Tuesday, 3 July 2012

PLAIN CLOTH DIAPERS

Sila klik pada gambar untuk imej besar

PLAIN CLOTH DIAPERS

RM20/PC (1-5 PC)
RM19/PC (6-9PC)
RM18/PC (10PC>>)
Lebih banyak anda membeli, lebih jimat!


- SAIZ : BOLEH LARAS (S, M, L)
- UNTUK BERAT 3KG HINGGA 15KG
- LAPISAN LUAR DIBUAT DARI MATERIAL PUL SEBAGAI KALIS AIR.
- 2 INSERT MIKROFIBER


EMAIL : nursyahadah.af@gmail.com

TEL: 019-3535514 (ADAH) @ 019-3474267 (SHAH)


Sayang Ummi Shoppe dibuka! Singgah Sini!


Assalamualaikum... salam pagi Selasa... dengan kekuatan yang saya bina pagi ini, saya memperkenalkan Sayang Ummi Shoppe, sebuah kedai kecil online yang diinspirasikan dari perkembangan anak-anak saya yang positif, cloth diaper, breastfeeding... dan sekarang saya cuba untuk invite kepada parents yang lain juga... Jangan segan silu untuk menyinggah... Selamat menjamu mata!


Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.

Monday, 2 July 2012

Saya Dah Kembali Bekerja...

Assalamualaikum...


pejam celik pejam celik, selesai sudah tempoh berpantang saya, rasa tak puas pulak bercuti 2 bulan... kalau boleh saya nak sentiasa berada di sisi anak-anak saya...

breastfeed? alhamdulillah, saya masih giat memerah susu walaupun sudah selesai tempoh berpantang... mula-mula saya agak tidak yakin juga dengan dunia breastfeed + kerja, apatah lagi kerja swasta, terpaksa curik2 masa untuk memerah... setakat ini majikan saya masih belum tahu tentang dunia breasfeed saya... saya hanya memerah 2x di pejabat, dan 1x di rumah... alhamdulillah setakat ini saya dapat memerah lebih dari keperluan areef... tiada yang negatif... yang negatif cuma freezer dah out of space... saya sampai bingung memikirkannya... pernah juga saya request pada en. suami untuk membelikan freezer tambahan, tapi permintaan saya hanya sekali lalu sahaja didengarnya, saya juga tidak memintanya secara serius, hanya seperti kata-kata kosong sahaja... huhuhuuu~

setakat ini hasil perahan saya boleh mencecah 18oz sehari jika saya rajin buat power pumping... kalau tak pun, paling tidak saya boleh menghasilkan 15oz sehari... keperluan areef sepanjang saya bekerja setakat ini belum banyak, dia minum susu sekadar 2.5oz x 5x = 12.5oz... tapi kebiasaannya saya menyediakan 15oz sehari untuk areef, sebagai back-up je, risau juga kalau tiba-tiba dia nak minum lebih dari biasa... alhamdulillah... saya masih positif...

ok, saya nak pergi perah susu sekarang! bersambung di entri berikutnya... see ya!



Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sila klik Like jika anda suka entri ini.