak sempat langsung untuk beraya berdua dengan suami saya, ekekekee~ nak buat camne kan, dah tak sabar sangat nak anak... namun begitu, tahun lepas saya tetap beraya, tak kisah la dalam pantang pun kan... saya angkut la baby saya kemana-mana pun...

untuk Aidilfitri tahun ni juga kami memilih tema dark chocolate... sebenarnya kami tiada persiapan rapi pun kerana suami saya agak sibuk selama sebulan (bulan Ramadhan, sabtu ahad pun kerja) hinggakan saya kene cari kain baju saya sendiri... baju suami saya sememangnya sudah sedia ada, cuma dia hanya pernah memakainya sekali sahaja ketika menyertai perarakan maulidurrasul, jadi dia buat keputusan untuk pakai baju tu sahaja untuk lebaran, dek kerana malas nak fikir-fikir carik baju raya & tempah-tempah... jadi, saya lah yang terkial-kial turun nilai square untuk carik kain baju yang sedondon dengan baju dia... jadi, ini lah hasilnya baju yang saya jahit sendiri hinggakan koyak (tapi takde yang perasan koyak tu, eheheeheee~)...

ok lah~ cekidaut gambar-gambar raya tahun ni...

Gambar Ummi, Ayah dan Raisya

Gambar keluarga besar Ummi, complete! tapi tak la besar sangat pun kan~



Raisya kepenatan beraya... kesian anak ummi dan ayah ni...

Persalinan baju Purple... sebenarnya baju ni ada kisahnya... baju ni ditempah untuk majlis perkahwinan saya dan ayah pada 2009, plannya baju ni untuk di pakai pada malam selepas pernikahan... tapi alkisahnya pengantin lelaki dibawa pulang ke Subang balik, sebab keesokan harinya akan ada perarakan... ikut adat la kot gamaknye tuh... sudahnya saya pakai sendiri je la pada malam pernikahan tu, dah pengantin lelaki-nya takde... alkisahnya lebaran tahun lepas barulah kami berpeluang untuk mengenakan pakaian ni sama-sama... tahun ni kami ulang pakai lagi, lagipun baju ni jarang sangat kami pakai, ntah ada orang yang perasan atau tak baju ni baju lama, tak tahu la saya... tapi, selagi baju ni cantik dimata saya, saya tak kisah pun untuk memakainya berulang kali walau di hari lebaran sekalipun...

Ok, Selamat Hari Raya semua!



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Saturday, 6 August 2011

Happy Birthday Raisya Adira!

Assalamualaikum....

Hari ni hari yang bersejarah sebenarnya, pada 6/8 ini lah Raisya Adira dilahirkan... Happy Birthday Raisya Adira... Dalam kegembiraan hari ni sebenarnya agak ralat juga, tiada sambutan hari lahir untuk Raisya walaupun hari ini adalah hari ulang tahun pertamanya... ayah Raisya tersangatlah sibuk dengan kerja, takkan saya nak menghalang... tuntutan kerja yang sangat banyak hinggakan sabtu ahad tiada rehat, apatah lagi ayah kerap kali pulang lewat dan biasanya saya dan Raisya sudah lena... nak menyambut hari lahir tanpa ayah? saya tak rasa itu idea yang bagus... barangkali anak kecil itu masih belum memahami istilah hari lahir... walau lewat bagaimanapun saya akan usahakan untuk meraikan hari lahir Raisya kerana sambutan ini adalah moment hidup dirinya yang akan dibawa hingga ke akhir hayat... hari ini, saya belikan 2 helai baju untuk raisya, sempena hari lahirnya... saya tak dapat nak lampirkan photo baju itu, sbb saya tak jumpa di mana letaknya kamera Sony Cyber-Shot saya, kemungkinan ayah membawanya ke tempat kerja... next time je la saya capture...
*Ucapan sempena hari lahir raisya yang pertama, rasanya terlalu banyak yang ummi nak ucapkan buat raisya... apa yang penting, semoga raisya sentiasa sihat, bergembira, dan bersama ummi & ayah hingga ke akhir hayat... ummi & ayah akan sentiasa doakan yang terbaik buat raisya, dan ummi & ayah juga akan berusaha menyempurnakan hidup raisya... ummi sayang raisya so much.....



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Wednesday, 20 July 2011

Menjelang Hari Lahir Raisya Adira

Tinggal beberapa hari je lagi untuk anak ummi (Raisya) melangkah menuju 1 years... wow! sebenarnya ummi sangat teruja, tengah memikirkan apa persiapan yang nak dibuat pada hari lahir Raisya, pulak tu jatuh pada bulan Ramadhan... apa yang ummi fikir, macammana pun caranya, majlis tu mesti berlaku walaupun simple je... ummi nak moment itu akan menjadi kenangan buat Raisya... Raisya lahir 5 hari sebelum bulan Ramadhan, itulah sebabnya hari lahirnya ini jatuh pada bulan Ramadhan... ummi cuma mengharapkan anak ummi sentiasa sihat dan ceria... lebih2 lagi kebelakangan ni Raisya sering tak sihat... ummi tak nak anak ummi ikut jejak langkah ummi, jadi pengunjung tetap hospital... sangat memenatkan dan meletihkan... cukup la dulu raisya penah masuk hospital 2 hari sebelum raya dan discharge sehari sebelum raya ketika Raisya baru berumur sebulan, sama keadaannya ketikamana ummi pernah masuk hospital 5 hari sebelum raya, dan discharge sehari sebelum raya... semoga anak ummi sentiasa dilindungi Allah...




Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Friday, 8 July 2011

Kelahiran Raisya Adira

Assalamualaikum... anak pertamaku, lahir pada 06/08/2010 di Hospital Serdang pada jam 2:37 pagi dengan berat 2.37 KG, angka yang sama... diantara post2 mengenai kelahiran dan tumbesaran Raisya yang sempat ummi Raisya catatkan di facebook ...

August 9, 2010 at 7:02pm sangat bahagia dapat kuar dari hospital... dah tiba masa berpantang kat kampung lak...
August 10, 2010 at 11:35am perubahan hidup --> melayari internet dengan satu tangan... (tangan sebelah lagi kene pegang baby, huhuhuuu~)
August 13, 2010 at 2:22pm pagi2 raisya dah kene cucuk lagi, nak buat camne... kita tunggu ayah datang malam ni k...
August 14, 2010 at 9:51am ‎1st time mandikan anak, sekali raisya menjerit daaa.... kalut dibuatnye... ayah raisya lak tak balik malam tadi... kene wat sorang2 laa... hurm.....
August 16, 2010 at 3:23pm geram betul la dengan semut2 halus yg suke tetibe muncul atas selimut anak.. aku piat2 sampai lunyai...
August 17, 2010 at 9:22pm bila tengok raisya, rase sayu mengenangkan bayi2 malang yang seumur dgn dia... tak sudah2 orang buang bayi...
August 18, 2010 at 2:55pm ingat nak upload gamba raisya, sekali carik2 usb nset tak jumpe lak... hurm... mane ye... musykil...
August 22, 2010 at 6:56pm ayah raisya dah balik shah alam, huuuu~.... T_T
August 23, 2010 at 10:03pm pagi g klinik kesihatan.. pastu g carik ubat homeopati kat melaka, pastu g poliklinik penawar pulak.. nenek kene cuti, ayah pulak b'kejar balik sepang lepas kerja.. keranamu raisya adira..... ",)
September 3, 2010 at 9:14am setiap pagi dengo lagu raye yang bermacam2... alahaaaii~, semua sibuk nak sambut raye... hmmm~, 'raya' ke??
September 3, 2010 at 10:45am ‎... rAiSYa @ 28 dAys... bEraT 3.8 KG... alhamdulillah~... ",)
September 7, 2010 at 10:47pm sangat risau... janganlah jadi ape2 kat raisya... T_T
September 11, 2010 at 10:46pm kalaulah aku boleh faham ape yg raisya rase...
September 13, 2010 at 11:09am malam tadi raisya ajak ummi wat qiamullail.. aduhaaii~ kalau ayah ade ok la jugak... ;-p
September 20, 2010 at 7:32am dah masuk keje balik... sangat tak bersemangat bile terpakse tinggalkan anak... T_T
October 8, 2010 at 8:57am dah 3 malam berturut2 raisya ajak bangun tengah2 malam... aduuss! ngantuknye la~...
October 12, 2010 at 7:54am raisya @ 2 month @ 5.5 kg... patut la ummi rase makin tak larat nak dukung raisya... ",)
October 18, 2010 at 6:25pm raisya @ 2 month 13 days @ 5.76 kg... cepatnye berat anak ummi ni bertambah... cepat kejar target ummi, 3 bulan mesti lebih dari 6 kg... ",)
November 15, 2010 at 1:18pm raisya @ 3 months 9 days @ 6.8kg... target ummi 7kg, tapi kurang lak... tak pe la, yang penting anak ummi sihat je... ",)
November 19, 2010 at 7:50am kuat lagi raisya~! kuat lagi~!! lagi..! tolak lagi...! akibat tak tahan asyik dengar ayah jerit camtu je >>> akhirnya pagi tadi baru ayah ngan ummi dapat tengok raisya meniarap sendiri.... ",)
December 10, 2010 at 7:39am raisya selsema, ummi selsema + sakit tekak... ayah pun dah join tak sihat gak... aduhaaaaii~... T_T
December 12, 2010 at 2:53pm ‎~~ ke-jealous-an ~~ my beloved daughter... T_T
December 19, 2010 at 10:00am raisya @ 4 months 13 days @ 7.1 kg... alahaaaii, sikitnye naik... today @ raisya demam + batuk berkahak... cian anak ummi...
December 20, 2010 at 4:05pm bila raisya tak sihat~ ummi pun kene cuti keje arini~...
December 21, 2010 at 11:51am raisya masih tak sihat~ ummi pun masih kene cuti~ Nabila Zainin , Buna Rabunah ngan Mohd Nizamuddin pun kene wat keje lebih ckit~...
December 24, 2010 at 12:43pm kalau tak pandai, tak payah jadi doktor @ nurse... menyiksa orang lain je~...
January 25 at 12:07pm kelam kabut arini... berkejo balik sepang~shah alam, pulak raisya demam~
January 27 at 6:28am ‎~kembali bekerja~ ",) raisya duduk kat umah diam2 ngan ayah M Shahrizan Aj ok!
March 6 at 10:44pm kalau ada pertandingan suara sapa paling kuat, confirm raisya menang... ~dah pukul 12 a.m pun masih menjerit2 depan tv~ test suara gamaknya...
March 12 at 8:38pm ‎~minggu yang takde rehat~ sok nak keje lagi... cian adira-ku, huhuhuuu~
March 18 at 8:30am dah lame tak tido nyenyak macam malam tadi ~gara2 raisya kepenatan bertanding menjerit dengan ielana~
March 19 at 2:02am ‎~ 2:17am ~ tinggal berdua with adira...
March 24 at 6:08am ‎6:23 am ~ bilamana M Shahrizan Aj tak de, amat susah la ummi nak bersiap gi keje... raisya kene tinggal sensorang kejap pun dah menjerit ~
May 6 at 8:56am ‎06/05/2011 ~ besday raisya adira yg ke-9 bulan ~ ",)
May 9 at 9:43am genap 9 bulan, adira-ku dah mula melangkahkan kakinya... me & M Shahrizan Ajsangat senang ati... ",)
May 25 at 9:05am ‎~ mood ~ ngantuk dikerjakan dek adira... mentang2 dah dapat kaki, 4am pun boleh jadi... ~adira~oh~adira~
June 15 at 10:21am Raisya Adira @ 10months and 9 days @ 8.4KG... ok la kot~ berat2 sangat kang tak larat nak dukung, kang ayah M Shahrizan Aj gak yg jadi mangsa~... ^_^
June 21 at 7:54am bila raisya gi depan tv... 
ummi : "raisya, jangan dekat dengan tv, haaaiipp~!"
raisya : "aaaiiitt~!"
eh eehh, mengajuk balik lak~

June 25 at 11:51am ‎~ ...adira demam... ~
~ ...ayah M Shahrizan Aj lak takde... ~
June 28 at 2:52pm apabila raisya demam ~haru biru kg. melayu subang~
Wednesday at 10:09am today >> M Shahrizan Aj, our daughter genap 11 bulan...
semakin rajin bangun awal pagi utk ikut ummi gi keje... (^_^)








Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.