Showing posts with label Razeen Areef. Show all posts
Showing posts with label Razeen Areef. Show all posts

Thursday, 19 July 2012

Gelagat Anak-Anak Saya Tidur...

Assalamualaikum.....

Hari ni saya cuma nak upload gambar anak-anak tidur yang sempat saya snap pagi tadi sebelum pergi kerja... bila tengok anak-anak tidur lena macam ni, senang hati dibuatnya... sampai tunggang terbalik... bantal masing-masing dah hilang ntah ke mana... si adik, tak padan baru 2 bulan lebih, tidur dah macam orang besar...


ummi love both of you....

Salam Sayang,
Ummi Areef Adira




Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.


Monday, 28 May 2012

Our Wonderful Life...!

Untuk gambar yang pertama, saya abadikan gambar masa sambutan birthday my beloved husband... sambutan ni tak la surprise sangat sebab dia dah tau awal-awal... saya cuma surprisekan dia dengan membeli kek kegemaran dia, tu je... mungkin dia tak sangka, ye lah, perut boyot kan masa tu, bila masa pulak nak drive kuar beli kek... tapi saya dah berpakat nak mintak tolong beberapa rakan untuk uruskan hal tu... kebetulan malam birthday dia tu ada majlis makan-makan di Muara Ikan Bakar Port Klang... jadi, dengan bantuan rakan-rakan lain, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...

Ahahahaa... macam sambut anniversary la pulak kan...
Anyway, kek yang saya sponsor tu adalah kek yang besar, hehehee...
Masa ni rasa macam loving couple la pulak... Almaklumlah kan sejak kawin dan beranak pinak ni, susah betul nak merasa romantik-romantik gini, betul tak en. hubby? serius je suami saja sejak kawin... kesian saya kesepian... ececehhh~  Raisya mane? Raisya masa ni dijaga dengan Pn. Ainan, tq Ainan...

Untuk gambar yang kedua, saya sisipkan gambar Razeen Areef... hero yang melengkapkan kami sekeluarga... lega saya kerana saya berjaya memberikan pewaris untuk suami saya... saya tau suami saya teringin anak lelaki bila dia melihat sahabat-sahabatnya dianugerahkan anak lelaki, tapi dia diamkan je, huhuhuuu... (naluri seorang isteri..)... Gambar ni diambil dalam kereta pada hari ke-empat kelahiran adik, mase ni on the way nak balik Sepang...

Saya sangat suke dengan gambar ni... walaupun berserabut dengan tilam, bantal dan selimut, kehenseman adik tetap terserlah, cheewaaah~ !

Gambar ketiga, tiada apa title yang sesuai dengan gambar ni, tapi inilah kedua-dua buah hati pengarang jantung saya... kakak dan adik... pelengkap hidup dan penghibur saya dan suami, walaupun kadang-kadang menyerabutkan kepala saya bila datang perangainya yang ntah hape-hape ntah... akan tetapi, saya sangat berbangga dapat melahirkan mereka berdua dengan kudrat saya yang tak seberapa... ummi harap kakak dan adik akan menjadi anak yang baik dan boleh menyumbang kebaikan kepada masyarakat...


Lastly, photo of one happy family.....!



Sekian....

Wonderful Life...!


Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Saturday, 26 May 2012

Sebulan Sudah... +tive Dan -tive Breastfeeding

Assalamualaikum...


Genap sudah sebulan Razeen Areef dilahirkan di dunia... bersyukur melihat adik bernafas dengan sempurna... maknanya dah sebulan juga-lah saya breastfeed adik...

Bercakap mengenai breastfeed, saya mula memerah dan menyimpan stok susu seawal dua minggu sesudah kelahiran adik... awal ke? tak le awal sangat kot... maknanya dah dua minggu juga-lah saya mengumpul dan menyimpan stok susu untuk bekalan adik apabila saya kembali bekerja. Setiap hari saya hanya berjaya mengumpulkan 6oz... agak melemahkan semangat saya sebenarnya... tetapi saya mesti positif! bayangkanlah setiap sesi mengepam saya hanya berjaya mendapatkan 2oz, dan maximum saya hanya boleh mengepam 3x setiap hari, apatah lagi adik kuat menyusu, hero la katakan, sekali dia menyusu memang kempis breast saya...

Kadang-kadang perasaan lemah semangat itu datang mengganggu, tapi saya mesti lawan! lebih-lebih lagi mengenangkan khasiat susu ibu yang sangat mahal, dan juga suami yang kerap menaburkan kata-kata semangat, penyusuan ibu harus diteruskan... itu hak setiap anak yang tak patut di sia-siakan...

Sangat berbeza ketika saya menyusukan kakak Raisya, setiap sesi mengepam saya akan mendapat sekurang-kurangnya 6oz, dan kalau didarabkan dengan 3x perahan, saya dah berjaya mengumpulkan 18oz... sebab tu saya kata perkara yang berlaku hari ini melemahkan semangat saya... Tetapi, pemikiran positif saya beranggapan bahawa kuantiti susu yang saya berjaya hasilkan sekarang ini adalah kuantiti keperluan perut anak saya... Terbaca dalam website http://izzahazfar.blogspot.com, saiz perut bayi sangatlah kecil sebenarnya, lebih-lebih lagi di awal kelahirannya... sila rujuk gambar di bawah..


Jadi, saya mesti positif! Pernah juga saya mencuba untuk mengepam lebih dari 3 kali setiap hari, tapi agak rumit, kerana hero saya memang kuat menyusu... kadang-kadang dalam sejam tu mesti adik akan bangun untuk menyusu, jadi susah juga saya nak perah susu...

Kenapa tak perah selepas baby menyusu? saya pernah cuba memerah selepas adik menyusu, tapi hasilnya menghampakan, kerana adik akan menyusu sehingga kosong susu dalam breast saya... jadi, bagaimana pula saya nak mengosongkan breast yang telah dikosongkan dengan sempurna?

Supplement? memang setakat hari ini saya tidak pernah mengambil supplement tambahan seperti yang disyorkan ibu-ibu menyusu yang berjaya iaitu Shaklee. Kenapa? sebab harganya agak mahal, kurang sesuai dengan kemampuan saya... Setakat ini saya hanya mengamalkan makan ulam bebuas, yang dipercayai boleh menambahkan susu ibu, dan minum susu soya organic, di samping minum air masak sebanyak yang mungkin... hasilnya juga tidaklah memuaskan memandangkan kos yang saya keluarkan hanyalah sedikit... lebih banyak kos yang dikeluarkan, lebih banyak la hasilnya, ye dak?

Ulam Pucuk Bebuas
Wah, agak banyak perkataan negatif dalam entri saya kali ini... Kesimpulannya, saya hanya perlu berusaha menguatkan mental dan usaha saya, kerana dengan kemampuan saya yang kecil, saya perlu meminimakan segala-galanya, insyaallah hal ini takkan meminimakan semangat saya untuk menyusukan adik sekurang-kurangnya secara ekslusif 6 bulan... Positif sentiasa!

Feed For World!!


Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Wednesday, 16 May 2012

Ummi Kembali!

Assalamualaikum...

Dah lame gila saya tinggalkan blog ni, buat tak tau je... ye lah~ morning sickness punya pasal... lebih 10 bulan ha tak bukak blog, sampai dah terkeluar anak lagi sorang, ekekeee~

Anyway, sebagai entry pertama setelah 'berehat' panjang, malas nak tulis banyak2... gambar2 pun belum transfer dari kamera... sebagai pengenalan je, nak bagitau kat u'alls bahawasanya saya baru sahaja melahirkan seorang hero @ 26 April 2012... Nama dia? kalau dah kakaknya Raisya Adira, adiknya pulak diberi nama Razeen Areef... sekarang ni saya tengah dalam mood berpantang, baru hari yang ke-20... so, sementara cuti 2 bulan ni (keje swasta kan, dapat 2 bulan je la....) saya cuba nak manfaatkan blog saya ni... takde la terfikir sampai nak design baru, cuma nak kena 'fresh'kan sikit entry2 yang akan datang...

Ok lah, tak dapat nak tulis panjang2... almaklumlah kan bila bersalin anak lelaki ni, urat banyak sangat yang putus... berganda2 ha dari bersalinkan anak perempuan... jadi, kepala otak badan semua pun masih dalam mood lemau, huhuhuuu~ papai!



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.