Thursday, 24 May 2012

Tips Penyusuan Badan Untuk Ibu Bekerja

Bagaimana untuk meneruskan penyusuan badan apabila kembali bekerja.
Oleh Dr Balkees Abdul Majeed, Pakar Perunding Pediatrik dan Laktasi
Wanita telah sentiasa bekerja, dalam sektor rasmi ataupun tidak rasmi. Jadi, bagaimanakah mereka boleh meneruskan penyusuan badan jika mereka kerja berjauhan atau tidak bersama bayi mereka?
Kebanyakan wanita akan kembali bekerja walaupun masih menyusu badan. Seseorang ibu itu perlu merancang dari awal jika ingin menyusu badan dan bekerja dengan jaya. Ibu perlu selesa dengan penyusuan badan dan yakin dengan bekalan susunya. Ini boleh dicapai dengan menyusu badan secara kerap dan eksklusif (tidak memberi cecair atau makanan lain beberapa minggu sebelum kembali bekerja). Memberi susu tiruan atau formula kepada bayi akan meyebabkan bayi kurang menyusu daripada payu dara, dan bekalan susu ibu berkurangan. Susu badan adalah penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi. Artikel 3 siri ini akan membincangkan apa yang si ibu boleh lakukan SEBELUM kembali bekerja.


Sebelum Kembali Bekerja...
Bincangkan rancangan penyusuan badan bersama majikan sebelum kembali bekerja, termasuk apa yang anda perlukan serta bagaimana majikan boleh membantu. Cuti bersalin di Malaysia adalah sekurangnya 60 hari, jadi berunding dengan majikan agar anda boleh berada di rumah selama yang boleh setelah bayi anda lahir. Anda juga boleh berbincang tentang kemungkinan bekerja separuh masa semasa beberapa minggu pertama dan kebenaran untuk 2-3 waktu rehat fleksibel pada hari kerja anda.
Berjumpa penjaga bayi anda. Bincangkan rancangan anda dan cara anda ingin bayi anda disusui semasa anda di tempat kerja. Penjaga bayi perlu faham dan sokong komitmen anda untuk menyusu badan.

• Sesetengah ibu dapat menyusu badan semasa waktu rehat makan tengahari mereka. Adakah anda boleh ke tempat bayi anda atau bayi dibawa ke tempat kerja anda?

• Sesetengah ibu inginkan bayi diberi susu perahan semasa mereka di tempat kerja. Ajar penjaga bayi anda cara menyimpan dan mengendalikan susu badan yang betul. Arahan bertulis akan banyak membantu.

• Ramai ibu suka menyusu badan sebaik sahaja mereka bersama bayi mereka. Penjaga perlu tahu masa anda dijangkakan pulang supaya tidak akan menyusu bayi sejurus sebelum kepulangan anda.
Menyusu bayi semasa ketiadaan anda. Bayi tidak semestinya perlukan botol. Memperkenalkan botol semasa beberapa minggu pertama selepas lahir hanya akan mengganggu penyusuan badan dan menjejaskan pengeluaran bekalan susu yang baik. Terdapat cara lain: dengan cawan, sudu atau cawan penyuap. Jika anda perlukan bantuan dengan kaedah penyusuan ini, hubungi kaunselor penyusuan badan atau pakar pediatrik anda. Namun, jika anda merancang untuk menyusu susu perahan menggunakan botol, mulakan selepas usia 6 minggu bagi mengelakkan keengganan payu dara dan/atau kekeliruan puting. Pastikan anda menggunakan botol yang bebas bisfenol (BPA) kerana terdapat bukti menunjukkan kimia ini boleh mengganggu tumbesaran sihat dan fungsi tubuh bayi anda.
Simpan stok susu perahan. Mula simpan susu badan diperah 2 minggu sebelum kembali bekerja. Minta bantuan si bapa atau orang lain untuk memberi bayi susu perahan. Ini membolehkan bayi mengaitkan penyusuan badan secara langsung dengan ibunya dan susu perahan dengan orang lain.
Pam payu dara untuk tempat kerja. Jika anda merancang menggunakan pam payu dara untuk memerah susu di tempat kerja, pilih pam yang paling sesuai untuk keperluan anda. Berlatih mengepam untuk menyesuaikan diri dengan cara pam berfungsi, masa diambil untuk mengepam dan apa yang anda rasa semasa mengepam.
Perihal pakaian. Pakaian dua lapis atau yang boleh dibuka di hadapan adalah lebih mudah untuk penyusuan badan atau memerah susu. Pakaian bercorak yang boleh dibasuh boleh menyorokkan bahagian yang basah akibat kebocoran susu.
Sesi percubaan. Pilih satu hari untuk cuba melihat keadaan apabila anda kembali bekerja. Sediakan diri dan bayi anda untuk hari tersebut. Susui bayi anda, tinggalkan bersama penjaga, keluar sepanjang hari dan perah atau menyusu seperti mana yang akan anda lakukan apabila kembali bekerja.




Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Wednesday, 23 May 2012

Penyusuan dan Ibu Bekerja - Kaedah Untuk Mengecapinya!

Setiap ibu merupakan wanita yang bekerja, samada di luar atau di dalam rumah. Jarang orang lain sedar bahawa wanita mempunyai tanggungjawab produktif (bergaji dan tidak bergaji) dan reproduktif (beranak dan penyusuan ibu). Kedua-dua tanggungjawab ini merupakan aspek penting dalam kehidupan wanita dan boleh digabungkan.
Melahirkan dan menyusukan anak sendiri merupakan suatu pengalaman yang indah, berbaloi dan sememangnya boleh digabungkan dengan perkerjaan sepenuh masa. Jika ibu-ibu mempunyai pengetahuan, kemahiran, keyakinan, sokongan pakar kesihatan dan ahli keluarga untuk membuat keputusan yang terbaik untuk dia dan bayi, maka penyusuan menjadi suatu pengalaman yang memuaskan hati si ibu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar ibu-ibu mengamalkan penyusuan eksklusif buat 6 bulan yang pertama kehidupan bayi untuk mendapatkan kelebihan kesihatan dan perkembangan yang optimum. Penyusuan juga patut disambung, bersama-sama dengan pengenalan makanan pelengkap, sehingga umur 2 tahun.

Buku Panduan ini boleh didapatkan di kedai buku ataupun di beli secara online. Banyak info-info yang bermanfaat jika anda benar-benar ingin menyusukan anak secara eksklusif.
PS: Saya tidak pernah membeli buku ini... ^_^

Bagaimana untuk menggabungkan kerja dan penyusuan ibu?
Mula menyusu pada jam pertama selepas bersalin, dan setiap dua jam pada waktu siang dan sebelum pukul 12 malam, dan setiap 3 jam selepas pada tengah malam. Menyusu bayi anda sepuasnya pada satu payu dara, dan penyusuan seterusnya selepas 2-3 jam pada lagi satu payu dara. Pastikan posisi bayi adalah betul (bayi meniarap pada tepi dan mukanya menghadap payu dara) dan pautan hisapan yang baik (bayi menghisap pada puting dan kirakira 1 inci pada areola untuk mengelakkan kesakitan puting).

Sokongan dari suami sangat penting dalam membina emosi ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif.


  • • Berlatih mencapai kesempurnaan. Mula berlatih memerah dan menyimpan susu ibu dua minggu sebelum kembali bekerja. Perah dan beku satu pek susu ibu sehari agar anda akan memiliki 14 pek susu ibu sebelum anda mula kerja. Jumlah susu biasanya agak sedikit pada peringkat permulaan tetapi akan semakin bertambah selepas beberapa percubaan.


  • • Menyambung memerah susu bila mula bekerja. Perah pada pukul 7 pagi, 9 pagi, 1 petang, 5 petang dan 8 malam agar mempunyai simpanan susu agar bayi mempunyai susu untuk hari berikutnya.


  • • Buat pilihan anda. Anda boleh memerah susu menggunakan tangan atau pam payu dara manual atau elektrik. Pam elektrik dengan kit pengepaman kembar mungkin lebih cepat, tetapi ia lebih mahal. Memerah dengan tangan pula adalah cara yang lebih murah dan kurang menyakitkan payu dara. Tidak kiralah apa jua cara dipilih, pastikan ianya selesa dan memudahkan anda.


  • • Beritahu majikan anda. Beritahu majikan anda tentang keperluan anda. Tempat kerja yang mesra ibu adalah penting bagi wanita yang mengamalkan penyusuan ibu. Ini termasuk tempat untuk memerah dan menyimpan susu ibu, waktu rehat untuk penyusuan ibu dan persekitaran yang membantu.


  • • Membuat persediaan. Anda mungkin memerlukan peti ais untuk menyimpan susu jika kerja anda memerlukan anda ke sana ke mari. Ada baiknya jika anda memakai pad menyusu jika tiada masa untuk memerah susu daripada membiarnya meleleh keluar dan membasahkan pakaian anda. Anda juga boleh menyilangkan tangan dan menggunakan penumbuk tangan untuk menekan pada puting dan payu dara untuk menghentikan pengaliran susu.


  • • Letakkan tarikh pada susu ibu yang disimpan dalam peti sejuk beku dan nyahbekukan beberapa paket pada malam sebelumnya untuk digunakan pada keesokan hari. Pastikan anda sentiasa mempunyai senarai untuk perkara-perkara yang perlu dilakukan.


  • • Pengurusan masa yang baik. Sememangnya penting untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, terutama sekali bersama bayi dan pasangan anda. Hubungan yang erat menjamin rumahtangga yang sihat. Maka, tentukan keutamaan anda dan jika perlu, sediakan satu jadual.


  • • Dapatkan sokongan yang anda perlukan. Minta ahli keluarga dan rakan-rakan untuk memberi bantuan tambahan semasa anda menyusu ibu. Bapa juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberi sokongan emosi kepada ibu yang menyusu.


Sumber : http://www.mypositiveparenting.org/bm/cn_breastfeeding.html


Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Langkah-langkah Penyusuan Susu Ibu

Langkah-langkah Penyusuan Susu Ibu
Penyusuan susu ibu adalah berkenaan pemakanan permulaan
terbaik dan menjalin hubungan dengan bayi yang paling baik.
Panduan bergambar yang dimuatkan dapat membantu anda memulakannya. Terdapat
juga tip tentang cara untuk mengeratkan perhubungan dengan bayi.

1. Posisi penyusuan yang baik
Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan juga mengecewakan bayi. Berikut adalah cara yang betul:
  • Sentuh bibir bayi dengan hujung puting sehingga dia membuka mulutnya.
  • Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat).
  • Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
  • Bayi akan berhenti menyusu bila kenyang. Jika bayi masih menyusu walaupun susu sudah berhenti mengalir, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.
2. Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu
Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.
3. Pilih posisi yang selesa
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat ke tubuh anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.
Posisi dakapan
Ini merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu.
  • Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda.
  • Sokong belakang badan dan punggung bayi.
  • Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.
Posisi ‘football hold’
Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak.
  • Sokong kepala bayi dengan tangan.
  • Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan bayi.
Posisi berbaring
Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama.
  • Sokong kepala anda dengan lengan.
  • Sokong bayi anda dengan lengan atas
4. Beralih payudara
Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.
Sendawakan bayi
Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
  • Letakkan bayi di bahu anda.
  • Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.
Jalinan Hubungan Dengan Bayi
Anda boleh menjadikan setiap sesi penyusuan sebagai suatu pengalaman bermakna melalui suasana yang betul dan penuh perasaan bersama-sama dengan si manja. Lebih penting lagi adalah interaksi dengan si manja yang berkualiti semasa menyusukannya. Berikan sentuhan kasih sayang kepadanya agar si manja rasa dihargai dan selamat, lalu meningkatkan harga diri dan keyakinannya.
Sumber : http://www.mypositiveparenting.org/bm/cn_breastfeeding.html


Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.